Welcome To My Blog Labahlabahdisco
Foto Saya
Anne Biella Rani
Saya bukan sombong, Tapi saya pemalu!Dan saya jugak anak mak...(nak duk ngan mak ja..perasan masih budak2). Saya suka jadi mandom tiba2. Saya tak pendek tak tinggi. Saya Anak Malaysia Perak. Saya anak ke 6 dr 7 org adikberadik. Abang,kakak,adik saya cakap,mulut saya bising macam nenek tua. Mak saya cakap, saya bila gelak sakan sangat sampai urat kat kepala tegang,tapi bila nangis pun sakan jgk sampai mata lebam-lebam. Saya,saya,saya..urm saya..mmm..ummm..saya... Tanya saya kalo nk tahu pasal saya.. ngeeeee~
Lihat profil lengkap saya

Rabu, 6 Mac 2013

Aku sentap! tapi rasa macam Lawak.

Assalamualaikum dan salam kefreedoman . Peace !

Saat kegoyahan iman mu berkoncah ,
Saat itu juga hamburan kata-kata kesat terkancah ..

Hye Readers !

Alamak hari ney awal pulak aku mengadu di diari. cewah! hehe.*____*

Hari ney hari rabu , tapi kenapa macam serba serbi tak kena ja hari ney .. Adakah sebab aku merajuk ngan mak aku sbb tu jadi begini? hemmm~ 

Macam biasa aku tunda2 jam loceng... dah lama sket baru bangun.. hari ney aku lambat datang kerja. Lambat SATU MINIT taw x. em em em (usap2 dagu).

Pertama,
Malam tadi jiwa syahdu sangat + edit pic wedding + pening kepala + sental baju kotor kena cium ngan bibir sapa tah. (warna pink pepel lak tu. erghh!) + Lupa iron tudung nak g keja.

Kedua, 
aku nk p kerja nmpk mak aku dah hidang bekpes kat aku. dalam hati "ergh dah lambat, macam mana ney. nak makan ke taknak? ah makan la sket amek hati mak". dah lambat bapa minit dah di situ. tu pun berlari2 makan bahulu tu. Pakai stoken pun berdiri2 terkinja kinja.

Ketiga,
Semalam hutang makcik jual kuih tu, so kena singgah jugak nk byar hutang donut n karipap aku beli semalam. Then minyak moto lak kena isi. sampai petronas tengok byk plak orang. tak cukup dengan tu, minyak plak kuar slow masa aku isi. nak nak aku isi full. lama ja tunggu.

Dah aku duga memang lambat , terkumat kamit mulut aku menyanyi lagu dangdut atas moto. rasa melampau nyanyi lagu dangdut, tukar pada berzikir. sampai tempat kerja tak buka helmet apa sume terus pergi kat thumprint. and sah aku lambat SATU MINIT. Heshhh.. =____=.

Masuk opis miss Lee boleh tak layan lak aku tanya dia. hampeh je rasa. terus aku rasa cam sentap. haha. untuk elak sentap, aku pk menda lawak2.. and tetiba aku teringat anak buah aku aiman. minta aku masakkan dia Mee Goreng Cina. ha mampu masak mee goreng cina kata kau! itu dulu la ok. 

Macam ney cita dia,

Aiman : Achik , hari ney achik masak apa? aiman nak mee goreng cina boleh? masakkan aiman mee goreng cina.

Aku : (Terpinga-pinga tapi cover dengan senyum serba tahu semua benda.) Alaa senang sangat tu. petik jadi ja       dah siap.

Bapa minit kemudian ....

Aku dah nampak dah apa jadi ngan mee tu. tapi aku diamkan aja.. aiman makan dengan selera... di puji2 nya mee aku tu.. naik kembang gak aku. aku tak tau la dia puji sebab takut aku tak masak dah ke apa.. then tiba2 abang ipar aku balik dari kerja.. aku dari dapur dengar aiman cakap ,

"ayah.. tadi achik masak mee goreng cina, tapi tiba2 mee goreng cina tu jadi macam nasi. (mee hancur) . Hebat gila achik kan ayah?? Magic betul! " .

Peh! tersedak sedak aku dalam bilik dengar apa aiman cakap.. mesti abg ipar aku tau, yang aku masak mee tu hancur.. peh maluuuuuu gila masa tu.. tapi tu dulu. sekarang aku dah bnyk kali ushar mak aku masak. ok la dah. haha lawak ja. boleh la wat jenaka aku gelak sorang2..

(aiman kuat makan)

Hugs and Love,
Nabila Syuhada

.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...