Welcome To My Blog Labahlabahdisco
Foto Saya
Anne Biella Rani
Saya bukan sombong, Tapi saya pemalu!Dan saya jugak anak mak...(nak duk ngan mak ja..perasan masih budak2). Saya suka jadi mandom tiba2. Saya tak pendek tak tinggi. Saya Anak Malaysia Perak. Saya anak ke 6 dr 7 org adikberadik. Abang,kakak,adik saya cakap,mulut saya bising macam nenek tua. Mak saya cakap, saya bila gelak sakan sangat sampai urat kat kepala tegang,tapi bila nangis pun sakan jgk sampai mata lebam-lebam. Saya,saya,saya..urm saya..mmm..ummm..saya... Tanya saya kalo nk tahu pasal saya.. ngeeeee~
Lihat profil lengkap saya

Jumaat, 29 Mac 2013

Lost tetiba tak semena dan tak tahu

Assalamualaikum ..


Dalam hidup aku, aku tak pernah rasa hilang punca yang merasakan sangat lost gila.. But one day, dari hari sebelum kejadian aku dah ckp kat mak aku yang aku dah tak sedap hati... 

Hari isnin tu, aku nak pergi kerja, lepas ja aku salam mak aku masa nak pergi kerja aku cakap lagi yang aku tak sedap hati.. mak aku pesan, berzikir la... tu ja ubat dia.. aku sedaya upaya bersabar untuk tenangkan hati... Aku bawak moto slow ja.. fikiran aku kosong.. Tiba2 aku rasa mcm nak menangis tak tentu pasal. dada aku bagai di hempap batu yang berat. sesak sebak mula menusuk nusuk dalam jiwa.. 

Tak sedar bila air mata aku jatuh.. aku dah cuba kawal jgn menangis, aku dah rasa tak boleh, terus aku patah balik and balik rumah.. aku boleh buat pilihan untuk ke tempat kerja.. tapi aku dah rasa lost gila.. aku xtau apa aku pikir and kenapa aku menangis sampai macam tu.. Sampai rumah, mak aku dah blur kenapa aku patah balik? sepatutnya aku dah nk sampai tempat kerja dah time tu, masuk ja rumah, aku xbuka helmet apa semua, mak aku dah pelik kenapa aku menangis sampai mcm tu.. Masuk bilik, aku nangis teruk gila kot. entah la. aku xpaham la kenapa. aku xpaham. and aku rasa mcm ada buat dosa pun ada.. tapi aku sendiri tak tau apa. KOSONG!! 

Mak aku masuk bilik, bertubi tubi mak aku tanya . contohnya

"kenapa ney? sapa buat hang? ada orang cakap kasar dengan hang ke? hang ada sakit hati dengan sapa2 ka?"

Aku just jawab "kami tak tau...." uish... masa tu, allah je tau sebak di dada. xpenah aku rasa lost sampai mcm tu sekali..

hemmmmmmmmm......

Tapi, disebabkan aku tak pergi kerja, aku pergi klinik. dapat dua hari MC n ubat tidur,ubat gatal,ubat apatah.. peh esoknya 1 hari aku tidor... Lusa p office aku nmpk miss lee n miss priya juih mulut kat aku.. elleyh... pas tu ada audit lak.. nasib la aku buat betul.. 


Jumaat, 22 Mac 2013

Aku Bukan Kamu

Assalamualaikum ..


Aku buntu di dalam kekalutan yang aku sendiri tak tahu apa puncanya dan mana datangnya..
Aku tak mampu menjaga hatimu... 
Aku tak mampu membahagiakanmu...

Aku tahu kau sakit atas kelakuanku..
Sejujurnya aku tak mahu begitu...
Jauh sekali untuk menyakiti hatimu...

kerna apa??

Kerna aku merasakan sesuatu yang berbeda di dalam hatiku..
Lantas aku mendiamkan diri seperti pengecut yang tak mampu memecahkan tembok itu untuk mendapatkanmu.. 

