Assalamualaikum ..
Aku buntu di dalam kekalutan yang aku sendiri tak tahu apa puncanya dan mana datangnya..
Aku tak mampu menjaga hatimu...
Aku tak mampu membahagiakanmu...
Aku tahu kau sakit atas kelakuanku..
Sejujurnya aku tak mahu begitu...
Jauh sekali untuk menyakiti hatimu...
kerna apa??
Kerna aku merasakan sesuatu yang berbeda di dalam hatiku..
Lantas aku mendiamkan diri seperti pengecut yang tak mampu memecahkan tembok itu untuk mendapatkanmu..
Siapa aku untuk berbuat begitu?
Layakkah aku untuk memecahkan tembok itu untuk mendapatkanmu?
Cintaku pada ilahi seumpama di ragut begitu saja...
Kau mampu menyatakan dan tiada jua usaha darimu..
Apakah kau cuma mampu berserah tanpa usaha?
Ya mungkin untuk ini aku ingatkan kau bahawa usaha itu berkaitan dengan segalanya..
Kau mahu aku yang memecahkan tembok itu..
Tapi kau salah , Bukan aku yang harus memecahkan tembok itu.
Tapi kau!! KAU!!!!!!
Kau yang akan memimpinku dan bukanlah aku yang memimpinmu!!
Aku tahu kau sakit dan letih dengan semua ini meskipun tidak kau paparkan..
Namun, aku jua begitu yang lemah untuk berdiri dan keras di hadapanmu..
Sekarang mungkin aku berasa sedih untuk itu..
Tapi jika kau terlambat untuk memecahkan tembok itu, mungkin aku telah pergi meninggalkan jauh akan dirimu...
Kerna aku sakit dengan wajahmu bagaikan wayang yang sentiasa terpapar di layar mindaku..
Hugs and Love,
Nabila Syuhada
.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.