Welcome To My Blog Labahlabahdisco
Foto Saya
Anne Biella Rani
Saya bukan sombong, Tapi saya pemalu!Dan saya jugak anak mak...(nak duk ngan mak ja..perasan masih budak2). Saya suka jadi mandom tiba2. Saya tak pendek tak tinggi. Saya Anak Malaysia Perak. Saya anak ke 6 dr 7 org adikberadik. Abang,kakak,adik saya cakap,mulut saya bising macam nenek tua. Mak saya cakap, saya bila gelak sakan sangat sampai urat kat kepala tegang,tapi bila nangis pun sakan jgk sampai mata lebam-lebam. Saya,saya,saya..urm saya..mmm..ummm..saya... Tanya saya kalo nk tahu pasal saya.. ngeeeee~
Lihat profil lengkap saya

Rabu, 7 Januari 2015

Tahun baru, site baru, bos baru, Life baru.. suami baru.. kofkofkof

Assalamualaikum guys..
so long no see..


Whoah babe!!!! Holla.. haii . hehehe.

You know what, im a wife.. married woman.. can i told u that i was freedom? whoah speaking menjak dah kawen.. dah lari lari ayat... hemm... dah lama kan aku tak berblogging.. last hari tu aku pecah tembelang nak kawen tu.. tu pun sebab aku test test password nak tengok kena tak aku nk on.. selalu aku lupa. then ni kali kedua pulak aku try on.. hah, lepas ni aku takkan lupa lagi dah password aku.. Sebab aku dah semangat ni nak cerita serba sedikit jelah pasal Alam perkahwinan.. untuk para para sakura yang diluar sana yang belum kawen tu... so berkeyakinan la jugak kome semua nak kawen muda jugak kan...

ok lets story beginnnnnnn....

Ok babe, perasan tak ayat aku kat atas, aku cakap aku dah freedom? yela babe, aku dah bebas lah.. bebas untuk keluar dating sesuka hati dengan suami, bebas berjalan tanpa orang nak ngorat and kacau aku sesuka hati.. ngorat?? euuwww perasan! muka macam makcik jual belacan. ada hati kata nak kena ngorat.. uwekkkk!! *muntah kuning gastrik.

Semalam bapa hari bulan tah.. 5 kot.. and now kan bulan januari tahun 2015, aku dah start kerja kat site perlis.. kerja sama dengan suami tersayang.. tapi aku sayang dia sikit ja.. dia sayang aku banyak.. *sigh kerek.. kihkihkih.

Untuk kahwin ni sebenarnya mudah saja.. memang betul benda baik memang Allah tolong.. Tapi kena ingat tak semua benda will going with the flow~~~.. mesti bengkek jugak la hati tu kejap.. ada jugak yang akan menyepoilkan mood.. Tapi tak la banyak.. cuma tak semua orang faham kita.. And kita pun bukan nenek sihir untuk pukau orang bagi faham keadaan kita and terus positif pada kita.

Persetujuan untuk kawen ni aku tak tahu la orang lain.. Tapi pada aku memang mengejut.. Amat terkejut, sampai lah aku sendiri terkentut.. Nak nak time subuh subuh... memang time aku kentut bunyi kuat time tu.. kuat gila takda tahan tahan.. malu apatah lagi.. lagi xda dalam list memo.. eh malu? malu tu apa? *google.

Kahwin ni indah.. semua indah.. betul.. gelak gelak ngan suami.. berkongsi cerita seharian. berkongsi makanan.. segalanya kongsi.. tapi aku kedekut sikitlah.. nak berbanding dengan suami aku yang pemurah segalanya. Allah yang ciptakan kita dengan pelbagai emosi.. yang baik, mahupun buruk.. tapi jujur cakap, memang banyak indah, contoh indah dalam perkahwinan punyai 99%. Then 1% cuma keburukan, tapi bila bergaduh selisih faham yang 1% tu, percayalah, kalau iman tak kuat, yang 1% tu boleh menutupi kebahagian yang 99% banyaknya tu.. Jadi kena ingat balik pengorbanan pasangan kita. Istifar banyak banyak.. Buat apa nak cari yang baik sedangkan Allah dah bagi kita yang terbaik. Kan?

Ada orang cakap, "ingat senang nak kawen? lepas kahwin banyak hal kena pikir.. nak kawen tu pikir la betul betul".

Serious talk, aku kawen main Ha JOM kahwin. Ha. ok kahwin.. *frust malas pikir dah. Accept depan mata percaya takdir Allah.

Ini pada akulah, sama ja.. cuma beza perjuangan lain la. sebelum kahwin, kita fight untuk diri sendiri.. dah kawen berdua and banyak pihak kena fight and betul betul kena fokus jangan sampai silap. sekali silap, jenuh la hang nak betulkan keadaan and sampai bila jugak la hang dipandang serong even hang tu seorang yang kool, baik hati, mulia, penyabar, girang dan sebagainya.. takyah tengok contoh jauh, contoh orangnya macam aku jelah pendek kata. one and only in the world you know! kahkahkah.

Kenal lama ke, kenal sekejap ke, sama ja. sebab sebelum kahwin, pasangan kita tu memang macam malaikat. takkan tunjukkan kejahatan diri. Lepas kahwin, tahulah kamu.. berak berdiri ke, kentut dalam air ke, suka korek pusat ke.. emmmmmmm... Cuma diri kita and pasangan yang akan membentuk kehidupan kita sendiri.. Nak bahagia buang ego jauh jauh. Ego melangit takyah mimpi nak bahagia. duduk lah sorang sorang dalam loji kalau nak ego sangat.. euuuww!