Siapa aku untuk berbuat begitu?
Layakkah aku untuk memecahkan tembok itu untuk mendapatkanmu?
Cintaku pada ilahi seumpama di ragut begitu saja...

Kau mampu menyatakan dan tiada jua usaha darimu..
Apakah kau cuma mampu berserah tanpa usaha?
Ya mungkin untuk ini aku ingatkan kau bahawa usaha itu berkaitan dengan segalanya..

Kau mahu aku yang memecahkan tembok itu..
Tapi kau salah , Bukan aku yang harus memecahkan tembok itu.
Tapi kau!! KAU!!!!!!
Kau yang akan memimpinku dan bukanlah aku yang memimpinmu!!

Aku tahu kau sakit dan letih dengan semua ini meskipun tidak kau paparkan..
Namun, aku jua begitu yang lemah untuk berdiri dan keras di hadapanmu.. 

Sekarang mungkin aku berasa sedih untuk itu..
Tapi jika kau terlambat untuk memecahkan tembok itu, mungkin aku telah pergi meninggalkan jauh akan dirimu...
Kerna aku sakit dengan wajahmu bagaikan wayang yang sentiasa terpapar di layar mindaku..



Hugs and Love,
Nabila Syuhada

.


Rabu, 20 Mac 2013

Berbelang di wajah la pulokk!!

Assalamualaikum dan hai hai haiii... :)

Kau memalitkan kata-kata kehidupan padaku yang tersungkur lara...
Akan tetapi ku hampa kerana kau hanya mampu berbicara..
Yang padaku, kau hanya bicara dan tiada usaha ..

(gigit-gigit jari tu igt comel? puii)

Hye Readers !

Pada yang rajin stalk aku punya blog ney mesti akan rasa mana hilangnya aku untuk beberapa hari ney kan? mesti risau mana aku pergi, apa aku buat, sihat ke tak, gelak macam ribut ke tak, mengarut mengarut ke tak.. kan? kan? xpe abaikan. letak tepi semua tu. Ha *sigh menda tu? eleh biar la nk perasan sket. jaga hati sendiri.. haish kamu ney pun..

Aku dah jadi mcm Lost gila sejak kebelakangan ney. entah la kenapa. aku tak rasa mampu nk buat apa selain menadah tangan pada yang esa semoga diberi ketenangan.. But now? aku dah rasa ok. MAYBE~~ 

Bila aku perati muka aku kat cermin, aku nampak belang. muka aku gelap, then dekat bahagian nak ke telinga sampai leher semua putih elok. maybe sebab aku always pakai tudung tu jadi burn sket. tapi aku redha. dari dulu, xpakai tudung, even warna muka and leher sama warna tapi aurat ditunjuk buat apa. 

Dan kadangkala, bila aku siap2 nak keluar, aku tengah nak sikat rambut, macam ada bisikan pulak yang cakap "eh jangan la pakai tudung, nampak lawa la tak pakai tudung. nampak macam ah moi cantikkk.." kadang2 aku sengeh2 jugak rasa macam nk sesuka hati ja free hair. tapi cepat2 aku istifar bila mengenangkan dosa and arwah abah. Oh aku tekad nak berubah. Ya allah ya allah..

Haa.. semalam nak kata benda ney lawak ke, bangang ke apa ke, tak tau la nk cakap. tapi masa aku balik keja , sampai kat traffic light, aku elok dah berenti kt dalam line.. tiba2 ada mamat naik LC ney duk tengah2 jalan. Line jalan blah sana utk org jalan terus. majoriti line blah sana mana ada nak bawak slow. semua zass zass laju.. aku pun pandang belakang moto dia sambil cakap dalam hati " Oi mat, hang duk tepi sikit la. moto hang tu dah la lawa. sat g kena langgaq, hancus ja. dah tu aku plak kena jadi heroin hang kena tolong hang. woi woi, dgr x? tepi ar sket. nk mati ka? woi woi woi! hampeh betul" mcm mcm jugak la aku ngomel dalam hati sambil pandang mamat tu. Pastu tetiba tak pasal tak tekentut tak temuntah, mamat tu terus pandang tepat kat mata aku sambil senyum senyum. Lama pulak tu.!!! aku buat muka bodoh ja masa tu. TAPI dalam hati aku , peh takkan dia dgr aku cakap dalam hati kot. Terus aku xjadi nk ngomel ngomel.


