Welcome To My Blog Labahlabahdisco
Foto Saya
Anne Biella Rani
Saya bukan sombong, Tapi saya pemalu!Dan saya jugak anak mak...(nak duk ngan mak ja..perasan masih budak2). Saya suka jadi mandom tiba2. Saya tak pendek tak tinggi. Saya Anak Malaysia Perak. Saya anak ke 6 dr 7 org adikberadik. Abang,kakak,adik saya cakap,mulut saya bising macam nenek tua. Mak saya cakap, saya bila gelak sakan sangat sampai urat kat kepala tegang,tapi bila nangis pun sakan jgk sampai mata lebam-lebam. Saya,saya,saya..urm saya..mmm..ummm..saya... Tanya saya kalo nk tahu pasal saya.. ngeeeee~
Lihat profil lengkap saya

Selasa, 30 Julai 2013

Hari tu mak aku ....... Dan aku ......

Assalamualaikum 
Selamat morning adam dan hawa yang tampan dan segak bergaya.. heeee


Mengenangkan kebodohan diri tanpa henti
Yang cuba berubah ke arah yang pasti
Tapi langkahku bagai kadang terhenti
Apa aku harus bertanya dan menyelam sedalamnya dilubuk sanubari?


Hye miyamorrr kalamidades.. *entah apa maksud aku hentam

Hari ney dah hari ke berapa tah aku asyik sampai lambat ja masuk keja. melangkah buka pintu office sambil buat muka bajet bajet bini bos.. langsung tak bersalah. langsung tiada rasa *eee... apa teruk sangat ney? tau tak kalau asyik lambat ja nanti tak awek cun? nanti kencing manis kencing berdiri kencing berlari semua? tahu tak?? .. Emmm.. xda pun serba salah macam tu dalam diri aku. 

Ini kerana , *em ayat sastera sangat. walhal dulu sastera kt skolah hampeh. suruh puisi tapi bersajak.

Ok ok aku siyes.. Emm.. Hati aku sakit... sakitnya sebab kebodohan aku membiarkan mak aku panjat kerusi and jatuh. Jatuh sikit sikit ok lagi.. Ney sampai retak tangan mak aku.. pipi lebam dan bengkak. belakang badan pun... peha pun lebam yang buat mak aku sampai tak boleh nak bangun untuk berjalan dengan sendiri.. Pedihnya hati. bodohnya aku terasa. Aku tak tau pun mak aku boleh panjat memanjat. cukup la aku sorang ja jadi macam monyet kat rumah tu.. emmmm...

Ceritanya begining,

Aku nampak mak aku pagi tu kemas belakang dapur tu dengan excited gila. aku pun sebok nk excited jugak. aku cakap kat mak "mak kami nk kemas bilik la. nak ubah katil tuu". Mak aku tak bagi aku kemas. sebab selalu aku ney cakap macam hangat tahik ayam ja. cakap lebih , kemas sikit, jumpa mainan lama dalam bilik tu, mainnn... kemasnya dak sangat pun. Mak aku cakap "tak payah la. orang nak kemas pagi pagi. ney dah tengahari. eeee, mak xlarat la nak angkat katil kayu tu. hang larat hang buat".. Aku konon menyentap terus masuk bilik temenung selama setengah jam.. Bilik aku betul betul semak ya rabbi . Kalau orang nak datang masuk minang pun, tengok ja bilik aku org tu dah pitam koma mulut berbuih, muka terus biru..

Ok... aku dah start kemas.. aku kemas sikit, baring lama lama atas katil.. kemas lagi baring sampai pejam mata.. aku kemas sambil layan lagu jiwang dondang sayang.. dalam masa aku tengah baring pejam mata tu, aku dengar bunyi jatuh.. kuat.. dalam hati aku "benda apa jatuh tu.. kuatnya.. jangan mak aku jatuh sudah".. aku pejam mata lagi tanpa bergegas.. Pastu aku bangun sambung lagi kuarkan barang barang aku nak letak luar bilik. Masa aku nak letak barang tu, aku nampak mak aku muka pucat sambil pegang minyak ubat dalam keadaan yang menahan sakit. Aku dah rasa bodoh gila. cepat cepat aku tanya mak kenapa? mak aku cakap "mak jatuh.. mak nak ambil payung kt atas tu. tapi payung tu tersangkut.". Aku tak semena terus rasa nak membebel. membebel aku geram kenapa panjat tapi tak panggil aku pun? aku boleh ja panjat. Terus aku bawak mak aku pergi umah mak nurul. Urut tangan and tempat yg patut kena urut.. 