Aku ada nampak orang post pasal ayat "indahnya kahwin muda".. Then ada orang screenshot then buat caption cakap "Abeh selama hidup ni kau menderita ke hidup ngan mak ayah". Dah hang biol kenapa? dia cakap pasal kahwin, takda pun dia cakap " Dulu murung ja hidup ngan mak ayah".. Atleast dia kahwin , dia selamat. selamat dari dosa. Ayah dia pun selamat. family dia pun lega. Dari hang tu ?? Sebab tu la, benda benda macam tu, kalau hang belum kahwin, baik diam.. Muhasabah sikit diri tu.. Memang semua orang tak sempurna, tapi jangan la hang lagi nak tunjuk diri tu tak sempurna. Ha, kan dah panas baca kenyataan aku ni.. hahahahahahahahahahahha *wek

Haahahahahahhahahahahhahaha!!

Oklah, Last cerita sorry la pada yang tak dijemput kahwin aku.. Aku bukan saja takmau jemput, Lupa.. Tapi banyak la jugak aku jemput. Takda pun yang datang.. Fedap aku dengar ayat, "kawen x jemput pun.." takyah nak feeling touching lahhh! turun naik darah aku... kembang kempis hidung semata nak jawab soalan kenapa x jemput kahwin tu.. hahahahahhaa..

ok bye. Assalamualaikum.

I love my mom, my husband, my family.. In shaa Allah..


Isnin, 23 Jun 2014

Next step please!

Assalamualaikum .. 


Suppp Dude! hows life huh? feeling great?

Hai u ollsssss... Lama gila babeng sangat dah aku tak berbloggers ni... Tapi saja la kan, nak on.. ekceli aku dah lupa password blog aku.. Then aku saja la nk try on, byk kali jugak tembak tembak password tak kena.. Lastly kena. Yes Yabedabeduuuuuuu!!!! Sudah kena la ituuuuu! HAHA!

Takda benda yang best pun nk share.. Macam dulu boleh la kan aku share byk benda.. but now, malas la nk share sgt. Nanti terlampau share, menggugat life sendiri pulak.. yg happy orang suka, kalau aku TERshare yg buruk?? mesti ramai yg gelakkan.. duniawi kan..

Beza aku sekarang and dulu, tak jauh sangat.. sama je sengkek.. poket berlipas , dompet bertelur cicak.. Cuma yang beza, jeng jeng jeng!! hahahaha! bezanya aku ni dah berpunya... Yang lebih terangan iaitu Tunangan orang yaaaa... Tak lama lagi jadi bini orang pulak... Kahkahkahkah.. Ramai yang tak tahu and sengaja aku tak bagitahu.. aku bukan sengaja, tapi aku tak mau jadi macam bercouple, bagitau semua orang then end up? phiuwww~ relation tu hambar dan terputus bangang macam tu.. sangat memalukan ekceli...

Untuk kali ni, biar lah nanti dah kawen, dan aku terima nikahnya tu kedengaran, baru la Official nk bagitau orang ramai...

Emm macam mana kenal and siapa? Macam mana kenal tu pun aku nk explain pun payah, kenal sekejap ja,. Then terus family datang merisik aku then tunang.. Then xlama kawen.. Nampak macam aku ni x siasat kan and macam tak kisah kan? bukan macam tu, tapi aku dah setahun muhasabah diri, dan bersabar ja dengan apa jadi, aku yakin, dia ni adalah seorang hamba Allah, yang Allah hantar untuk bersama dengan aku hingga ke syurga.. Begitu la jodoh kot..

Dulu, kalau masa aku bercinta ngn sesiapa, mudah ja mulut ni nak ngadu ngan kawan baik kata laki ni itu ini la. bangang nak mampos la.. Tapi dengan tunang ni, sepanjang kenal and jadi tunang, takda benda yang buat aku rasa itu masalah pada aku even kadang aku suka cari salah.. tapi susah nak cari mana dia punya sifat buruk. Cuma aku ja buruk. Hemm..Bersyukur la kan.. Aku ni PANTANG MANTANG dengan laki yang lembab and nak nak lagi suka kawan byk pompuan. Eeeuwww!! Like excuse me yeah hello?!! Aku tak suka kawan laki ramai2 sebab aku pun xmau kalau laki aku jenis kawan banyak pompuan. Then aku harap tunang aku ni bukan macam tu.. and aku harap aku pandai jaga diri and jaga bakal suami aku tu dengan baik nanti.. em ok, itu jela.. sapa yang terbaca pos aku ni, nasib la nok... sebab aku tak posting public mcm usual aku buat post kat facebook.. kui kui kui...



Hugs And Love,
Nabila Syuhada Abdul Rani..


Selasa, 22 Oktober 2013

Ku pikir duit, rupanya stoken busuk

Assalamualaikum.. 
em em em.. Hehe.

Mengalah lebih baik daripada melawan,
Kan elok daripada orang kata mcm kena sawan,
Mak aih besarnya cawan...
Ha tu ja la.. malas pantun pantun..