Hugs and Love,
Nabila Syuhada

.

Khamis, 14 Mac 2013

Bagi la fresh sket ~

Assalamualaikum dan salam freedom ..

Tidur malamku terganggu oleh mu ..
Kau datang tanpa dapat ku melihat wajahmu ..
Pelbagai soalan bermain di benak fikiranku  ..
siapa kamu untuk diri ku ..
apa mahu mu yang kerap menyinggah ke mimpiku..

(Macam ney baru la selesa. em em em)

Hye Readers
How life's? Great huh??

Hari tu aku xda pun nak macam ney.. dah sekarang kenapa jadi macam ney nabila syuhada?? asyik lambat ja datang kerja? apa masalah ney?? ish ish ish! KaaaMuuuuuuuu ney nabila ate payah bebenor liat bangunnye.. em em em

Aku nak cerita ney,
Satu hari tu, aku baru balik dari umah nurul.. aku masuk bilik then tengok katil aku rendah semacam ja. Aku peratiiiiii ja tilam aku tu penuh kehairanan dan ada sedikit geram jgk. Dah kenapa nipis and rendah ja tu. Aku merempas tubuh ke katil itu, ternyata tak sedap and tilam tu kurang empuk.. Aku dah buat muka bodoh. berkedip kedip mata aku pandang siling bilik memikirkan keadaan katil aku.

Aku tengok pulak persekitan bilik aku seperti banyak terusik.. Berjalan malas aku ke bilik mak aku lantas bertanya "Mak, awat katil tu kecut tetiba? leperrrrr semacam ja orang tengok?".. Mak aku meneruskan menjahit seluar yang koyak di celahan kangkang tanpa sedikit pun berpaling ke wajahku dan berkata "tilam bawah skali tu mak letak kat belakang.". aku dengan mimik muka monyok berkata " ha?? mengapa??? kenapa?? kenapa????". mak aku menjeling. aku diam. berlalu aku dengan sentap hati berduka lara membawa diri menunduk sayu berjalan masuk bilik.. sambung baring.. uhhh~ memang tak sedap kalo tilam tak tebal dan tak empuk. kompem2 senang bangun pagi. em em em.

Tapi semenjak tilam aku tak empuk, aku kurang tidur. sabtu ahad kalau cuti, memang tak kuar bilik la aku. memang ke alam lain dah terbaring membongkang. 

Tapi ! ada tapinya...

Hari tu ada sesuatu krisis yang menyebabkan aku sentap gila and takda mood nak bercakap dengan sapa2 pun kat dalam umah. balik keja terus mandy, makan, solat then tido. selalu malam2 aku akan buka tibi tengok warna. tengok cita2 lawak then baru tido.. ney xda dah. berkurung adalah hobi terbaru. mcm mcm aku wat dalam bilik tu.. merakam suara jgn cakap. dah bapa byk aku rakam. siap dah jadi pembaca berita. pembaca warta bola sepak.. lagu mepek2 sume dah hentam nyanyi. pastu syok sendiri ulang dengar rakaman tu.

Maybe di sebabkan krisis tu.. Satu hari aku balik kerja aku masuk bilik aku, aku beliakkan mata then usap2 mata and tepuk2 pipi.. kenapa dah pulak tilam tebal and tinggi je? dah tu dah ada dua tempat gantung baju. kalau tak, aku ada 1 almari ja. tu pun dah penuh ngan bju dalam bilik tu.jenuh lak tu nk sumbat2. ney dah ada 3 tempat gantung baju. meja mekap jangan cakap la kekemasan dia. aku rasa mak aku yang kemas. mak aku tak mau aku sentap dah kot. bapa hari aku tak bercakap dalam umah. suara aku tak da keluar sikit pun bila melangkah masuk umah. selalu waktu mandi aku akan feeling-feeling diva sket nyanyi lagu apa yg terlintas. tapi lagu wanna ali la selalu jadi mangsa set karoke dalam bilik mandy. ney di sebabkan sentap punya pasal, aku nyanyi dalam hati ja. aku sentap bukan pasal tilam nipis tu hokkehhh.. tpi ada krisis ngn someone hari tu dalam umah.

