Welcome To My Blog Labahlabahdisco
Foto Saya
Anne Biella Rani
Saya bukan sombong, Tapi saya pemalu!Dan saya jugak anak mak...(nak duk ngan mak ja..perasan masih budak2). Saya suka jadi mandom tiba2. Saya tak pendek tak tinggi. Saya Anak Malaysia Perak. Saya anak ke 6 dr 7 org adikberadik. Abang,kakak,adik saya cakap,mulut saya bising macam nenek tua. Mak saya cakap, saya bila gelak sakan sangat sampai urat kat kepala tegang,tapi bila nangis pun sakan jgk sampai mata lebam-lebam. Saya,saya,saya..urm saya..mmm..ummm..saya... Tanya saya kalo nk tahu pasal saya.. ngeeeee~
Lihat profil lengkap saya

Jumaat, 10 Mei 2013

Sesuatu yang awak harus tahu ...

Assalamualaikum ...

Memikirkan mati keseorang dalam tanah tanpa berteman,
Janganlah terpesong akhlak kerana teman-teman,
Kamu penentu hidup onar atau aman,
Tepuklah dada tanya iman ..

Hai awak .


Saya nak bagitahu sesuatu pada awak di mana saya nak awak rasa apa saya rasa . Saya tahu, awak sendirian dan buntu dengan kehidupan yang kadangkala meletihkan ini tanpa ada saya di sisi. Tapi awak, awak kena tahu kenapa saya tak berjumpa awak lagi. Saya tahu allah pisahkan kita tetapi akan temukan kita juga di suatu hari nanti.. kerna apa? kerna saya tahu dan yakin nama awaklah yang tertulis di Luh Mahfuz itu untuk bersama sama saya mengharungi kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.. Saya nak awak percaya yang 1 hari kita akan bersama. saya pun tak tahu siapa awak.. Dan awak juga tak tahu siapa saya. Tapi saya akan bersabar dan menjaga diri agar tidak membatasi untuk menunggu awak.

Kita hidup di dalam dongeng yang bermula dengan suatu masa dahulu . Di mana awak bersumpah untuk membantu saya untuk menyukai kehidupan sekarang dan selepas. Mempunyai kesabaran untuk bersabar dalam setiap permintaan. Dan bercakap sesuatu apabila diperlukan dan hidup dalam kehangatan jiwa yang sentiasa memanggil untuk pulang. Kisah kita akan berakhir dengan bahagia selama-lamanya dan saya berharap sehingga JANNAH.. In shaa Allah... :)

Hugs and Love ,





Isnin, 6 Mei 2013

Hari ney aku pakai ...

Assalamualaikum ..

Kita hanya merancang ,
Dan Allah yang akan menentukan ..
Tapi kamu kena lah berusaha ,
Jika kamu tak mahu rasa kecewa ...

Aku masuk office semua pandang aku dengan pandangan kening terangkat sambil bibir menjuih juih kearah seluar aku. Dan soalan bos aku pada aku hari ney adalah :

Bos : Bella , mari sini sekejap ... saya mau tanya you 1 soalan . (sambil buat muka tahan gelak)
Aku : Ye Mr. Ooi ada apa ? (senyum senyum muka tak bersalah langsung)
Bos : Pagi tadi you pergi joging tak sempat tukar seluar ke? HAHAHAHAHahhahHAHAHAHhahahaha!
Aku : hehe..saya punya menyorok tapi Mr. Ooi nampak jugak ke seluar saya.. hehehe..  iyalah Mr. Ooi, pagi tadi saya datang office berlari tau. semata mata nak datang office dan takmau kecewakan Mr. Ooi taw.. *ayat mesti mau mantap beb
Bos : hahahahaHAHAHahhaa!! (sambil tutup tutup mulut) ok ok lah. yalah yalah.

Aku betul betul tak sengaja pakai seluar trax hari ney mai office.. and lagi tak sengaja aku boleh lak pakai selipar aku yang ada bunga pink gedabak tu.. ok xpenah orang mai keja masuk office pakai macam tu. aku takkan buat lagi. nasib tadi aku bg form cuti untuk konvo boss approve. kalo tak, nganga aku..

Tak cukup dengan tu, ramai yang berkata " ada orang tu seronok la.. bersukan hari ney masuk office.. " sambil gelak2 sakan.

Ekceli aku memang betul2 kelam kelibut pagi tadi.. aku boleh tidur and berbelah bagi hari ney cuti ke tak.. sebab aku kan kerja kat penang. penang kan cuti. aku punya berharap la tadi kalau datang kerja sampai kat pak guard and pakguard akan kata " eh Cik bella, hari ney cuti. BALIK BALIK BALIK " . tapi takda lak. dan aku hampa sebab aku thumbprint lambat SEMBILAN minit. 

