Welcome To My Blog Labahlabahdisco
Foto Saya
Anne Biella Rani
Saya bukan sombong, Tapi saya pemalu!Dan saya jugak anak mak...(nak duk ngan mak ja..perasan masih budak2). Saya suka jadi mandom tiba2. Saya tak pendek tak tinggi. Saya Anak Malaysia Perak. Saya anak ke 6 dr 7 org adikberadik. Abang,kakak,adik saya cakap,mulut saya bising macam nenek tua. Mak saya cakap, saya bila gelak sakan sangat sampai urat kat kepala tegang,tapi bila nangis pun sakan jgk sampai mata lebam-lebam. Saya,saya,saya..urm saya..mmm..ummm..saya... Tanya saya kalo nk tahu pasal saya.. ngeeeee~
Lihat profil lengkap saya

Rabu, 4 September 2013

Boleh tahan ketar lutut

Assalamualaikum ..

Hidup kena ada fikrah,
Jangan hanya tahu mengarah,
Tidak tentu hala mengikut amarah,
Kelak hidupmu bagai diperah..

Hai.. *palm face

Aku ekceli tak tau buat apa pagi ney.. then aku blur nk buat apa. padahal petang ney ada audit. sepatutnya aku kena glabah udang sekarang sebab petang ney ada audit. tapi aku boleh minum minum, makan nasi goreng mak aku tapaukan pagi tadi dengan ikan kering.. pastu p yak yak then sambung termenung depan pc sambil ushar news feed fb aku yang penuh kelancangan rakyat malaysia pasal 20sen..

Tak semena aku teringat dua perkara. Jejeng~ ha nak cita ney.. ahahaha.. dalam aku menaip ney, nampak gak aku macam busy, so mesti sapa masuk office akan cakap "rajinnya bella tu.. laju ja menaip buat kerja. dah la comel lak tu.. emmmm". hehe. lalalalaaa~ weweweiiitttt!!! 

Situasi pertama :

Hujan lebat diluar rumah.. Di mana masa tu aku kat rumah nurul. menunggu hujan berenti untuk aku balik rumah. Masa tu kat ruang tamu rumah nurul, cuma ada aku dengan nurul.. duduk kat kusyen tepi tv dia. aku duduk, nurul baring.. Kepala dia dekat ja dengan peha aku.. Aku pujuk pujuk nurul suh tdur umah aku.. tapi beribu alasan dia bagi.. bukan apa, minggu tu dah banyak hari sangat dia tidur umah aku. sebab mak aku xda kat umah. aku pulak, tak berani tidur sorang.. Tiba tiba senyap ja. dah tu nurul tanya aku,

Nurul : weh, hang pernah tak bayangkan macam mana kalau hang accident then muka hang hancur rosak? Then macam mana dengan hg?

Aku : *kerutkan kening,hidung kembang kempis tanda nk marah. Hang nk doakan aku accident ke apa ney? hang ney, dah la aku p kerja naik moto. jauh pulak. hang jangan!! eeee!! herghhh!!! *bulatkan mata.

Nurul : ahahahahahaha. Tak weh.. aku kata bayangkan ja. bukan hg ja. aku pun terpikirkan jugak kalau aku jadi macam tu.. macam mana la kan, dengan muka macam tu.. hemmm..

Aku : ohhh.. minta duit kat kakak aku, buat pembedahan muka baru. then aku nak minta buat muka macam Lisa Surihani.. *Permintaan taknak kalah. then buat muka lembu.

Bila pikir balik, takut jugak. itu macam remind kena la hati hati.. aku p kerja pun sekarang bawak moto slow slow.. 

Situasi kedua :

Semalam aku balik kerja hujan lebat, basah lencun aku sampai umah.. Aku park skuter aku kat dapur.. lepas park motor aku tu, aku jenguk anak kucing aku tu sat.. comel comel.. gemuk gemuk. dah empat hari, depa dah boleh buka mata. Aku tengok basikal mak aku xda, aish p mana lak mak aku ney.. Aku masuk rumah bagi salam. Ingat nak suh mak ambilkan towel sebab kain aku n baju aku dah lencun sangat basah.. Cuma lampu dapur ja terbuka semalam. lampu ruang tamu tak buka. aku pura pura kool. Duk diam diam kat dapur makan nasi sambil tengok tv kt dapur. Dalam hati rasa nak nangis pulak umah xda orang. Tak lama tu, mak aku call. "Heynow.. (hello), hang kat mana tu? dah balik ka? ada sapa kat umah? ayen balik dah? Mak kat umah makcik hasnah ney.. tunggu hujan benti baru balik. lepas sembahyang mak balik la.. saja mak telepon. sat g hang cari mak pulak.. ha k lah. tak palah. bye".. Aku lega.. makcik hasnah punya umah dekat ja dengan umah aku.. Tak lama malam tu aku dgr mak aku balik, tapi macam balik dengan kawan... aku masa tu kat sofa depan, pakai baju tidur yang keling suka pakai dan rambut yang panjang tak sikat..

Aku p la dapur, Aku tanya mak aku sapa tu? mak aku cakap tu kakak makcik hasnah.. Terus aku cakap "kami nak tidur mana malam ney?" sambil buat muka lembu. Mak aku gelak sambil kata "hang tidur hujung tu tepi mak.." Aku terus kata xmau. nanti mak mesti nak besembang ngan makcik tu.. dah tu masa tidur mesti mak aku ngan makcik tu lawan bedengkur. aku dah la tak boleh orang dengkur. sat g aku ngigau p sumbat tisu dalam mulut mak n makcik tu.. Makcik tu datang,aku sengeh sengeh terus salam tangan dia. dia pun salam then perati ja muka aku then tanya "Yang.. sapa dia ney yang.. menantu hang ka yang..". Howh, sudah ku duga.. kawan mak aku semua akan kata aku menantu mak aku. sebab depa xtau pun mak aku ada anak perempuan lagi.. tapi segan gak aku masa tu. dengan rambut x sikat, pakai baju tidur keling pulak. macam orang gila lak rasa. em em emm..

Pagi aku nak p kerja, Aku duduk kat meja minum kopi tunggu mak aku buatkan bekal nasi untuk aku. dah siap aku salam la mak aku. then mak aku kata, salam acik tu jugak.. eleh mak ney, takut sangat aku x salam. aku memang la nak salam.. then aku p la salam.. dalam aku salam dia genggam ja tangan aku sambil senyum then cakap "Bawak motor elok elok, baca ya salam,ya salam, ya salam sepanjang jalan..tak boleh baca panjang, baca tu ja. ingat kat allah, allah ingat kat kita pulak..Kesiannya berulang naik motor.xpa.. sabar.. cari rezeki halal.. nanti ada ja.." aku senyum senyum, dalam hati terharunya.. mak aku masa tu kat sebelah. aku pandang pandang ja mak aku. then aku cakap nak p kerja. Aku terasa bagai di pujuk pulak. sebab semalam waktu aku balik basah lencun tu, dalam hati sedihnya xda kereta. hari hari kena hujan. dah tu kat jalan raya, orang yang bawak kereta bila langgar lopak yang ada air, tepercik air lopak tu kat aku. 

Ha tu jela.. tetiba pening kepala lak ney.. Kerja banyak lagi. berblogging lak hang kan nabila syuhada!! haha. k bye.
(hidung kembang hirup udara laut)

Hug and Love,
Nabila Syuhada.

.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...