Disebabkan keindahan itu, aku sering di buai mimpi indah yang susah nk bangun. tak kira la siang ke malam. siang pun hentam tdor jgk. yang tak tahan, aku kerap bangun lmbat pergi kerja. sebab sedap sgt tdor. binawe! nak jadi apa? dah kawen, mau tak kena piat piat telinga ngan suami aku. haiya..


Hugs and Love,
Nabila Syuhada.

.



Rabu, 13 Mac 2013

Feeling sensorang. Bolehkan Aja.. em~

Terlunsur ku ke lubuk yang dalam tanpa sempat aku bersedia ,
Tersentak akan ku digapai oleh tanganmu menyambutku dengan selamat ..

(Aku tahu aku sweet)

Hye Readers

Hari ney aku datang keja nak kata lambat tak lambat, nak kata awal tak awal. tapi macam biasa akan tercegat kat tempat parking motor sambil main2 henpon. Tak lupa jgk untuk perati ja pekerja2 lain masuk kerja and gelakkan sapa yang jalan tiba2 tersadung depan aku.tapi kalau orang tua, aku tak gelak.. aku akan terus pergi membantu dan menghulurkan tangan memberi bantuan. HUh! mana nak dapat gadis berhati mulia tegar macam aku ney?  :)

Aku jangan sempat free. dah sempat free, silang kaki, goyang kaki, jari telunjuk ketuk2 meja, mulut senget sket, mata memandang suatu sudut tanpa arah tuju hala akal fikiran, memang habis ahhh.. Jaaauhhhhh la aku pkir~ hehehehe (gelak sambil mata merenung tajam jauh).

Semua orang ada impiankan, aku pun ada tanam satu impian jugak di dalam sanubari ini. Impian aku tak la hebat sangat, cuma aku nak jadi madu rosmah ja. jadi bini najib. boleh tak? Haha. SAYA BERGURAU saja. lawak tak? lawak tak? Hee.. 

Takdala.. impian aku nanti bila dah kawen aku ingat nak beli moto yang besar tu.. nak travel ngan laki aku naik moto besar tu. peh bergaya. harga dia pun bergaya..(buat muka bodoh). aku dah tengok2 harga.. alamat pakai viva sampai tua kalau beli tu. tapi bukan suh laki aku yang beli... aku la beli. sebab moto besar tu kan impian aku. bukan impian dia. takkan nak susahkan dia and paksa dia suh beli moto tu di sebabkan impian aku. Jaga-jaga sapa yang nak kawen dengan aku tu. ada ke nak kawen dengan aku? shh.. jodoh rahsia allah. yang penting usaha. jodoh berkaitan dengan usaha. jangan lupa itu.

Dan bila dah kawen juga, aku harap suami aku lebih matang dari aku. lebih keimanan penuh di dada berbanding aku yang mudah luluh tersungkur terjelepuk mengejar keampunan. dan paling aku harap sangat future husband aku boleh terima aku seadanya. terima aku yang suka melayan cartoon dan akan gelak bahak2 tengok cartoon tu even orang lain tengok cartoon sambil buat muka bodoh. terima aku ney suka baca menda2 yang lawak berbanding baca menda yang serius. Suka sembang benda yang merepek before tido and gelak terbahak bahak. suka ajak pergi zoo tengok binatang binatang. suka pergi tempat mandi manda yang ada papan lunsur. em em em banyak lagi.

Tapi, kadangkala onar negative sering ingin menular ke dalam diri ini untuk memberontak. yang membuatkan aku takut.. takut untuk mencintai dengan sepenuh hati. tidak mengapa... tabahkan hati dan ingat allah. cintai allah dahulu. cintai islam.. cintai keluarga.. cintai diri sendiri.. tiba masa cinta kekasih akan kunjung tiba..