Hai awak! ya hai hai hai,

Aku dah lama tak update diari umum aku ney, tetiba terasa nk update. cewah kemain diari. cits!! hehe. Emm so, aku nk cerita pasal semalam lah. 

Bukan apa, aku rasa semalam hari spoil aku kot. Bukan aku nk ckp isnin x bagus.. bagus.. Tapi semalam , agak vengong vangang vongok sangat aku.. Aku punya blur dah tahap kronik barangkali semalam. Aku bukan apa, aku geram betui la hai dengan ehem ehem kt office ney. Depa nak raya, then aku la kena ganti kerja dia sat. Lelehnya rasa.. Aku xkisah kena ganti, tapi aku kisah ehem ehem tu kata kt bos aku xmau buat keja tu. Mau tak rasa nk tumbuk muka dia. aish!

Pastu aku ada beberapa perkara buat aku bertambah nak jadi singa.. aku dah cuba istifar bg lega hati ney, mcm x boleh go jgk. Dah tu, aku tgk org xda kt office masa rehat, bederai hujan lebat begugusan ka pipi ney.. Sebaik semalam ada pujuk aku. ceh. ingat nk nangis bawah meja ja. tak pun muka letak dalam laci.

Itu xpala, yang buat terasa Vangang sangat tu, masa nk isi minyak moto aku time balik. Aku kalo naik moto, selalu pakai beg galas. then masa nk bayar aku malas la nk buka beg amek duit. sambil galas, sambil aku main seluk ja cari mana duit aku. seluk punya seluk, aku dapat stoken aku yg cartoon cartoon warna warni then aku bagi kat makcik yg isi myk tu. Lama jgk blur. Dah sedar terus aku masukkan balik stoken tu dengan mimik muka x bersalah. then baru aku bagi duit.. Dalam hati "apa la stoken ney buat kt situ.. adeh"

Hari ney, before p office, masa nak naik moto aku dah niat yg aku nk mengalah ja. Masuk office terus senyum and amek hati ehem ehem kata aku nk belajar buat purchasing. Takpala mengalah. Then bila masuk office aku buat la cmtu.. now dah ok.. siap gelak gelak lagi. wuhuhuhuhu~~ ALHAMDULILLAH. Itu lah yg aku maksudkan dgn status fb aku pasal kepochi.. siyes bukan aku sorg ja akan jadi mcm ney.. mana mana tempat kerja, mesti ada sorg yg buat kita rasa bengang. Pada aku, kalau menda ney mcm agak tegang and sampai x boleh nk betulkan and org tu takmau mengalah, biar aku jela mengalah. memang dulu aku takkan mengalah, but now aku pkir, aku hidup bukan untuk selfish.

Hug and Love,
Nabila Syuhada.

.

Rabu, 4 September 2013

Boleh tahan ketar lutut

Assalamualaikum ..

Hidup kena ada fikrah,
Jangan hanya tahu mengarah,
Tidak tentu hala mengikut amarah,
Kelak hidupmu bagai diperah..

Hai.. *palm face

Aku ekceli tak tau buat apa pagi ney.. then aku blur nk buat apa. padahal petang ney ada audit. sepatutnya aku kena glabah udang sekarang sebab petang ney ada audit. tapi aku boleh minum minum, makan nasi goreng mak aku tapaukan pagi tadi dengan ikan kering.. pastu p yak yak then sambung termenung depan pc sambil ushar news feed fb aku yang penuh kelancangan rakyat malaysia pasal 20sen..

Tak semena aku teringat dua perkara. Jejeng~ ha nak cita ney.. ahahaha.. dalam aku menaip ney, nampak gak aku macam busy, so mesti sapa masuk office akan cakap "rajinnya bella tu.. laju ja menaip buat kerja. dah la comel lak tu.. emmmm". hehe. lalalalaaa~ weweweiiitttt!!! 

Situasi pertama :

Hujan lebat diluar rumah.. Di mana masa tu aku kat rumah nurul. menunggu hujan berenti untuk aku balik rumah. Masa tu kat ruang tamu rumah nurul, cuma ada aku dengan nurul.. duduk kat kusyen tepi tv dia. aku duduk, nurul baring.. Kepala dia dekat ja dengan peha aku.. Aku pujuk pujuk nurul suh tdur umah aku.. tapi beribu alasan dia bagi.. bukan apa, minggu tu dah banyak hari sangat dia tidur umah aku. sebab mak aku xda kat umah. aku pulak, tak berani tidur sorang.. Tiba tiba senyap ja. dah tu nurul tanya aku,

Nurul : weh, hang pernah tak bayangkan macam mana kalau hang accident then muka hang hancur rosak? Then macam mana dengan hg?

Aku : *kerutkan kening,hidung kembang kempis tanda nk marah. Hang nk doakan aku accident ke apa ney? hang ney, dah la aku p kerja naik moto. jauh pulak. hang jangan!! eeee!! herghhh!!! *bulatkan mata.

Nurul : ahahahahahaha. Tak weh.. aku kata bayangkan ja. bukan hg ja. aku pun terpikirkan jugak kalau aku jadi macam tu.. macam mana la kan, dengan muka macam tu.. hemmm..

Aku : ohhh.. minta duit kat kakak aku, buat pembedahan muka baru. then aku nak minta buat muka macam Lisa Surihani.. *Permintaan taknak kalah. then buat muka lembu.