Tapi tapi dan tapi lagi, hampa aku tu bertukar jadi gembira sebab cuti hari ney akan di gantikan pada hari wesak nanti.. wuhooooo... semangat aku buat memo and tampal kat notice board. kahkahkah!

Tahhdaaaaaaaaa 

So sila bangun awal kalau takmau jadi tak sopan begitu. apa la hai..

Hugs and Love,

Jumaat, 3 Mei 2013

Aku call banyak kali sebab ...

Assalamualaikum ...

Lebam lebam di mata nabila ,
Nak buat macam mana dah mengantuk daa ,
Tepuk2 pipi eh sakit la ,
Hari ney kalau nak tahu aku tertinggal benda..

Message received from nurul jannah 7:40am..

Dengan pantas aku bersiap sebab takut lambat pergi kerja.. aku nak cetuskan rekod di mana kalau glabah katak lambat macam mana pun takkan ada barang tercicir punya..

Ekceli, msg atas tu mmg begitu kalau aku dgn nurul msg.. and hari ney aku minta tolong nurul hantar aku pergi kerja and aku minta tolong dia pergi tukarkan minyak hitam moto aku tu. aku baru beli ja moto tu, dah nak dekat 3 ribu meter dia aku tak tukar lagi. padahalkan kalau moto baru kena tukar minyak hitam bila meter dah mencapai 1000. ney aku hentam dia sampai 3000.. ya allah.. kalau arwah ada lagi, mesti abah akan menasihati akan daku..

Aku datang amek dia, dia tengah sedap makan nasi and aku nampak dia makan laju2 and x basuh pinggan. dan aku sengaja lagi menjerit "woiii cepat woiiii... aku dah lambat!! cepat!!!!". dan aku dapati dia berjalan balapan dengan laju jalannya. dan aku juga dapati dia pakai tudung express di mana makcik2 suka pakai time bergosip di kala petang hari.. tak penah kot dia nak pakai tudung tu p parit buntar. ntah mandy entah tak. kalau tanya mandi ke tak, sembang mesti nak UP. mesti kata dah mandi. caits! padahal pakai seluar tidur ngan sweater adidas.

Dalam girang2 bersembang di atas moto, aku dapati juga moto aku cannot go la masa naik jambatan. dan aku menyalahkan nurul 100% dengan menyatakan "woi bapak berat hang ney dolll" haha. ok aku dengan nurul dari kecik suka ayat "dol" tu.. yelah.. SAMDOL badigol bonggol..

Dah sampai office aku suh nurul tunggu dulu depan pagar dan aku berlari2 anak ke thumbprint utk thumbprint attend aku kan.. lagi seminit aku lambat memang huh! (sambil wat gaya pancung leher) dah tu aku nasihat la nurul jangan bawak laju2 and sempat aku sakitkan aty dia dengan usik2 bangang di pagi hari..

Nurul balik, dan aku pun masuk office dengan geli perut sebab puas buat muka bangang tadi kat nurul.. tapi girang ku hanya seketika kerana kunci laci aku bersama dengan kunci moto aku. OH ya allah!!! aku rasa bangang terus... aku kol nurul banyak kali.. then aku dah malas nk kol sebab nurul kalau atas moto , henpon letak bawah seat, dengar sangat la kalau kol.. aku biar ja dulu then pukul 9 lebih aku kol..

Nurul : Hah hello nak apa??????
Aku : (laju tol bawak moto minah ney dah sampai umah) Emmm hang tengok kat kunci moto aku ada kunci apa lagi kat situ selain kunci moto?
Nurul : arrrr kunciiii .. em kunciiii loker hang kot? hahahhahahhaa
Aku : hang raa (ayat kena potong)
Nurul : So? nak aku hantar balik? hajeii.. panat2 aku.. *potpetpotpettt pett phusssss
Aku : makanya henpon letak dalam ehem ehem lain kali.. senang vibrate kat situ terus jawab kol..
Nurul : hajeii..
Aku : hahaha. hang jangan lupa mooo ..

Panggilan tamat.. aku rasa batery dia telah menamatkan jangka hayat utk aku membebel kat dia..

arrrggghhhhh.. aku rasa memang betul la aku ney careless gila... eeee... kalau umah dekat xpa. ney 45minit tau x nak sampai. tu pun kalau bawak laju.. bawak slow memang sejam taw x nak sampai opis. eeee... elleyh!

So kat sini, fokus sikit dengan hidup kita.. jgn sumbang mambang terambang ambang wati... dan ingat! pelihara hati dan imanmuuuuuu cuz i will love youuuuuu and need youuuuuu~~~~

nurul melaporkan .

Laci x dapat buka, sentap di buku ..

Hugs and Love ,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...