Baca la buku hidup bersyariat... hem hem hem (angguk-angguk)


Hugs and Love,
Nabila Syuhada.

.

Selasa, 12 Mac 2013

Dear my Future Love.. part 2

Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku ..
Ku lari ke pantai kemudian teriakku ..


(bulan madu bermandikan kasih sayang)

Termenung jauh ku memandang suatu sudut yang tanpa hala tuju akal fikiran yang entah melayang ke mana-mana. begitu asyik sehingga tidak perasaan suamiku sudah berada di sebelah.. Tersentak pabila terlihat jari suamiku terpetik2 di depan mataku untuk mematikan lamunanku. Aku tersengeh sengeh penuh malu.. Masa kan tidak, nasib baiklah awangan di atas kepala tak terlihat oleh orang apa yang kita angankan, jika tidak, di fikirkan sedang syok sendiri.. sudahla pula aku membayangkan aku sedang menjadi superheroin yang menyelamatkan lahat datu dari di ancam. Superheroin yang memakai pakaian kostum yang di reka khas tidak mudah koyak dan lapuk dek hujan. Hehe!

"sayang fikir apa? kerut2 je dahi tu abang tengok? berangan lagi ea?? " sambil memerhatikan dahiku dengan jarak yang dekat. Aku tersenyum sumbing lantas memaut lengannya dan berkata "tak ada apa la.. saya tengok pokok tu, mcm nak mati je. abang tak letak baja ke? dah macam pokok busut orang bertapa je saya tengok." Jawapanku dibalas jelingan tanda tanya darinya. Aku tahu jawapan itu tidak memuaskan hatinya dan lebih tepat seperti tidak ada kena mengena. "iyeke? abang tengok ok je. kan selalu je baja pokok tu.. (baja tahi kucing yang selalu diberak oleh kucing oyenku)". "Eh hari ney cuti kan sayang? apa kata kita pergi zoo? hari tu sayang cakap nak pegi kan? tapi tak jadi sebab abang kena kerja pulak. abang dengar hariney dorang ada showcase tapir berjoget. jom?" tersenyum tampan memandang tepat ke anak mataku sambil mengangkat angkat kening kanannya laju2. "betul ney? betul? yes!.. dah lama saya nk tengok tapir berjoget. akhirnya dapat jgk tgk. jap saya nak siap dulu. Abang pun pergi la siap. ish!" sambil menepuk lembut pehanya..

Aku bergegas menaiki anak tangga menuju ke bilik untuk bersiap. Setelah siap membersihkan diri aku mencapai Seluar Jeans dan Baju kain satin berwarna peach dan mengenakan selendang petak2 hitam merah. Aku tidak mengambil masa yang lama untuk menyolek wajahku yang memandangkan suami ku lebih suka aku berwajah natural berbanding bersolek kalah mak datin kau ha! hado? macam kambing mekap tebal- tebal .haha, opss.

Aku dan suamiku beriringan tangan berjalan2 dia dalam zoo sambil melihat tenuk tapir beruk dan lain2.. kadangkala aku sengaja berbual dengan beruk dan berkata " abang jom g sana, abang nak makan x? eh beruk rupanya. Syu mati-mati ingat abang tadi. tak dapat beza tadi. tu la duduk tepi beruk lagi. kan dah nampak sama. dah2 jom angkat kaki. nanti lagi ramai yang terpedaya tak tahu mana beruk" kata-kataku di balas cubitan ketam yang berbisa tapi ku hanya membuat muka kool konon tak sakit langsung walaupun  terasa ingin ku lepuk je dia dengan kuih karipap yang di makan olehku tatkala itu. 