Bila pikir balik, takut jugak. itu macam remind kena la hati hati.. aku p kerja pun sekarang bawak moto slow slow.. 

Situasi kedua :

Semalam aku balik kerja hujan lebat, basah lencun aku sampai umah.. Aku park skuter aku kat dapur.. lepas park motor aku tu, aku jenguk anak kucing aku tu sat.. comel comel.. gemuk gemuk. dah empat hari, depa dah boleh buka mata. Aku tengok basikal mak aku xda, aish p mana lak mak aku ney.. Aku masuk rumah bagi salam. Ingat nak suh mak ambilkan towel sebab kain aku n baju aku dah lencun sangat basah.. Cuma lampu dapur ja terbuka semalam. lampu ruang tamu tak buka. aku pura pura kool. Duk diam diam kat dapur makan nasi sambil tengok tv kt dapur. Dalam hati rasa nak nangis pulak umah xda orang. Tak lama tu, mak aku call. "Heynow.. (hello), hang kat mana tu? dah balik ka? ada sapa kat umah? ayen balik dah? Mak kat umah makcik hasnah ney.. tunggu hujan benti baru balik. lepas sembahyang mak balik la.. saja mak telepon. sat g hang cari mak pulak.. ha k lah. tak palah. bye".. Aku lega.. makcik hasnah punya umah dekat ja dengan umah aku.. Tak lama malam tu aku dgr mak aku balik, tapi macam balik dengan kawan... aku masa tu kat sofa depan, pakai baju tidur yang keling suka pakai dan rambut yang panjang tak sikat..

Aku p la dapur, Aku tanya mak aku sapa tu? mak aku cakap tu kakak makcik hasnah.. Terus aku cakap "kami nak tidur mana malam ney?" sambil buat muka lembu. Mak aku gelak sambil kata "hang tidur hujung tu tepi mak.." Aku terus kata xmau. nanti mak mesti nak besembang ngan makcik tu.. dah tu masa tidur mesti mak aku ngan makcik tu lawan bedengkur. aku dah la tak boleh orang dengkur. sat g aku ngigau p sumbat tisu dalam mulut mak n makcik tu.. Makcik tu datang,aku sengeh sengeh terus salam tangan dia. dia pun salam then perati ja muka aku then tanya "Yang.. sapa dia ney yang.. menantu hang ka yang..". Howh, sudah ku duga.. kawan mak aku semua akan kata aku menantu mak aku. sebab depa xtau pun mak aku ada anak perempuan lagi.. tapi segan gak aku masa tu. dengan rambut x sikat, pakai baju tidur keling pulak. macam orang gila lak rasa. em em emm..

Pagi aku nak p kerja, Aku duduk kat meja minum kopi tunggu mak aku buatkan bekal nasi untuk aku. dah siap aku salam la mak aku. then mak aku kata, salam acik tu jugak.. eleh mak ney, takut sangat aku x salam. aku memang la nak salam.. then aku p la salam.. dalam aku salam dia genggam ja tangan aku sambil senyum then cakap "Bawak motor elok elok, baca ya salam,ya salam, ya salam sepanjang jalan..tak boleh baca panjang, baca tu ja. ingat kat allah, allah ingat kat kita pulak..Kesiannya berulang naik motor.xpa.. sabar.. cari rezeki halal.. nanti ada ja.." aku senyum senyum, dalam hati terharunya.. mak aku masa tu kat sebelah. aku pandang pandang ja mak aku. then aku cakap nak p kerja. Aku terasa bagai di pujuk pulak. sebab semalam waktu aku balik basah lencun tu, dalam hati sedihnya xda kereta. hari hari kena hujan. dah tu kat jalan raya, orang yang bawak kereta bila langgar lopak yang ada air, tepercik air lopak tu kat aku. 

Ha tu jela.. tetiba pening kepala lak ney.. Kerja banyak lagi. berblogging lak hang kan nabila syuhada!! haha. k bye.
(hidung kembang hirup udara laut)

Hug and Love,
Nabila Syuhada.

.

Khamis, 22 Ogos 2013

Biasa la gadis gadis kan~ HAHA!

Assalamualaikum ... 
I miya hat hat you sayang ... HAHA


Janganlah engkau menyalahkan takdir dengan apa terjadi
Renungilah kembali apa yang terjadi dengan teliti
Bukankah dikau yang bongkak abadi
Menyerah menunduk dan salahkan saja diri sendiri



HAHA ! nampak?

well said... gadis gadis memang begini.. so kaum kerabat adam bawak bawak la banyak bersabar. Kahkahkah! motif amenda tah aku update ney... tapi betul betul.. hahaha lawak... siap meow peluk patung kambing biri biri.. 

Oh, huuuu.. pada sepupu sepapat.. moksu poksu,pakcik makcik. sorry pic raya tak upload lagi.. haha... ary tu err cmna nak cakap tah.. hari tu buka laptop nk edit sket, tapi terbuka video and layan video korea.. dah abeh tgk tutup la kan lappy tu.. dah tutup baru perasan tadi on ekceli nak edit pic, bukan nak layan cita korea. hehe. ok mggu ney bagi siap then upload lah nanti. hihihihihiii *muka senyum excited


hug and LOVE,
Nabila Syuhada.


.

Selasa, 30 Julai 2013

Hari tu mak aku ....... Dan aku ......

