Assalamualaikum si tampan dan si cantik manis anggun bergaya memikat menusuk kalbu batin.~ amboi ewah~ kemain lagi dia...
Sempena hari ahad yang mulia tapi bukan hujung minggu percutian pada aku kerana aku ditugaskan masuk kerja pagi ney... berkali- kali aku tunda alarm aku sebab aku tak dapat menahan mengantuk aku ney. mata aku ney umpama di gam dengan cap badak sumbu, sangat la payah nak aku buka. Ahh.. memang tabiat buruk aku suka sgt tunda alarm dari aku dekat kolej lagi yang memang susah aku nak tinggalkan.. ohh...
Tiba-tiba aku terasa jari jemari kasar-kasar lembut mengusap lembut dahi aku terus menurun ke pipi.. tak lama lepas tu aku mendengar bisikan lembut yang menyatakan , "sayang.. bangun sayang... Buat la sarapan... Jap lagi kita pergi kerja sama2... abang dah mandi.. cepat la sayang mandi..."
Aku tersengih-sengih ketam mengesot sambil mata kuyu memandang suami aku di sisi yang harum berbau sabun Victoria secret kepunyaan aku..
ikut hati nak aku debik je sebab dia kebas sabun aku.
Aku mencapai jari jemarinya dan aku bangun terus menggapai tuala mandi ku yang tersidai di tepi almari bilikku.
Tetapi sebelum aku mandi , aku mahu menjenguk anakku di bilik sebelah untuk memastikan anakku jua sudah bangun bersiap-siap untuk ke kesekolah..
"Lisa sayang.. bangun nak... hari ney kena sekolah.. dah tak cuti lagi... bangun sayang...."
"ummm.....huwaaaaAAAaaaaaa.. (
menguap mcm minta kaki) Ummmmieeeee... Lisa nk bgtau sesuatu... Hari tu kan umie, ada budak baru masuk kelas lisa.. dia comel sangat umie... Lisa nak kawan dgn dia.. tp Lisa malu la umieeeee. Hikhikhikkkk(
tutup mulut sambil kepala geleng laju2)
Aku menarik nafas sedalam mungkin dan menghembus secara perlahan. takut-takut kalo aku hembus kuat-kuat terdengar seperti keluhan kasar pula.. kecewa sungguh aku dengan sikap anakku ini.. sudah puas aku mengajarnya tektik mengorat dengan hebat tetapi tidak melampaui batasan seorang kanak2 ribena, tapi masih lagi dia malu2 dan tiasa keyakinan diri.. cisssss kejuuu!! how can dia boleh malu2 begitu... Noob je malu-2 tu sume..
"Lisa... Lisa buat-2 la nak pinjam pen dia ke.. tumpahkan air kat dia ke, baling penyapu kat dia ke.. tengok la respon dia cmner nanti.. Tapi, tapi, tapi.... Lisa jangan la menggedik pulak... lelaki tak suka tu.... ok sayang? ok pergi mandi..."
aku masuk ke bilik dengan mimik muka penyu.. Terasa sejuk pula badan ini dengan dinginnya
Aircond dan aku membuat keputusan lepas buat sarapan baru nak mandi..
Aku turun ke bawah dengan melenggang lengguk anggun bergaya unggul dan mempesona menyusun langkah teratur pergi ke dapur dengan berpakaian baju tido ku yang di buat dari sutera halus...
Sedang aku kusyuk membuat sarapan terasa pinggulku di hug dari belakang..
ohmak enjut akong latahku terkejut di dalam hati.
"Sayang joom makan?" lembut dan perlahan saja suaranya..
Aku diam je.. sakit hati aku di sebabkan dia bermain dota hingga larut malam dan kemudian boleh pulak dia melayan EURO.. penat aku berdandan wangi2 semalam, sikit pun dia tak melayan..
cissss kejuuuu! aku teruskan lagi dengan muncung itikku ini sehingga terdengar bisik pujukan dari suamiku...
"sayang marah kat abang ye??" seperti ayat memujuk even da tak pandai memujuk...
Aku wat diam membisu supaya dia melihat peberontakkan ku ini..
Dia rapatkan muka dia ke pipi aku, then kiss.
Aku lap...
dia kiss..
Aku lap...
dia kiss..
Aku lap.....
dia kiss...
Aku lap..................
"amboi...dah suka abg kiss ke??" "sayangggg......." dengan mimik muka manja keanak-anakkannya..
"apa sayang-sayang? pergi sana jauh-jauh! nanti roti ney yang melayang!" aku takut dia tahu yang jiwa aku menggelodak cair dengan caranya...
****Tteeeeeeeeeeeettttttttttttttttttttttttttttttttttttt***
Actually, aku banyak baca novel and blog yang berkenaan dengan kahwin, kebahagian, keharmonian dan mcm2 yang indah berkenaan dengan rumah tangga..
Dulu aku tak pernah nak kisah sangat pasal kahwin... tapi bila aku dah di kelilingi dengan kawan-2 aku yang dah punyai anak dan aku pun dah nak habis study, aku dah jadi terfikir...
tapi aku takut jugak bila kahwin, aku tak dapat jalankan tugas aku sebagai seorang isteri dengan betul.. aku takut aku tak dapat memberikan kebahagian kepada suami aku dan keluarga aku...
Dan aku takut kalo aku tersakitkan hati suami aku.. walaupun aku tak terniat langsung...
Tapi setelah aku byk tgk tb,baca novel,blog dan lain-lain.. banyak yang berpendapat, Sebenarnya, rumah tangga yang kaya dengan pujuk memujuk ni kebiasaannya berkekalan. Tak boleh lah nak serious memanjang. Kalau dah isteri serious dan garang, si suami kena pandai-pandai lah jadi agent pe-neutral-an kan? Kalau si suami garang macam Hitler, si perempuan mesti ayu dan lemah lembut. Selembut-lembut si isteri, sure boleh control suami yang panas baran. Tu la pasangan yang paling ideal.
banyak perkara yang aku jadi takut dengan masa depan dan segalanya.. kadang tu aku cakap kat orang pandai "taktau buat apa, duk umah, pakai selimut, tunggu kematian.." lama-lama.. aku pun jadi mcm nak buat mcm tu.. haiz....
Kak Jeinab :: Hari ney aku goyang kaki ja kat office,,, hehehheheheh
.