Welcome To My Blog Labahlabahdisco
Foto Saya
Anne Biella Rani
Saya bukan sombong, Tapi saya pemalu!Dan saya jugak anak mak...(nak duk ngan mak ja..perasan masih budak2). Saya suka jadi mandom tiba2. Saya tak pendek tak tinggi. Saya Anak Malaysia Perak. Saya anak ke 6 dr 7 org adikberadik. Abang,kakak,adik saya cakap,mulut saya bising macam nenek tua. Mak saya cakap, saya bila gelak sakan sangat sampai urat kat kepala tegang,tapi bila nangis pun sakan jgk sampai mata lebam-lebam. Saya,saya,saya..urm saya..mmm..ummm..saya... Tanya saya kalo nk tahu pasal saya.. ngeeeee~
Lihat profil lengkap saya

Selasa, 30 Julai 2013

Hari tu mak aku ....... Dan aku ......

Assalamualaikum 
Selamat morning adam dan hawa yang tampan dan segak bergaya.. heeee


Mengenangkan kebodohan diri tanpa henti
Yang cuba berubah ke arah yang pasti
Tapi langkahku bagai kadang terhenti
Apa aku harus bertanya dan menyelam sedalamnya dilubuk sanubari?


Hye miyamorrr kalamidades.. *entah apa maksud aku hentam

Hari ney dah hari ke berapa tah aku asyik sampai lambat ja masuk keja. melangkah buka pintu office sambil buat muka bajet bajet bini bos.. langsung tak bersalah. langsung tiada rasa *eee... apa teruk sangat ney? tau tak kalau asyik lambat ja nanti tak awek cun? nanti kencing manis kencing berdiri kencing berlari semua? tahu tak?? .. Emmm.. xda pun serba salah macam tu dalam diri aku. 

Ini kerana , *em ayat sastera sangat. walhal dulu sastera kt skolah hampeh. suruh puisi tapi bersajak.

Ok ok aku siyes.. Emm.. Hati aku sakit... sakitnya sebab kebodohan aku membiarkan mak aku panjat kerusi and jatuh. Jatuh sikit sikit ok lagi.. Ney sampai retak tangan mak aku.. pipi lebam dan bengkak. belakang badan pun... peha pun lebam yang buat mak aku sampai tak boleh nak bangun untuk berjalan dengan sendiri.. Pedihnya hati. bodohnya aku terasa. Aku tak tau pun mak aku boleh panjat memanjat. cukup la aku sorang ja jadi macam monyet kat rumah tu.. emmmm...

Ceritanya begining,

Aku nampak mak aku pagi tu kemas belakang dapur tu dengan excited gila. aku pun sebok nk excited jugak. aku cakap kat mak "mak kami nk kemas bilik la. nak ubah katil tuu". Mak aku tak bagi aku kemas. sebab selalu aku ney cakap macam hangat tahik ayam ja. cakap lebih , kemas sikit, jumpa mainan lama dalam bilik tu, mainnn... kemasnya dak sangat pun. Mak aku cakap "tak payah la. orang nak kemas pagi pagi. ney dah tengahari. eeee, mak xlarat la nak angkat katil kayu tu. hang larat hang buat".. Aku konon menyentap terus masuk bilik temenung selama setengah jam.. Bilik aku betul betul semak ya rabbi . Kalau orang nak datang masuk minang pun, tengok ja bilik aku org tu dah pitam koma mulut berbuih, muka terus biru..

Ok... aku dah start kemas.. aku kemas sikit, baring lama lama atas katil.. kemas lagi baring sampai pejam mata.. aku kemas sambil layan lagu jiwang dondang sayang.. dalam masa aku tengah baring pejam mata tu, aku dengar bunyi jatuh.. kuat.. dalam hati aku "benda apa jatuh tu.. kuatnya.. jangan mak aku jatuh sudah".. aku pejam mata lagi tanpa bergegas.. Pastu aku bangun sambung lagi kuarkan barang barang aku nak letak luar bilik. Masa aku nak letak barang tu, aku nampak mak aku muka pucat sambil pegang minyak ubat dalam keadaan yang menahan sakit. Aku dah rasa bodoh gila. cepat cepat aku tanya mak kenapa? mak aku cakap "mak jatuh.. mak nak ambil payung kt atas tu. tapi payung tu tersangkut.". Aku tak semena terus rasa nak membebel. membebel aku geram kenapa panjat tapi tak panggil aku pun? aku boleh ja panjat. Terus aku bawak mak aku pergi umah mak nurul. Urut tangan and tempat yg patut kena urut.. 