Sedang aku keasyikan melihat binatang binatang di dalam zoo, aku perasan juga ada beberapa gadis yang tersenyum simpul manis2 konon menawan bagai buah labu masak ranum memandang ke arah suamiku untuk menarik perhatian. jiwaku tidak semena bagai terkena renjatan lantas aku menarik dan memeluk erat lengan suamiku sambil membuat muka bodoh yang konon caring.. berkali kali juga aku membuat taktik gedik menyendeng kepala di bahunya la, membetulkan bajunyala. membetulkan rambutnya la dan apa la. Suamiku hanya tersenyum dan berkata "Walau apa pun dan macam mana pun, wife abang tetap yang paling utama dan paaaaalingggggggggg cun dan satu2nya yang berada di hati abang selain Allah yang satu..." sambil mencuit daguku yang terbelah bak dagu nora danish (perasantanlimaunipis). aku terkedu dan tersenyum kerang kerana malu. dia seperti dapat menghidu saja kelakuan ku itu. "Eh sayang, dah masuk asar, jom pergi solat? ooOOoo.. sayang boleh wat2 lupa ye. ingat abang tak taw? amboi seronok sangat tengok biawak komodo sampai leka nak sembahyang.".



To be continue....



Hugs And Love,
Nabila Syuhada.

.

Khamis, 7 Mac 2013

Dear my Future Love..

Assalamualaikum dan salam kebebasan ....

Disebalik kehidupan yang membahagiakan terselit jua tentangan ,
Maka teguhkan hati untuk menghadapi rintangan ..

(Future husband -> Aku -> Anak-anak aku)

Terasa segar tak semena mataku tatkala mendengar azan subuh .. Terdetik dalam hati (eh, selalu hari kerja kemain ngantuk nk bangun g keja, ney cuti segar bugar lak). Masih lagi memejam mata rapat-rapat dan membiarkan diri dalam kegelapan subuh tanpa di terangi lampu tidur seperti sedia kala. konon mahu berkeadaan romantik di dalam kegelapan.

Tiba-tiba aku terasa berpinar pinar kebintangan disebabkan cahaya kilauan lampu bilik ku yang di buka oleh seseorang. tapi ku terus jua membatu di dalam selimut yang menutupi seluruh badan dan kepala. cuma kaki saja yang terkeluar untuk merasa kesejukan..

Aku sudah mengetahui siapa yang membuka lampu , sengaja aku mematikan diri. "sayang... bangun sayang.. subuh dah masuk.. jom solat bersama. abang imam kan .." sambil menyentuh lembut mengusap dahiku dan menepuk2 lenganku. masih juga aku mematikan diri kerana ingin melihat apa lagi reaksinya. "sayang ney tido mati ke sayang? sayang! sayang!" sambil memegang kedua belah lenganku dan menggoyang goyangkan tubuhku. Masih juga aku membatu di situ. (dah lima minit lewat solat subuh gedik berlakon punya pasal). Aku membuka sedikit mata belah kanan untuk melihat suamiku. kerana ia tiba2 terdiam membisu di sebelahku.. Aku mendengar Hembusan nafas kekuatan darinya. Lantas ia berkata "ok-ok abang paham.. tapi sayang, abang nak kahwin lagi saaa---". "huuuuwaaaaAAAaaaaaa.. iyah iyah! "(menguap lantas mengeliat). Sebelum aku berlakon mati bertukar jadi pontianak sundal bolong, baik aku cepat2 pintas kata2 dia tu.. haha!

"ye abang, selamat pagi. tunggu sayang ke? ha jom kita solat. tunggu jap sayang g amek wuduk taw.." kataku sambil menguntum senyuman semanis manisnya untuk suami tercinta. dan suamiku cuma tersenyum dan mengusap2 kepalaku..

Setelah selesai solat , aku membuka tb9 dekat di hati untuk mendengar ceramah tanyalah ustaz dan kadang kala ia menjadi tanyalah ustazah. seperti mana yang di amalkan olehku di kala muda dulu yang mendengar bebelan dari mak aku yang berbunyi "Nabila~~ pagi-pagi buka tibi sembilen, dangar caramah dia tu. bertaubat sikit".. tiap hari, tiap pagi, tiap malam dan tiap dan setiap memang tu ja mak aku suruh tengok.. Dan sekarang ku amalkan pabila sudah bergelar isteri untuk menambahkan lagi mithalinya tu terhadap suami ku itu.

