Assalamualaikum ..
Dalam hidup aku, aku tak pernah rasa hilang punca yang merasakan sangat lost gila.. But one day, dari hari sebelum kejadian aku dah ckp kat mak aku yang aku dah tak sedap hati...
Hari isnin tu, aku nak pergi kerja, lepas ja aku salam mak aku masa nak pergi kerja aku cakap lagi yang aku tak sedap hati.. mak aku pesan, berzikir la... tu ja ubat dia.. aku sedaya upaya bersabar untuk tenangkan hati... Aku bawak moto slow ja.. fikiran aku kosong.. Tiba2 aku rasa mcm nak menangis tak tentu pasal. dada aku bagai di hempap batu yang berat. sesak sebak mula menusuk nusuk dalam jiwa..
Tak sedar bila air mata aku jatuh.. aku dah cuba kawal jgn menangis, aku dah rasa tak boleh, terus aku patah balik and balik rumah.. aku boleh buat pilihan untuk ke tempat kerja.. tapi aku dah rasa lost gila.. aku xtau apa aku pikir and kenapa aku menangis sampai macam tu.. Sampai rumah, mak aku dah blur kenapa aku patah balik? sepatutnya aku dah nk sampai tempat kerja dah time tu, masuk ja rumah, aku xbuka helmet apa semua, mak aku dah pelik kenapa aku menangis sampai mcm tu.. Masuk bilik, aku nangis teruk gila kot. entah la. aku xpaham la kenapa. aku xpaham. and aku rasa mcm ada buat dosa pun ada.. tapi aku sendiri tak tau apa. KOSONG!!
Mak aku masuk bilik, bertubi tubi mak aku tanya . contohnya
"kenapa ney? sapa buat hang? ada orang cakap kasar dengan hang ke? hang ada sakit hati dengan sapa2 ka?"
Aku just jawab "kami tak tau...." uish... masa tu, allah je tau sebak di dada. xpenah aku rasa lost sampai mcm tu sekali..
hemmmmmmmmm......
Tapi, disebabkan aku tak pergi kerja, aku pergi klinik. dapat dua hari MC n ubat tidur,ubat gatal,ubat apatah.. peh esoknya 1 hari aku tidor... Lusa p office aku nmpk miss lee n miss priya juih mulut kat aku.. elleyh... pas tu ada audit lak.. nasib la aku buat betul..
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.