Assalamualaikum 
Selamat morning adam dan hawa yang tampan dan segak bergaya.. heeee


Mengenangkan kebodohan diri tanpa henti
Yang cuba berubah ke arah yang pasti
Tapi langkahku bagai kadang terhenti
Apa aku harus bertanya dan menyelam sedalamnya dilubuk sanubari?


Hye miyamorrr kalamidades.. *entah apa maksud aku hentam

Hari ney dah hari ke berapa tah aku asyik sampai lambat ja masuk keja. melangkah buka pintu office sambil buat muka bajet bajet bini bos.. langsung tak bersalah. langsung tiada rasa *eee... apa teruk sangat ney? tau tak kalau asyik lambat ja nanti tak awek cun? nanti kencing manis kencing berdiri kencing berlari semua? tahu tak?? .. Emmm.. xda pun serba salah macam tu dalam diri aku. 

Ini kerana , *em ayat sastera sangat. walhal dulu sastera kt skolah hampeh. suruh puisi tapi bersajak.

Ok ok aku siyes.. Emm.. Hati aku sakit... sakitnya sebab kebodohan aku membiarkan mak aku panjat kerusi and jatuh. Jatuh sikit sikit ok lagi.. Ney sampai retak tangan mak aku.. pipi lebam dan bengkak. belakang badan pun... peha pun lebam yang buat mak aku sampai tak boleh nak bangun untuk berjalan dengan sendiri.. Pedihnya hati. bodohnya aku terasa. Aku tak tau pun mak aku boleh panjat memanjat. cukup la aku sorang ja jadi macam monyet kat rumah tu.. emmmm...

Ceritanya begining,

Aku nampak mak aku pagi tu kemas belakang dapur tu dengan excited gila. aku pun sebok nk excited jugak. aku cakap kat mak "mak kami nk kemas bilik la. nak ubah katil tuu". Mak aku tak bagi aku kemas. sebab selalu aku ney cakap macam hangat tahik ayam ja. cakap lebih , kemas sikit, jumpa mainan lama dalam bilik tu, mainnn... kemasnya dak sangat pun. Mak aku cakap "tak payah la. orang nak kemas pagi pagi. ney dah tengahari. eeee, mak xlarat la nak angkat katil kayu tu. hang larat hang buat".. Aku konon menyentap terus masuk bilik temenung selama setengah jam.. Bilik aku betul betul semak ya rabbi . Kalau orang nak datang masuk minang pun, tengok ja bilik aku org tu dah pitam koma mulut berbuih, muka terus biru..

Ok... aku dah start kemas.. aku kemas sikit, baring lama lama atas katil.. kemas lagi baring sampai pejam mata.. aku kemas sambil layan lagu jiwang dondang sayang.. dalam masa aku tengah baring pejam mata tu, aku dengar bunyi jatuh.. kuat.. dalam hati aku "benda apa jatuh tu.. kuatnya.. jangan mak aku jatuh sudah".. aku pejam mata lagi tanpa bergegas.. Pastu aku bangun sambung lagi kuarkan barang barang aku nak letak luar bilik. Masa aku nak letak barang tu, aku nampak mak aku muka pucat sambil pegang minyak ubat dalam keadaan yang menahan sakit. Aku dah rasa bodoh gila. cepat cepat aku tanya mak kenapa? mak aku cakap "mak jatuh.. mak nak ambil payung kt atas tu. tapi payung tu tersangkut.". Aku tak semena terus rasa nak membebel. membebel aku geram kenapa panjat tapi tak panggil aku pun? aku boleh ja panjat. Terus aku bawak mak aku pergi umah mak nurul. Urut tangan and tempat yg patut kena urut.. 

Masa bawak mak aku tu, aku diam ja.. sikit pun aku tak cakap. dah berlari lari perasaan pelik kat kepala aku ney.. Aku apa lagi.. emo mula dah sebuk sebuk nak datang.. Masa nak pergi umah nurul tu, masa lalu kubur arwah abah aku, aku tengok mak aku pandang kubur arwah abah aku.. dalam hati aku tegetus "abah tengok mak ney panjat panjat pulak.." sampai malam aku kelu lidah takmau bercakap.. yela, dah rasa macam bangang abadi sebab tak alert.

Malam tu abang and kakak ipar aku bawak p hospital.. Masa tu emo aku jangan cakap la duk sorang sorang dalam bilik.. before tu aku dah tolong mak aku pakai baju and siapkan mak aku.. dalam hati berkocak ombak tsunami di mana aku sedaya upaya jangan menangis depan mak aku. Sampai merah muka aku malam tu punya over menangis.. em em emmm...

Aku tak tau la.. aku emo gila sebab aku rasa dalam dunia ney cuma mak aku ja sayang aku... uish ney aku taip pun aku rasa nak bergelinangan ney.. huuuu~~ 

Mana nak cari mak macam mak aku yang sporting ja.. menantu tak masak and tdor ikut suka or apa apa mak aku xpenah nak mengadu kat aku cakap kakak ipar aku malas ke apa ke.. and mak aku selalu manjakan aku macam aku ney masih tadika.. Bila aku kecewa, mak aku pun akan cakap "sesakit hati hang, sakit lagi hati mak.. sebab hang anak mak". serius masa mak aku cakap aku dah terdiam. Mak aku selalu jadi pakar doktor cinta untuk aku.. aku rasa kalau mak orang lain , takmau dengar and tengok anak dia nangis ngadu pasal laki. tapi mak aku siap pujuk aku satu malam sampai aku diam menangis.. Mak aku slalu buat apa ja untuk aku.. 