Masa bawak mak aku tu, aku diam ja.. sikit pun aku tak cakap. dah berlari lari perasaan pelik kat kepala aku ney.. Aku apa lagi.. emo mula dah sebuk sebuk nak datang.. Masa nak pergi umah nurul tu, masa lalu kubur arwah abah aku, aku tengok mak aku pandang kubur arwah abah aku.. dalam hati aku tegetus "abah tengok mak ney panjat panjat pulak.." sampai malam aku kelu lidah takmau bercakap.. yela, dah rasa macam bangang abadi sebab tak alert.

Malam tu abang and kakak ipar aku bawak p hospital.. Masa tu emo aku jangan cakap la duk sorang sorang dalam bilik.. before tu aku dah tolong mak aku pakai baju and siapkan mak aku.. dalam hati berkocak ombak tsunami di mana aku sedaya upaya jangan menangis depan mak aku. Sampai merah muka aku malam tu punya over menangis.. em em emmm...

Aku tak tau la.. aku emo gila sebab aku rasa dalam dunia ney cuma mak aku ja sayang aku... uish ney aku taip pun aku rasa nak bergelinangan ney.. huuuu~~ 

Mana nak cari mak macam mak aku yang sporting ja.. menantu tak masak and tdor ikut suka or apa apa mak aku xpenah nak mengadu kat aku cakap kakak ipar aku malas ke apa ke.. and mak aku selalu manjakan aku macam aku ney masih tadika.. Bila aku kecewa, mak aku pun akan cakap "sesakit hati hang, sakit lagi hati mak.. sebab hang anak mak". serius masa mak aku cakap aku dah terdiam. Mak aku selalu jadi pakar doktor cinta untuk aku.. aku rasa kalau mak orang lain , takmau dengar and tengok anak dia nangis ngadu pasal laki. tapi mak aku siap pujuk aku satu malam sampai aku diam menangis.. Mak aku slalu buat apa ja untuk aku.. 

Dulu masa aku berhati keras yang kasar, nurul pernah cakap "hang tak perasan ke dalam semua adik beradik hang, mak hang paling sayang hang?" . ok ayat ney kalau family aku baca mesti mereka akan sengeh sumbing.. tapi ini nurul yang kata.. Masa nurul cakap tu tengah makan kat umah aku.. aku cuma cakap "oh.. yaka?". tapi benda ney dah lama.. Dimana dulu aku selalu degil and suka cakap "mak tak sayang kami pun!!". tapi sekarang aku tau mak aku memang sayang aku sangat. huuuu so sentappppp...

Dan tiap malam aku, mak aku selalu kemas kan tempat tdor tepi mak aku and mak aku mesti siap letakkan bantal busuk lembik aku tu siap siap kt situ. huuuuu. padahal aku boleh ja kemas sendiri.. bukan aku takmau kemas.. tapi tak sempat aku buat apa, tengok mak aku dah buat.. Aku takutnya hidup tanpa mak aku.. hari tu mak aku pergi umrah, aku kat rumah hari hari menangis sebab rindu. dah tu takut tidor sorang sorang.. tapi mak aku before dia p umrah mak aku dah call nurul. suruh nurul teman aku.. so terharuuu... 

Aku boleh luah semua ney dalam blog.. tapi aku tak mampu nak luah depan mak aku. and kelunya lidah untuk aku cakap sesuatu yang indah utk mak aku.. cuma bila hari ibu dulu aku akan call cakap selamat hari ibu... tapi mak aku akan cakap "ha lembu?" dan aku akan buat muka tapir di hujung talian.