Masa bawak mak aku tu, aku diam ja.. sikit pun aku tak cakap. dah berlari lari perasaan pelik kat kepala aku ney.. Aku apa lagi.. emo mula dah sebuk sebuk nak datang.. Masa nak pergi umah nurul tu, masa lalu kubur arwah abah aku, aku tengok mak aku pandang kubur arwah abah aku.. dalam hati aku tegetus "abah tengok mak ney panjat panjat pulak.." sampai malam aku kelu lidah takmau bercakap.. yela, dah rasa macam bangang abadi sebab tak alert.

Malam tu abang and kakak ipar aku bawak p hospital.. Masa tu emo aku jangan cakap la duk sorang sorang dalam bilik.. before tu aku dah tolong mak aku pakai baju and siapkan mak aku.. dalam hati berkocak ombak tsunami di mana aku sedaya upaya jangan menangis depan mak aku. Sampai merah muka aku malam tu punya over menangis.. em em emmm...

Aku tak tau la.. aku emo gila sebab aku rasa dalam dunia ney cuma mak aku ja sayang aku... uish ney aku taip pun aku rasa nak bergelinangan ney.. huuuu~~ 

Mana nak cari mak macam mak aku yang sporting ja.. menantu tak masak and tdor ikut suka or apa apa mak aku xpenah nak mengadu kat aku cakap kakak ipar aku malas ke apa ke.. and mak aku selalu manjakan aku macam aku ney masih tadika.. Bila aku kecewa, mak aku pun akan cakap "sesakit hati hang, sakit lagi hati mak.. sebab hang anak mak". serius masa mak aku cakap aku dah terdiam. Mak aku selalu jadi pakar doktor cinta untuk aku.. aku rasa kalau mak orang lain , takmau dengar and tengok anak dia nangis ngadu pasal laki. tapi mak aku siap pujuk aku satu malam sampai aku diam menangis.. Mak aku slalu buat apa ja untuk aku.. 

Dulu masa aku berhati keras yang kasar, nurul pernah cakap "hang tak perasan ke dalam semua adik beradik hang, mak hang paling sayang hang?" . ok ayat ney kalau family aku baca mesti mereka akan sengeh sumbing.. tapi ini nurul yang kata.. Masa nurul cakap tu tengah makan kat umah aku.. aku cuma cakap "oh.. yaka?". tapi benda ney dah lama.. Dimana dulu aku selalu degil and suka cakap "mak tak sayang kami pun!!". tapi sekarang aku tau mak aku memang sayang aku sangat. huuuu so sentappppp...

Dan tiap malam aku, mak aku selalu kemas kan tempat tdor tepi mak aku and mak aku mesti siap letakkan bantal busuk lembik aku tu siap siap kt situ. huuuuu. padahal aku boleh ja kemas sendiri.. bukan aku takmau kemas.. tapi tak sempat aku buat apa, tengok mak aku dah buat.. Aku takutnya hidup tanpa mak aku.. hari tu mak aku pergi umrah, aku kat rumah hari hari menangis sebab rindu. dah tu takut tidor sorang sorang.. tapi mak aku before dia p umrah mak aku dah call nurul. suruh nurul teman aku.. so terharuuu... 

Aku boleh luah semua ney dalam blog.. tapi aku tak mampu nak luah depan mak aku. and kelunya lidah untuk aku cakap sesuatu yang indah utk mak aku.. cuma bila hari ibu dulu aku akan call cakap selamat hari ibu... tapi mak aku akan cakap "ha lembu?" dan aku akan buat muka tapir di hujung talian.


Maafkan kami mak... 


Hug and Love,


0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...