Terleka mendengar ceramah, aku bergegas di dapur untuk membuat sarapan untuk anak2 dan suami tercinta. aku tidak keseorangan membuat sarapan di hujung minggu kerana suamiku yang rajin lagi berwibawa itu pasti akan membantuku dalam setiap pekerjaan di rumah.. 

Selesai membuat sarapan, aku mengajak suamiku menanam pokok bunga di hadapan dan tepi rumah untuk menambahkan keindahan justeru mengeratkan lagi silaturrahim. Untuk mengeratkan lagi, aku mencabut rumput dan membaling2nya ke arah suami ku. sampaikan ia termakan sedikit rumput itu kerana aku membaling rumput tatkala ia bercakap. Kami berlari lari marathon di halaman rumah dengan membaling-baling rumput ke arah satu sama lain. tak di kira rumput melekat dengan tanah dan tahi kucing. 

Tidak semena, tangisan padu bagai halilintar kedengaran di gegendang telinga ku ini. aku dan suami berpandangan. Aku membuat isyarat mata menunjuk ke arah bilik ats. tetapi suami ku juga membuat isyarat mulut bagai menyuruh aku yang pergi ke bilik atas. aku membuat muka tembikai. Lantas suami ku memeluk bahuku dan berkata "ok jom pergi sama-sama". Tersengeh kerang busuk aku di dakapannya.

Melihat Melisa anakku menangis sehingga hingusnya melampaui meleleh ke bibir dan di jilatnya. aku terus mendapatkan nya dan mendukung sambil memujuknya. sudah ku tahu anakku seperti aku juga tidak boleh tidur dalam keseorangan dan terjaga melihat tiada siapa.

To be continue ------


Hugs and Love,
Nabila Syuhada.

Rabu, 6 Mac 2013

Aku sentap! tapi rasa macam Lawak.

Assalamualaikum dan salam kefreedoman . Peace !

Saat kegoyahan iman mu berkoncah ,
Saat itu juga hamburan kata-kata kesat terkancah ..

Hye Readers !

Alamak hari ney awal pulak aku mengadu di diari. cewah! hehe.*____*

Hari ney hari rabu , tapi kenapa macam serba serbi tak kena ja hari ney .. Adakah sebab aku merajuk ngan mak aku sbb tu jadi begini? hemmm~ 

Macam biasa aku tunda2 jam loceng... dah lama sket baru bangun.. hari ney aku lambat datang kerja. Lambat SATU MINIT taw x. em em em (usap2 dagu).

Pertama,
Malam tadi jiwa syahdu sangat + edit pic wedding + pening kepala + sental baju kotor kena cium ngan bibir sapa tah. (warna pink pepel lak tu. erghh!) + Lupa iron tudung nak g keja.

Kedua, 
aku nk p kerja nmpk mak aku dah hidang bekpes kat aku. dalam hati "ergh dah lambat, macam mana ney. nak makan ke taknak? ah makan la sket amek hati mak". dah lambat bapa minit dah di situ. tu pun berlari2 makan bahulu tu. Pakai stoken pun berdiri2 terkinja kinja.

Ketiga,
Semalam hutang makcik jual kuih tu, so kena singgah jugak nk byar hutang donut n karipap aku beli semalam. Then minyak moto lak kena isi. sampai petronas tengok byk plak orang. tak cukup dengan tu, minyak plak kuar slow masa aku isi. nak nak aku isi full. lama ja tunggu.

Dah aku duga memang lambat , terkumat kamit mulut aku menyanyi lagu dangdut atas moto. rasa melampau nyanyi lagu dangdut, tukar pada berzikir. sampai tempat kerja tak buka helmet apa sume terus pergi kat thumprint. and sah aku lambat SATU MINIT. Heshhh.. =____=.

Masuk opis miss Lee boleh tak layan lak aku tanya dia. hampeh je rasa. terus aku rasa cam sentap. haha. untuk elak sentap, aku pk menda lawak2.. and tetiba aku teringat anak buah aku aiman. minta aku masakkan dia Mee Goreng Cina. ha mampu masak mee goreng cina kata kau! itu dulu la ok. 