Dulu masa aku berhati keras yang kasar, nurul pernah cakap "hang tak perasan ke dalam semua adik beradik hang, mak hang paling sayang hang?" . ok ayat ney kalau family aku baca mesti mereka akan sengeh sumbing.. tapi ini nurul yang kata.. Masa nurul cakap tu tengah makan kat umah aku.. aku cuma cakap "oh.. yaka?". tapi benda ney dah lama.. Dimana dulu aku selalu degil and suka cakap "mak tak sayang kami pun!!". tapi sekarang aku tau mak aku memang sayang aku sangat. huuuu so sentappppp...

Dan tiap malam aku, mak aku selalu kemas kan tempat tdor tepi mak aku and mak aku mesti siap letakkan bantal busuk lembik aku tu siap siap kt situ. huuuuu. padahal aku boleh ja kemas sendiri.. bukan aku takmau kemas.. tapi tak sempat aku buat apa, tengok mak aku dah buat.. Aku takutnya hidup tanpa mak aku.. hari tu mak aku pergi umrah, aku kat rumah hari hari menangis sebab rindu. dah tu takut tidor sorang sorang.. tapi mak aku before dia p umrah mak aku dah call nurul. suruh nurul teman aku.. so terharuuu... 

Aku boleh luah semua ney dalam blog.. tapi aku tak mampu nak luah depan mak aku. and kelunya lidah untuk aku cakap sesuatu yang indah utk mak aku.. cuma bila hari ibu dulu aku akan call cakap selamat hari ibu... tapi mak aku akan cakap "ha lembu?" dan aku akan buat muka tapir di hujung talian.


Maafkan kami mak... 


Hug and Love,


Khamis, 25 Julai 2013

Perasan tak ada ..... Ahaa. weweweiiitttttt !!

Assalamualaikum .. 
Eh haii gedik mengada ngada rimas nk minta lempang.


Sesuatu yang aku sedar dimana 
Kita manusia yang hanya mampu berbicara
Berbicara dengan lantang dan gahnya
Tapi tiada apa yang di lakukannya ..


Eh perasan x? alaaa... tu haa... ha cuba dengar betul betul.. dengar tak? ha perasan dah? dengar tak? Alaa dia ney! Cuba duduk diam diam kejap. harrrrr.. sweet kan saya? kannnn?! ha i yebbiyu sayang.. yebiyu yebiyuuu.. alaa nk gedik sikit pun xboleh. Wahahahahahha!! ok lah oklah.. main main jah.. eeeee. 

Aku tukar lagu blog aku. Enak enggak? enak bukan. penasaran ney.. Terasa excited aku dengar lagu ney semalam.. Yang mana kata "elleh tak sedap pun. biasa ja. Macam lagu tenggiling nk mengesot ja" . eleh gedik. Lempang sat g. Tak sedap p main jauh jauh. Baling taik lembu sat g. Haha. alaa gurau.

Emmm.. berwibawa betul aku pagi pagi mengadap pc update blog. Ha nampak?! Mana nak cari gadis yg berwibawa dan rajin tegar macam aku ney.. Baik pulak tuuu!!! dah tu rajin siram pokok bunga pulak tu!! *sapa tengok pokok bunga kat umah aku dapat nilai aku rajin ke tak dengan layu dia, dengan kecut kecut dia. berkulat pulak tak menahan.


Yeayyyy. ok babai. 

Nk belakon candid punya pasal.. feeling gila menghayati sampai xperasan aku pegang seluar apa. ahaha. sooriiiiiieeeee.. eleh gedik eja sorry mcm tu. eleh eleh elehhh~~


#makin aku ehem.. makin ehem aku rasa .



Hug and Love,
Nabila Syuhada

Selasa, 23 Julai 2013

Harrr.. aku pun dah jadi tak tahan. HAHA

Assalamualaikum .. hai ledis n jentelmen.

Cak cekup udang gamit ,
Tak cukup minta kunyit ..
*bahaha. malas aku nak feeling feeling pantun puitis hari ney.


Heii you stalkerlicious!!! hamboi macam tak tahu kamu ngendap aku.. eleh!

Aku kan em aku kan.. eh nak mula macam mana tah ney.. ok ok, hari ney kan aku masuk kerja lambat lagi tau takkkkk.. Ini semua gara-gara pakcik ke abang ke atuk ke aku pun xpasti umur dia dalam lingkungan berapa. Tapi dia sangat la menjengkelkan pada aku tadi.. aku dah siap sedia nak laju masa bawak moto then tak masal dia potong aku sambil cakap apa tah, aku tak dengar sbb aku bawak moto sambil dengar lagu guna earphone.. dah tu buat muka gatal kenyit kenyit mata siap wat mulut nk cium lagi... arggghhhhhh!! aku terus buat muka nk muntah and buat muka sebolehnya menunjukkan aku tgh menyampah and bakal jadi seorang pembunuh kalau dia wat macam tu kat aku lagi... eeee, terpaksa aku bawak moto slow slow sbb takmau potong laki tu. geram betul aku pagi tadi. nak ja aku jerkah dia masa tu dgn menyinga. sebaik aku ney kool dan ehem, dan lemah lembut orangnya. ehem! hahaha! alaaa nk pomot diri sket takkan tak bolehhhhhhhhhhhhhhhhhh..

