Welcome To My Blog Labahlabahdisco
Foto Saya
Anne Biella Rani
Saya bukan sombong, Tapi saya pemalu!Dan saya jugak anak mak...(nak duk ngan mak ja..perasan masih budak2). Saya suka jadi mandom tiba2. Saya tak pendek tak tinggi. Saya Anak Malaysia Perak. Saya anak ke 6 dr 7 org adikberadik. Abang,kakak,adik saya cakap,mulut saya bising macam nenek tua. Mak saya cakap, saya bila gelak sakan sangat sampai urat kat kepala tegang,tapi bila nangis pun sakan jgk sampai mata lebam-lebam. Saya,saya,saya..urm saya..mmm..ummm..saya... Tanya saya kalo nk tahu pasal saya.. ngeeeee~
Lihat profil lengkap saya

Khamis, 7 Mac 2013

Dear my Future Love..

Assalamualaikum dan salam kebebasan ....

Disebalik kehidupan yang membahagiakan terselit jua tentangan ,
Maka teguhkan hati untuk menghadapi rintangan ..

(Future husband -> Aku -> Anak-anak aku)

Terasa segar tak semena mataku tatkala mendengar azan subuh .. Terdetik dalam hati (eh, selalu hari kerja kemain ngantuk nk bangun g keja, ney cuti segar bugar lak). Masih lagi memejam mata rapat-rapat dan membiarkan diri dalam kegelapan subuh tanpa di terangi lampu tidur seperti sedia kala. konon mahu berkeadaan romantik di dalam kegelapan.

Tiba-tiba aku terasa berpinar pinar kebintangan disebabkan cahaya kilauan lampu bilik ku yang di buka oleh seseorang. tapi ku terus jua membatu di dalam selimut yang menutupi seluruh badan dan kepala. cuma kaki saja yang terkeluar untuk merasa kesejukan..

Aku sudah mengetahui siapa yang membuka lampu , sengaja aku mematikan diri. "sayang... bangun sayang.. subuh dah masuk.. jom solat bersama. abang imam kan .." sambil menyentuh lembut mengusap dahiku dan menepuk2 lenganku. masih juga aku mematikan diri kerana ingin melihat apa lagi reaksinya. "sayang ney tido mati ke sayang? sayang! sayang!" sambil memegang kedua belah lenganku dan menggoyang goyangkan tubuhku. Masih juga aku membatu di situ. (dah lima minit lewat solat subuh gedik berlakon punya pasal). Aku membuka sedikit mata belah kanan untuk melihat suamiku. kerana ia tiba2 terdiam membisu di sebelahku.. Aku mendengar Hembusan nafas kekuatan darinya. Lantas ia berkata "ok-ok abang paham.. tapi sayang, abang nak kahwin lagi saaa---". "huuuuwaaaaAAAaaaaaa.. iyah iyah! "(menguap lantas mengeliat). Sebelum aku berlakon mati bertukar jadi pontianak sundal bolong, baik aku cepat2 pintas kata2 dia tu.. haha!

"ye abang, selamat pagi. tunggu sayang ke? ha jom kita solat. tunggu jap sayang g amek wuduk taw.." kataku sambil menguntum senyuman semanis manisnya untuk suami tercinta. dan suamiku cuma tersenyum dan mengusap2 kepalaku..

Setelah selesai solat , aku membuka tb9 dekat di hati untuk mendengar ceramah tanyalah ustaz dan kadang kala ia menjadi tanyalah ustazah. seperti mana yang di amalkan olehku di kala muda dulu yang mendengar bebelan dari mak aku yang berbunyi "Nabila~~ pagi-pagi buka tibi sembilen, dangar caramah dia tu. bertaubat sikit".. tiap hari, tiap pagi, tiap malam dan tiap dan setiap memang tu ja mak aku suruh tengok.. Dan sekarang ku amalkan pabila sudah bergelar isteri untuk menambahkan lagi mithalinya tu terhadap suami ku itu.

Terleka mendengar ceramah, aku bergegas di dapur untuk membuat sarapan untuk anak2 dan suami tercinta. aku tidak keseorangan membuat sarapan di hujung minggu kerana suamiku yang rajin lagi berwibawa itu pasti akan membantuku dalam setiap pekerjaan di rumah.. 

Selesai membuat sarapan, aku mengajak suamiku menanam pokok bunga di hadapan dan tepi rumah untuk menambahkan keindahan justeru mengeratkan lagi silaturrahim. Untuk mengeratkan lagi, aku mencabut rumput dan membaling2nya ke arah suami ku. sampaikan ia termakan sedikit rumput itu kerana aku membaling rumput tatkala ia bercakap. Kami berlari lari marathon di halaman rumah dengan membaling-baling rumput ke arah satu sama lain. tak di kira rumput melekat dengan tanah dan tahi kucing. 

Tidak semena, tangisan padu bagai halilintar kedengaran di gegendang telinga ku ini. aku dan suami berpandangan. Aku membuat isyarat mata menunjuk ke arah bilik ats. tetapi suami ku juga membuat isyarat mulut bagai menyuruh aku yang pergi ke bilik atas. aku membuat muka tembikai. Lantas suami ku memeluk bahuku dan berkata "ok jom pergi sama-sama". Tersengeh kerang busuk aku di dakapannya.

Melihat Melisa anakku menangis sehingga hingusnya melampaui meleleh ke bibir dan di jilatnya. aku terus mendapatkan nya dan mendukung sambil memujuknya. sudah ku tahu anakku seperti aku juga tidak boleh tidur dalam keseorangan dan terjaga melihat tiada siapa.

To be continue ------


Hugs and Love,
Nabila Syuhada.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...