Welcome To My Blog Labahlabahdisco
Foto Saya
Anne Biella Rani
Saya bukan sombong, Tapi saya pemalu!Dan saya jugak anak mak...(nak duk ngan mak ja..perasan masih budak2). Saya suka jadi mandom tiba2. Saya tak pendek tak tinggi. Saya Anak Malaysia Perak. Saya anak ke 6 dr 7 org adikberadik. Abang,kakak,adik saya cakap,mulut saya bising macam nenek tua. Mak saya cakap, saya bila gelak sakan sangat sampai urat kat kepala tegang,tapi bila nangis pun sakan jgk sampai mata lebam-lebam. Saya,saya,saya..urm saya..mmm..ummm..saya... Tanya saya kalo nk tahu pasal saya.. ngeeeee~
Lihat profil lengkap saya

Rabu, 20 Mac 2013

Berbelang di wajah la pulokk!!

Assalamualaikum dan hai hai haiii... :)

Kau memalitkan kata-kata kehidupan padaku yang tersungkur lara...
Akan tetapi ku hampa kerana kau hanya mampu berbicara..
Yang padaku, kau hanya bicara dan tiada usaha ..

(gigit-gigit jari tu igt comel? puii)

Hye Readers !

Pada yang rajin stalk aku punya blog ney mesti akan rasa mana hilangnya aku untuk beberapa hari ney kan? mesti risau mana aku pergi, apa aku buat, sihat ke tak, gelak macam ribut ke tak, mengarut mengarut ke tak.. kan? kan? xpe abaikan. letak tepi semua tu. Ha *sigh menda tu? eleh biar la nk perasan sket. jaga hati sendiri.. haish kamu ney pun..

Aku dah jadi mcm Lost gila sejak kebelakangan ney. entah la kenapa. aku tak rasa mampu nk buat apa selain menadah tangan pada yang esa semoga diberi ketenangan.. But now? aku dah rasa ok. MAYBE~~ 

Bila aku perati muka aku kat cermin, aku nampak belang. muka aku gelap, then dekat bahagian nak ke telinga sampai leher semua putih elok. maybe sebab aku always pakai tudung tu jadi burn sket. tapi aku redha. dari dulu, xpakai tudung, even warna muka and leher sama warna tapi aurat ditunjuk buat apa. 

Dan kadangkala, bila aku siap2 nak keluar, aku tengah nak sikat rambut, macam ada bisikan pulak yang cakap "eh jangan la pakai tudung, nampak lawa la tak pakai tudung. nampak macam ah moi cantikkk.." kadang2 aku sengeh2 jugak rasa macam nk sesuka hati ja free hair. tapi cepat2 aku istifar bila mengenangkan dosa and arwah abah. Oh aku tekad nak berubah. Ya allah ya allah..

Haa.. semalam nak kata benda ney lawak ke, bangang ke apa ke, tak tau la nk cakap. tapi masa aku balik keja , sampai kat traffic light, aku elok dah berenti kt dalam line.. tiba2 ada mamat naik LC ney duk tengah2 jalan. Line jalan blah sana utk org jalan terus. majoriti line blah sana mana ada nak bawak slow. semua zass zass laju.. aku pun pandang belakang moto dia sambil cakap dalam hati " Oi mat, hang duk tepi sikit la. moto hang tu dah la lawa. sat g kena langgaq, hancus ja. dah tu aku plak kena jadi heroin hang kena tolong hang. woi woi, dgr x? tepi ar sket. nk mati ka? woi woi woi! hampeh betul" mcm mcm jugak la aku ngomel dalam hati sambil pandang mamat tu. Pastu tetiba tak pasal tak tekentut tak temuntah, mamat tu terus pandang tepat kat mata aku sambil senyum senyum. Lama pulak tu.!!! aku buat muka bodoh ja masa tu. TAPI dalam hati aku , peh takkan dia dgr aku cakap dalam hati kot. Terus aku xjadi nk ngomel ngomel.


Hugs and Love,
Nabila Syuhada

.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...