Welcome To My Blog Labahlabahdisco
Foto Saya
Anne Biella Rani
Saya bukan sombong, Tapi saya pemalu!Dan saya jugak anak mak...(nak duk ngan mak ja..perasan masih budak2). Saya suka jadi mandom tiba2. Saya tak pendek tak tinggi. Saya Anak Malaysia Perak. Saya anak ke 6 dr 7 org adikberadik. Abang,kakak,adik saya cakap,mulut saya bising macam nenek tua. Mak saya cakap, saya bila gelak sakan sangat sampai urat kat kepala tegang,tapi bila nangis pun sakan jgk sampai mata lebam-lebam. Saya,saya,saya..urm saya..mmm..ummm..saya... Tanya saya kalo nk tahu pasal saya.. ngeeeee~
Lihat profil lengkap saya

Isnin, 20 Jun 2011

Berpijak Pada Bumi yang Nyata.



Yeah~ Berpijak la pada bumi yang nyata dan bukannya memijak-mijak badan or kaki orang. itu mengurut namanya..
sepertimana yang selalu aku lalukan kepada abang2 dan kakak ku yang selalu mengadu sakit badan dan meminta aku menekan belakang badan mereka.
dengan itu, kedengaranlah alunan kepuasan praaaaapppppppppp pappp paaaappppppp~
tidak lupa juga pada ibu ku yang sering saja menyuruhku mengurutnya pabila keluh kesah kudratnya sudah tidak seperti muda-muda dahulu.

Bukan kehebatan mengurut yang ingin ku coretkan pada malam tanpa bintang serta nyayian dari sang cengkerik yang memecah kesunyian malam..

Tetapi, aku ingin meluahkan apa yang terbuku di lubuk hatiku.
aku tidak mahu menjadi seperti menjadi pakguard di balai polis..

Ku menatap sayu pohon jambu yg bertunas mekar di hadapan rumahku..
dedaunan melambai ditiup angin..
dahulunya tidak akan selalu mekar pohonnya hingga mengganggu kawasan kediamanku..
ia pasti akan di cantas oleh arwah bapaku..

Kini tiada siapa pedulikan pohon yang kian mekar subur disirami dek hujan..
Terlintas di fikiran untuk mengintai langit yang indah disinari rembulan..
Tetapi apakan daya,denyutan jantung dak dik duk.. dak dik duk..
Ketakutan pula menjelma objek yang tidak di pinta..

Sugul saja wajahku setelah beberapa hari hilang selera untuk menjamah makanan yang telah di masak oleh ibuku..

Cukup sudahlah ayat poyosan ku.
khuatir ada yang ingin mengeluarkan lendir-lendir dari lorong tekak dan di hembuskan ke mana-mana.
tidak mahu menjadi seorang yang kejam kerana membiarkan insan-insan berpitaman akibat membaca blog ku ini..
yahhh~~
maaf ku pinta.

Lalalalalallalalalalla~~

Haha.

Macam-macam sudah aku buat untuk tak bagi sunyi..
Nurul ajak aku p ban pecah tgk matahari terbenam..
konon tengok laut boleh la lapang sket jiwa yang berceramuk akibat pertelingkahan yang hingga kapan berakhirnya.

Phototangkap laut :



Nurul sentiasa nk bg aku ada mood balik..
Thanks la weyhh nyahhh..
Tapi makin sayu ja aku tengok matahari nak terbenam tu..
=_='

Bangun pagi belum sempat aku nak termenung kat tingkap mak aku dah ajak aku p buang resdung tadi petang..

Huisshhh!! tak boleh tak pegi! hidungku dah kegatalan seperti cacing bershafel..
Bermonolog sendirian di kamar dengan wajah kusam air liur basi.

Mak cakap"haaaa... amek talipon mak,talipon nurul tanya dia ngan mak dia nak p jugak x?"

"Howh? ok.."

Tat tit tut Tat tit tut Tat tit tut...
tutttt...tutttttt....
"Nurul, mak aku ajak blablablablablablablablablablablablablablablablablablablablablablablabla"

Pkul 3 dah nak g..

phototangkap wajah semangat buang resdung:


Tampak skema bila memakai cermin mata.. nak p buang resdung tak boleh la pakai apa2 krim kat muka kan.. so macam ney la muka aku kalo x pakai celak or apa-apa.

Macam tak mandi kan? hoyehhh.. betul dan tepat sekali!!

Ini kali pertama aku nak p buang.
Makcik tu gila punya mesra..
jiwa kembang2 ja bila sembang..

Aku orang 1st buang resdung..
soalan pertama makcik tu tanya,
"alolo ciannya ada resdung~ ni tingkatan berapa ni?"

=_='

Makcik.. saya dah 20tahun dah makcik..
study dah kat banting.. heeeeeeeeeee..

Tak penah aku buang resdung,so aku tak tau la mcm mana kan..
makcik tu bakar apa tah menda itam berasap sakan tu..
tiba2 mai acu kat muka aku.. menjerit ketakutan aku..

Gelak-gelak nurul n mak dia.. paling teruk gelak kat aku mak aku la..
pastu makcik tu bgtau cuma nak bg kena asap ja.. bukan nk tempek kat muka.. huhu!

Malu kucing garong tol lah! ouh men~

Terkial-kial aku tahan bau asap yg berkepul-kepul tu.
sekali terhidu meresap hingga ke kepala..
meleleh laju ja air mata ney..
sob sob sob...


*modelnya nurul jannah.

Yang cucuk kat telinga ney aku igt pa ke menda la..
makcik tu cucuk punn aku dah jerit ketakutan lagi..

Tapi memang best..
ringan kepala yawww!!

Kata-kata pasrah tetibe:

Mungkin benar kita sudah tidak sehaluan..
maafkan saya kerana tak dapat menjadi seorang wanita yg dapat memberi kebahagian kat awak..
saya selalu cuba nak jadi yang terbaik di mata awak..
tapi saya tak mampu..

saya tak macam pompuan lain yang berbadan "FuiyOoohhHHHh!! bergetah la dia!!".
saya kurus saja..

saya juga tak macam pompuan lain yang berkulit"Ish2~~ gebu tol la awek tu..cm nk cuit2 je dia tu.. alahai~~"

saya juga tak macam pompuan lain yang berjalan "Ayunya~kepit sungguh jalan.. tak jatuh ke dia jalan kepit cmtu..urm~~ =)"
saya jalan terabur ikut suka saja..

saya juga tak macam pompuan lain yang berharta "Wahh!! sonoknya la.. sume pompuan tu yang bayarkan.. hebat!"
saya miskin saja..

Yang paling penting saya tak macam pompuan lain yang lemah lembut tali kecapi "Ouh~~sedap tol suara dia..macam nk makan ja kalo boleh.. sume lembut~ ahhh~"
saya garang.. suara macam kucing kena pijak ekor..

p/s: esok aku nak p tebas rumput ngn kapak.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...