Assalamualaikum ...
Memikirkan mati keseorang dalam tanah tanpa berteman,
Janganlah terpesong akhlak kerana teman-teman,
Kamu penentu hidup onar atau aman,
Tepuklah dada tanya iman ..
Hai awak .
Saya nak bagitahu sesuatu pada awak di mana saya nak awak rasa apa saya rasa . Saya tahu, awak sendirian dan buntu dengan kehidupan yang kadangkala meletihkan ini tanpa ada saya di sisi. Tapi awak, awak kena tahu kenapa saya tak berjumpa awak lagi. Saya tahu allah pisahkan kita tetapi akan temukan kita juga di suatu hari nanti.. kerna apa? kerna saya tahu dan yakin nama awaklah yang tertulis di Luh Mahfuz itu untuk bersama sama saya mengharungi kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.. Saya nak awak percaya yang 1 hari kita akan bersama. saya pun tak tahu siapa awak.. Dan awak juga tak tahu siapa saya. Tapi saya akan bersabar dan menjaga diri agar tidak membatasi untuk menunggu awak.
Kita hidup di dalam dongeng yang bermula dengan suatu masa dahulu . Di mana awak bersumpah untuk membantu saya untuk menyukai kehidupan sekarang dan selepas. Mempunyai kesabaran untuk bersabar dalam setiap permintaan. Dan bercakap sesuatu apabila diperlukan dan hidup dalam kehangatan jiwa yang sentiasa memanggil untuk pulang. Kisah kita akan berakhir dengan bahagia selama-lamanya dan saya berharap sehingga JANNAH.. In shaa Allah... :)
Hugs and Love ,
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.