Maafkan kami mak... 


Hug and Love,


Khamis, 25 Julai 2013

Perasan tak ada ..... Ahaa. weweweiiitttttt !!

Assalamualaikum .. 
Eh haii gedik mengada ngada rimas nk minta lempang.


Sesuatu yang aku sedar dimana 
Kita manusia yang hanya mampu berbicara
Berbicara dengan lantang dan gahnya
Tapi tiada apa yang di lakukannya ..


Eh perasan x? alaaa... tu haa... ha cuba dengar betul betul.. dengar tak? ha perasan dah? dengar tak? Alaa dia ney! Cuba duduk diam diam kejap. harrrrr.. sweet kan saya? kannnn?! ha i yebbiyu sayang.. yebiyu yebiyuuu.. alaa nk gedik sikit pun xboleh. Wahahahahahha!! ok lah oklah.. main main jah.. eeeee. 

Aku tukar lagu blog aku. Enak enggak? enak bukan. penasaran ney.. Terasa excited aku dengar lagu ney semalam.. Yang mana kata "elleh tak sedap pun. biasa ja. Macam lagu tenggiling nk mengesot ja" . eleh gedik. Lempang sat g. Tak sedap p main jauh jauh. Baling taik lembu sat g. Haha. alaa gurau.

Emmm.. berwibawa betul aku pagi pagi mengadap pc update blog. Ha nampak?! Mana nak cari gadis yg berwibawa dan rajin tegar macam aku ney.. Baik pulak tuuu!!! dah tu rajin siram pokok bunga pulak tu!! *sapa tengok pokok bunga kat umah aku dapat nilai aku rajin ke tak dengan layu dia, dengan kecut kecut dia. berkulat pulak tak menahan.


Yeayyyy. ok babai. 

Nk belakon candid punya pasal.. feeling gila menghayati sampai xperasan aku pegang seluar apa. ahaha. sooriiiiiieeeee.. eleh gedik eja sorry mcm tu. eleh eleh elehhh~~


#makin aku ehem.. makin ehem aku rasa .



Hug and Love,
Nabila Syuhada

Selasa, 23 Julai 2013

Harrr.. aku pun dah jadi tak tahan. HAHA

Assalamualaikum .. hai ledis n jentelmen.

Cak cekup udang gamit ,
Tak cukup minta kunyit ..
*bahaha. malas aku nak feeling feeling pantun puitis hari ney.


Heii you stalkerlicious!!! hamboi macam tak tahu kamu ngendap aku.. eleh!

Aku kan em aku kan.. eh nak mula macam mana tah ney.. ok ok, hari ney kan aku masuk kerja lambat lagi tau takkkkk.. Ini semua gara-gara pakcik ke abang ke atuk ke aku pun xpasti umur dia dalam lingkungan berapa. Tapi dia sangat la menjengkelkan pada aku tadi.. aku dah siap sedia nak laju masa bawak moto then tak masal dia potong aku sambil cakap apa tah, aku tak dengar sbb aku bawak moto sambil dengar lagu guna earphone.. dah tu buat muka gatal kenyit kenyit mata siap wat mulut nk cium lagi... arggghhhhhh!! aku terus buat muka nk muntah and buat muka sebolehnya menunjukkan aku tgh menyampah and bakal jadi seorang pembunuh kalau dia wat macam tu kat aku lagi... eeee, terpaksa aku bawak moto slow slow sbb takmau potong laki tu. geram betul aku pagi tadi. nak ja aku jerkah dia masa tu dgn menyinga. sebaik aku ney kool dan ehem, dan lemah lembut orangnya. ehem! hahaha! alaaa nk pomot diri sket takkan tak bolehhhhhhhhhhhhhhhhhh..

