Welcome To My Blog Labahlabahdisco
Foto Saya
Anne Biella Rani
Saya bukan sombong, Tapi saya pemalu!Dan saya jugak anak mak...(nak duk ngan mak ja..perasan masih budak2). Saya suka jadi mandom tiba2. Saya tak pendek tak tinggi. Saya Anak Malaysia Perak. Saya anak ke 6 dr 7 org adikberadik. Abang,kakak,adik saya cakap,mulut saya bising macam nenek tua. Mak saya cakap, saya bila gelak sakan sangat sampai urat kat kepala tegang,tapi bila nangis pun sakan jgk sampai mata lebam-lebam. Saya,saya,saya..urm saya..mmm..ummm..saya... Tanya saya kalo nk tahu pasal saya.. ngeeeee~
Lihat profil lengkap saya

Rabu, 13 Mac 2013

Feeling sensorang. Bolehkan Aja.. em~

Terlunsur ku ke lubuk yang dalam tanpa sempat aku bersedia ,
Tersentak akan ku digapai oleh tanganmu menyambutku dengan selamat ..

(Aku tahu aku sweet)

Hye Readers

Hari ney aku datang keja nak kata lambat tak lambat, nak kata awal tak awal. tapi macam biasa akan tercegat kat tempat parking motor sambil main2 henpon. Tak lupa jgk untuk perati ja pekerja2 lain masuk kerja and gelakkan sapa yang jalan tiba2 tersadung depan aku.tapi kalau orang tua, aku tak gelak.. aku akan terus pergi membantu dan menghulurkan tangan memberi bantuan. HUh! mana nak dapat gadis berhati mulia tegar macam aku ney?  :)

Aku jangan sempat free. dah sempat free, silang kaki, goyang kaki, jari telunjuk ketuk2 meja, mulut senget sket, mata memandang suatu sudut tanpa arah tuju hala akal fikiran, memang habis ahhh.. Jaaauhhhhh la aku pkir~ hehehehe (gelak sambil mata merenung tajam jauh).

Semua orang ada impiankan, aku pun ada tanam satu impian jugak di dalam sanubari ini. Impian aku tak la hebat sangat, cuma aku nak jadi madu rosmah ja. jadi bini najib. boleh tak? Haha. SAYA BERGURAU saja. lawak tak? lawak tak? Hee.. 

Takdala.. impian aku nanti bila dah kawen aku ingat nak beli moto yang besar tu.. nak travel ngan laki aku naik moto besar tu. peh bergaya. harga dia pun bergaya..(buat muka bodoh). aku dah tengok2 harga.. alamat pakai viva sampai tua kalau beli tu. tapi bukan suh laki aku yang beli... aku la beli. sebab moto besar tu kan impian aku. bukan impian dia. takkan nak susahkan dia and paksa dia suh beli moto tu di sebabkan impian aku. Jaga-jaga sapa yang nak kawen dengan aku tu. ada ke nak kawen dengan aku? shh.. jodoh rahsia allah. yang penting usaha. jodoh berkaitan dengan usaha. jangan lupa itu.

Dan bila dah kawen juga, aku harap suami aku lebih matang dari aku. lebih keimanan penuh di dada berbanding aku yang mudah luluh tersungkur terjelepuk mengejar keampunan. dan paling aku harap sangat future husband aku boleh terima aku seadanya. terima aku yang suka melayan cartoon dan akan gelak bahak2 tengok cartoon tu even orang lain tengok cartoon sambil buat muka bodoh. terima aku ney suka baca menda2 yang lawak berbanding baca menda yang serius. Suka sembang benda yang merepek before tido and gelak terbahak bahak. suka ajak pergi zoo tengok binatang binatang. suka pergi tempat mandi manda yang ada papan lunsur. em em em banyak lagi.

Tapi, kadangkala onar negative sering ingin menular ke dalam diri ini untuk memberontak. yang membuatkan aku takut.. takut untuk mencintai dengan sepenuh hati. tidak mengapa... tabahkan hati dan ingat allah. cintai allah dahulu. cintai islam.. cintai keluarga.. cintai diri sendiri.. tiba masa cinta kekasih akan kunjung tiba..

Baca la buku hidup bersyariat... hem hem hem (angguk-angguk)


Hugs and Love,
Nabila Syuhada.

.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...