Eh lagi apa eh.. ammm emmm emmm... apa ye.. errrr.. haaa... Aku on facebook "anne biella rani" aku tu sokojap jah tau... kemain ari tu pomish pomish dengan kekawan kata takmau on lagi..tapiii, aku on sekejap saja... takmau on lama lama.. Aku rindu nk stalk kawan kawan aku. haha. so sapa rindu aku tu, em wechat aku.. wahahaha! rindu ? eleh klishe sangat~~ haha

Aku tak tau nak cakap apa lagi ney.. wahaha. konon xtau plak. eh mana datang bau asam pedas ney?! eeeee.... alaaaaa. nk tutup hidung ke apa ney. ke nak tutup hidung ngan stoken ney? eh stoken kenapa la bangang abadi macam tak boleh tutup guna tangan sambil buat palm face.. haha. ok la... babai!

(MS si gemok mok)

Hug and Love,
Nabila Syuhada .


.

Isnin, 22 Julai 2013

Kebatasan hati membahterai. Eceh!

Assalamualaikum ... hai hai hai.. lai lai lai~ HAHA!

Ku membutakan hati untuk arjuna,
Ku membukakan hati hanya untuk allah yg esa,
Tetapi munculnya kamu saat aku sakit terasa,
Adakah kamu cuma dugaan semata atau cinta?

Hye awak!

Emm.. hari ney hari isnin kan.. selalu hari isnin mesti bangun pagi tu dalam sanubari aku ney ada niat menyatakan "Emmm, malasnya.. ini ambil MC then call office cakap aku tak sihat boleh ney..." sambil meniarap dan mata masih tertutup.. Oh oh oh.. memang gila bila hari isnin dia punya kemalasan.. sampai aku kadang cita cita attend nk bagi full pun tergoda dan di noda. heshh.. tapi hari ney aku jadi terus bangun and siap sebab aku fikir melambak kerja bertimbun ja aku tak banyak songeh.. tapi tetap juga aku lambat masuk hari ney. lambat sebelas minit lak tu.. eeeee.. rasa macam tak senonoh beteiiii...

Bukan tu yang aku nak cerita sekarang.. Aku, em aku... err aku... Aku pun xfaham kenapa dengan aku.. Tulah orang cakap, fahamkan diri tu dulu baru nak macam macam.. 

Tapi aku ada pasang niat untukk ...... hehe . 

Cuma yang aku sedih tu ... Aku dah target macam macam ... cuma ada satu hal ney , aku macam tak mampu ja nk target .. aku takut la nak target .. pastu aku risau kemuntahan berlaku pada seseorang bila aku cakap pasal target yang satu ney.. Aku memang penah bagitau pasal target aku.. tapi aku cakap macam main main. and aku rasa dia ingat aku main main.. haha. eee... And dapat ke aku terima kenyataan kalau target aku ney, orang lain yang dapat? Sakit , kecewa ke aku bila benda tu jadi aku pun x tau la.. 

Aku macam nakk ja tanya ... Tapi, sayangnya kelu lidah berbicara,degupan jantung menyiksa oiiii... macam mana soalan aku tu buat seseorang tu muntah geli geleman? oii masak la aku menanggung maluuuu ... Tapi mcm mana pulak soalan aku tu jawapan dari seseorang tu positif? aku yang muntah ke or nak cakap aku bergurau ke cena? haha. ai bengongnya...

Kadang kadang tu, aku tolak tepi semua tu sebab aku rasa macam aku ney tak layak pun untuk itu.. Dan aku hanya mampu meredhakan saja.. walaupun dalam hati aku meronta ronta mahukan itu.. Dan kadang kadang aku jadi cemburu.. Cemburu tu datang dan buat aku rasa rendah diri and aku rasa aku ney takda apa apa.. Dan paling aku rasa macam aku serba kekurangan. oiiiii masa tu memang sentap dah usik usik hati aku and angin macam laju ja bermain kat mata aku bagi pedih pedih sampai mengalir air mata.. elehhh.. klishe sangat~

Kalau aku banyak duit , aku dah tinggalkan malaysia dan pergi jauh dari sini.. sebab aku xperlu rasa macam ney kot? kot laa.. 


Hug and Love,
Nabila Syuhada.

.

Rabu, 26 Jun 2013

Aku pusing pusing dah oii

Hah dah malas starting entry nk puisi. haha. aku tak larat dan tak bermaya hari ney.. macam lost ja rasa.. dah tu mcm di awangan lak tu.. yelah aku ganti puasa yang aku telah monteng puasa tahun lepas.. bukan sengaja monteng ok.. Tak lama lagi dah nk puasa.. aku ingat nak pakai braces. yelah gigi aku, aku dah cabut 1 kat belakang ney then aku senyum macam tak sekata ja gigi. then bila aku bergambar macam malas nk senyum bg nampak gigi.. em em em.. dalam hidup aku, cuma masitah sorang je kot puji gigi aku sweet dengan ada gigi tindan 1 and gigi siung ney... haha. love u masitah.. tu pun masa form 5. dalam dilema sbnarnya.. nak dan taknak. kenapa? sebab nanti kalau aku pakai braces hilang la keaslian aku ney... heshhhh.. tengok la. kalau betul nak confirm pun awal tahun depan.. sebab apa? sebab pas raya aku nak gemukkan badan ney. nanti kalau aku dah pakai braces, menjadi kesusahan kalau aku dah hilang selera makan.. pipi dah tak tembam.. eeeeeeee... penasaran.. mengantuk ney sbnrnya.... aku mcm nk tdor ja.. aku menaip ney pun nampak la aku macam buat kerja. kalau tak tadi, berair ja air mata aku tenung Pc ney tanpa kelip.. mengantuk punya hal.. heshh..

