Assalamualaikum sayang sayang sekalian ... Elleeeyhhh~
Semenjak kerja tiap-tiap malam aku nak tido mesti aku kebas panadol acu aku.. Badan aku terasa mcm hanyut di tengah lautan yang berombak ombak rindu... sungguh mengasyikkan.. mcm tu la perasaan aku kalo aku tak makan panadol... amboi baru praktikal dah mcm tu... Tapi , masa 1st day aku g praktikal, balik tu memang terus aku tak ingat dunia punya tido... dengar suara acu aku kejut suruh bangun pun, aku dengar dalam mimpi ja.. Lali-lali macam aku dengar acu aku tengah bersorak untuk EURO.. ngehhh :p
Harini macam rilex sket kat tempat kerja... Aku rehat pun makan sorang2 sambil wat muka penyu... Then abg mie n abg saiful dtg aku terus masuk office.. sheeeeegaaaannnnn~ ngehhh. Lepas tu, agak tak buat keja dah, aku dengan Kak Lina (kakak office) nak pegi mall pejabat post . Kawasan UUM tu terlalu besar, so kitorg terpaksa naik moto syarikat utk pergi ke mall pejabat pos. Naik ja moto, aku dah gelak gila2.. aku pun tak tahu kenapa.. padahal kak Lina tak buat lawak pun. Maybe aku lawak sgt sbb tgk kak Lina pakai topi kuning kontraktor bawak naik moto.. hehe. Masa dekat sana tiba-tiba terlalu pulak kat tempat wallet.. segera kak lina cakap "ha hari tu kata nak beli dompet baru? ha meh meh tengok" (sambil memilihkan dompet untuk aku). Aku tengok dompet aku , hummmm... boleh tahan buruknya siap dengan kuah laksa suma ada.. Aku amek then bayar...
Melangkah dengan lenggang lengguk pergi ke moto dengan tujuan nak balik ke office balik la tu konon, aku sambung gelak balik bila tgk kak Lina pakai topi kuning tu untuk bawak moto kriss biru tu. Then tiba2 terpetik pasal wallet aku, kak Lina cakap 1st time dia tgk aku kuarkan wallet aku tu, dia terkejut beruk sangat tengok betapa buruknya wallet aku.. dia cakap tengok lain suma dah ok.. tiba2 kuar wallet, ya rabbi buruk nak mampus.. macam bekas lap belacan... buruk betul.. tapi dia cakap dia pkir 1 ja.. ''maybe wallet tu bawak berkat''. dah la perut aku senak gelak tgk kak lina pakai helmet tu, di tambah pulak dengan kata2 ikhlas dia lagi la mcm nk meletup perut aku senak gelak2... sampai nak terkentut-kentut aku..
Taaaarrraaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~ HAHA! How Sweetttttt!!!!!!!!!!
Ney pun sebab aku kebas wallet kakak aku.. aku tak suka beli wallet sendiri... wallet tadi pun kak Lina tolong pilih.. hehehe
Dah masuk office macam biasa, buat muka ceria sket then masuk bilik penyelia aku tnya ada kena buat pape tak? then dia cakap takde.. kalo ada dia panggil.. ohhh petak....
Aku bukan apa.. aku sangatlah mengantuk bila duduk diam kat meja aku tu.. kadang tu aku sendiri tak sedar bila aku duduk bersila kat kerusi empuk tu.. seedar2 dah bersila pun... hehehe! serabai~
Jejeeeengggg~~~
cewah kemain kan aku buka microsoft word tu.. buka fb ngam ngam ja ngan saiz nk menaip.. haha.. untuk keselamatan mencegah takut penyelia dtg tiba2.. tp aku mmg la biar on9. tapi aku tak ngadap sangat pun... mana yang marah then ckap aku sombong sbb tak reply komen tu sorry la.. aku tak niat pun... kehkehkehhh.
Kak bedah :: Tetiba tadi En. Rosley booking aku suh jadi team dia untuk main boiling nanti.. kehkehkeh.. Masuk longkang kesian ja nanti... aku tak sengaja setuju dengan pelawaan itu.. haha
1 comments:
mengular yer kau.. dh lah pkai pc executive... kantaoi t.. masak hangus lah ko// hahahaha
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.