Macam ney cita dia,

Aiman : Achik , hari ney achik masak apa? aiman nak mee goreng cina boleh? masakkan aiman mee goreng cina.

Aku : (Terpinga-pinga tapi cover dengan senyum serba tahu semua benda.) Alaa senang sangat tu. petik jadi ja       dah siap.

Bapa minit kemudian ....

Aku dah nampak dah apa jadi ngan mee tu. tapi aku diamkan aja.. aiman makan dengan selera... di puji2 nya mee aku tu.. naik kembang gak aku. aku tak tau la dia puji sebab takut aku tak masak dah ke apa.. then tiba2 abang ipar aku balik dari kerja.. aku dari dapur dengar aiman cakap ,

"ayah.. tadi achik masak mee goreng cina, tapi tiba2 mee goreng cina tu jadi macam nasi. (mee hancur) . Hebat gila achik kan ayah?? Magic betul! " .

Peh! tersedak sedak aku dalam bilik dengar apa aiman cakap.. mesti abg ipar aku tau, yang aku masak mee tu hancur.. peh maluuuuuu gila masa tu.. tapi tu dulu. sekarang aku dah bnyk kali ushar mak aku masak. ok la dah. haha lawak ja. boleh la wat jenaka aku gelak sorang2..

(aiman kuat makan)

Hugs and Love,
Nabila Syuhada

.

Isnin, 4 Mac 2013

Aku rasa Lah kot!

Assalamualaikum dan salam Freedom !

Di saat kita ingin berubah ke arah kebaikan ,
Duhai hati bersabarlah dengan dugaan ..
Jangan mudah menyerah dalam setiap keadaan ..


Di saat begini aku tak dapat merasakan apa-apa. jiwa ku merasa kosong.. merasa pedih dan kadang kala bagai di hiris .. Jiwa aku meronta-ronta bagai ingin meluahkan sesuatu.. Tatkala iman bergoncang bermulalah kepincangan.. 

Aku ingin berlari meninggalkan kehidupan itu , tetapi semakin aku berlari meninggalkannya, semakin ia deras mengekoriku.. ya allah.. berilah ketabahan kepada diri ku untuk menempuhi kehidupan yang penuh ranjau liku ini.. 

Kadangkala , kita merasa kita dah buat yang terbaik untuk kita dan orang sekeliling. tapi lupakah kita manusia di ciptakan lain2 emosi dan perasaan.. 

Aku takut dengan dugaan.. aku takut tak mampu menghadapinya dan aku takut tersungkur ke lubuk yang kotor dan hina.. aku mahu menjadi seperti wanita lain yang cekal dan kuat hati dan perasaannya menjadi seorang wanita muslimah dan anak solehah.. dan yang penting dapat membahagiakan ibunya dan keluarganya...

Akan tetapi aku merasa sesuatu yang bagai mengipas ngipas dengan api tatkala jiwa berkobar untuk menyentuh tangan ke arah kebaikan... semakin ku mencuba untuk menjadi anak , adik , dan kakak solehah semakin banyak pancaroba yang menghampiri.. tak dpat ku lawan dan hanya titisan airmata yang menemani..

Aku tidak menyalahkan sesiapa mengapa aku begini.. tapi aku kecewa dan malu terhadap diri sendiri.. bagai iman bergoyah tatkala mulut mula meluahkan kehampaan.. Aku perlu kuatkan diri untuk terus bersujud dan menggapai tangan yang membawa ke arah kebaikan.. dunia hanya sementara bagiku.. dan aku tak pasti sehingga mana aku dapat bernafas dan menebus segala kesalahanku. 

Masih sempatkah aku mengejar dan menimba ilmu agama islam.. 

Hatiku hampa...


Hugs and Love,
Nabila Syuhada.


* Aku cuma punya abang DUA ORANG sahaja. Jangan tanya kenapa sebab aku pun tak tahu apa jawapannya.
- Kesakitan kesan sepakan itu tidak dapat menandingi kesakitan hatiku ..

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...