Oh btw, Kenapa aku nak jadi nurse walhal dari aku kecik kecik lagi aku dah berangan nak jadi ahli korporat yaitu wanita bekerjaya yang duk dalam office di kelilingi dengan fail fail dan document syarikat... eshhh.. Let her be la nabila syuhada... kalau lelaki tu suka and nak ke kamu.. dia tak kisah pun kamu ney macam mana,,, dia tetap nak masuk minang kamu.. eceh... emmmm lambatnya nk lunch.. nak balik ney... ok lah. babai assalamualaikum...

Jumaat, 10 Mei 2013

Sesuatu yang awak harus tahu ...

Assalamualaikum ...

Memikirkan mati keseorang dalam tanah tanpa berteman,
Janganlah terpesong akhlak kerana teman-teman,
Kamu penentu hidup onar atau aman,
Tepuklah dada tanya iman ..

Hai awak .


Saya nak bagitahu sesuatu pada awak di mana saya nak awak rasa apa saya rasa . Saya tahu, awak sendirian dan buntu dengan kehidupan yang kadangkala meletihkan ini tanpa ada saya di sisi. Tapi awak, awak kena tahu kenapa saya tak berjumpa awak lagi. Saya tahu allah pisahkan kita tetapi akan temukan kita juga di suatu hari nanti.. kerna apa? kerna saya tahu dan yakin nama awaklah yang tertulis di Luh Mahfuz itu untuk bersama sama saya mengharungi kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.. Saya nak awak percaya yang 1 hari kita akan bersama. saya pun tak tahu siapa awak.. Dan awak juga tak tahu siapa saya. Tapi saya akan bersabar dan menjaga diri agar tidak membatasi untuk menunggu awak.

Kita hidup di dalam dongeng yang bermula dengan suatu masa dahulu . Di mana awak bersumpah untuk membantu saya untuk menyukai kehidupan sekarang dan selepas. Mempunyai kesabaran untuk bersabar dalam setiap permintaan. Dan bercakap sesuatu apabila diperlukan dan hidup dalam kehangatan jiwa yang sentiasa memanggil untuk pulang. Kisah kita akan berakhir dengan bahagia selama-lamanya dan saya berharap sehingga JANNAH.. In shaa Allah... :)

Hugs and Love ,





Isnin, 6 Mei 2013

Hari ney aku pakai ...

Assalamualaikum ..

Kita hanya merancang ,
Dan Allah yang akan menentukan ..
Tapi kamu kena lah berusaha ,
Jika kamu tak mahu rasa kecewa ...

Aku masuk office semua pandang aku dengan pandangan kening terangkat sambil bibir menjuih juih kearah seluar aku. Dan soalan bos aku pada aku hari ney adalah :

Bos : Bella , mari sini sekejap ... saya mau tanya you 1 soalan . (sambil buat muka tahan gelak)
Aku : Ye Mr. Ooi ada apa ? (senyum senyum muka tak bersalah langsung)
Bos : Pagi tadi you pergi joging tak sempat tukar seluar ke? HAHAHAHAHahhahHAHAHAHhahahaha!
Aku : hehe..saya punya menyorok tapi Mr. Ooi nampak jugak ke seluar saya.. hehehe..  iyalah Mr. Ooi, pagi tadi saya datang office berlari tau. semata mata nak datang office dan takmau kecewakan Mr. Ooi taw.. *ayat mesti mau mantap beb
Bos : hahahahaHAHAHahhaa!! (sambil tutup tutup mulut) ok ok lah. yalah yalah.

Aku betul betul tak sengaja pakai seluar trax hari ney mai office.. and lagi tak sengaja aku boleh lak pakai selipar aku yang ada bunga pink gedabak tu.. ok xpenah orang mai keja masuk office pakai macam tu. aku takkan buat lagi. nasib tadi aku bg form cuti untuk konvo boss approve. kalo tak, nganga aku..

Tak cukup dengan tu, ramai yang berkata " ada orang tu seronok la.. bersukan hari ney masuk office.. " sambil gelak2 sakan.

Ekceli aku memang betul2 kelam kelibut pagi tadi.. aku boleh tidur and berbelah bagi hari ney cuti ke tak.. sebab aku kan kerja kat penang. penang kan cuti. aku punya berharap la tadi kalau datang kerja sampai kat pak guard and pakguard akan kata " eh Cik bella, hari ney cuti. BALIK BALIK BALIK " . tapi takda lak. dan aku hampa sebab aku thumbprint lambat SEMBILAN minit. 

Tapi tapi dan tapi lagi, hampa aku tu bertukar jadi gembira sebab cuti hari ney akan di gantikan pada hari wesak nanti.. wuhooooo... semangat aku buat memo and tampal kat notice board. kahkahkah!

Tahhdaaaaaaaaa 

So sila bangun awal kalau takmau jadi tak sopan begitu. apa la hai..

Hugs and Love,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...