Eh lagi apa eh.. ammm emmm emmm... apa ye.. errrr.. haaa... Aku on facebook "anne biella rani" aku tu sokojap jah tau... kemain ari tu pomish pomish dengan kekawan kata takmau on lagi..tapiii, aku on sekejap saja... takmau on lama lama.. Aku rindu nk stalk kawan kawan aku. haha. so sapa rindu aku tu, em wechat aku.. wahahaha! rindu ? eleh klishe sangat~~ haha

Aku tak tau nak cakap apa lagi ney.. wahaha. konon xtau plak. eh mana datang bau asam pedas ney?! eeeee.... alaaaaa. nk tutup hidung ke apa ney. ke nak tutup hidung ngan stoken ney? eh stoken kenapa la bangang abadi macam tak boleh tutup guna tangan sambil buat palm face.. haha. ok la... babai!

(MS si gemok mok)

Hug and Love,
Nabila Syuhada .


.

Isnin, 22 Julai 2013

Kebatasan hati membahterai. Eceh!

Assalamualaikum ... hai hai hai.. lai lai lai~ HAHA!

Ku membutakan hati untuk arjuna,
Ku membukakan hati hanya untuk allah yg esa,
Tetapi munculnya kamu saat aku sakit terasa,
Adakah kamu cuma dugaan semata atau cinta?

Hye awak!

Emm.. hari ney hari isnin kan.. selalu hari isnin mesti bangun pagi tu dalam sanubari aku ney ada niat menyatakan "Emmm, malasnya.. ini ambil MC then call office cakap aku tak sihat boleh ney..." sambil meniarap dan mata masih tertutup.. Oh oh oh.. memang gila bila hari isnin dia punya kemalasan.. sampai aku kadang cita cita attend nk bagi full pun tergoda dan di noda. heshh.. tapi hari ney aku jadi terus bangun and siap sebab aku fikir melambak kerja bertimbun ja aku tak banyak songeh.. tapi tetap juga aku lambat masuk hari ney. lambat sebelas minit lak tu.. eeeee.. rasa macam tak senonoh beteiiii...

Bukan tu yang aku nak cerita sekarang.. Aku, em aku... err aku... Aku pun xfaham kenapa dengan aku.. Tulah orang cakap, fahamkan diri tu dulu baru nak macam macam.. 

Tapi aku ada pasang niat untukk ...... hehe . 

Cuma yang aku sedih tu ... Aku dah target macam macam ... cuma ada satu hal ney , aku macam tak mampu ja nk target .. aku takut la nak target .. pastu aku risau kemuntahan berlaku pada seseorang bila aku cakap pasal target yang satu ney.. Aku memang penah bagitau pasal target aku.. tapi aku cakap macam main main. and aku rasa dia ingat aku main main.. haha. eee... And dapat ke aku terima kenyataan kalau target aku ney, orang lain yang dapat? Sakit , kecewa ke aku bila benda tu jadi aku pun x tau la.. 

Aku macam nakk ja tanya ... Tapi, sayangnya kelu lidah berbicara,degupan jantung menyiksa oiiii... macam mana soalan aku tu buat seseorang tu muntah geli geleman? oii masak la aku menanggung maluuuu ... Tapi mcm mana pulak soalan aku tu jawapan dari seseorang tu positif? aku yang muntah ke or nak cakap aku bergurau ke cena? haha. ai bengongnya...

Kadang kadang tu, aku tolak tepi semua tu sebab aku rasa macam aku ney tak layak pun untuk itu.. Dan aku hanya mampu meredhakan saja.. walaupun dalam hati aku meronta ronta mahukan itu.. Dan kadang kadang aku jadi cemburu.. Cemburu tu datang dan buat aku rasa rendah diri and aku rasa aku ney takda apa apa.. Dan paling aku rasa macam aku serba kekurangan. oiiiii masa tu memang sentap dah usik usik hati aku and angin macam laju ja bermain kat mata aku bagi pedih pedih sampai mengalir air mata.. elehhh.. klishe sangat~

Kalau aku banyak duit , aku dah tinggalkan malaysia dan pergi jauh dari sini.. sebab aku xperlu rasa macam ney kot? kot laa.. 


Hug and Love,
Nabila Syuhada.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...