Welcome To My Blog Labahlabahdisco
Foto Saya
Anne Biella Rani
Saya bukan sombong, Tapi saya pemalu!Dan saya jugak anak mak...(nak duk ngan mak ja..perasan masih budak2). Saya suka jadi mandom tiba2. Saya tak pendek tak tinggi. Saya Anak Malaysia Perak. Saya anak ke 6 dr 7 org adikberadik. Abang,kakak,adik saya cakap,mulut saya bising macam nenek tua. Mak saya cakap, saya bila gelak sakan sangat sampai urat kat kepala tegang,tapi bila nangis pun sakan jgk sampai mata lebam-lebam. Saya,saya,saya..urm saya..mmm..ummm..saya... Tanya saya kalo nk tahu pasal saya.. ngeeeee~
Lihat profil lengkap saya

Selasa, 12 Mac 2013

Dear my Future Love.. part 2

Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku ..
Ku lari ke pantai kemudian teriakku ..


(bulan madu bermandikan kasih sayang)

Termenung jauh ku memandang suatu sudut yang tanpa hala tuju akal fikiran yang entah melayang ke mana-mana. begitu asyik sehingga tidak perasaan suamiku sudah berada di sebelah.. Tersentak pabila terlihat jari suamiku terpetik2 di depan mataku untuk mematikan lamunanku. Aku tersengeh sengeh penuh malu.. Masa kan tidak, nasib baiklah awangan di atas kepala tak terlihat oleh orang apa yang kita angankan, jika tidak, di fikirkan sedang syok sendiri.. sudahla pula aku membayangkan aku sedang menjadi superheroin yang menyelamatkan lahat datu dari di ancam. Superheroin yang memakai pakaian kostum yang di reka khas tidak mudah koyak dan lapuk dek hujan. Hehe!

"sayang fikir apa? kerut2 je dahi tu abang tengok? berangan lagi ea?? " sambil memerhatikan dahiku dengan jarak yang dekat. Aku tersenyum sumbing lantas memaut lengannya dan berkata "tak ada apa la.. saya tengok pokok tu, mcm nak mati je. abang tak letak baja ke? dah macam pokok busut orang bertapa je saya tengok." Jawapanku dibalas jelingan tanda tanya darinya. Aku tahu jawapan itu tidak memuaskan hatinya dan lebih tepat seperti tidak ada kena mengena. "iyeke? abang tengok ok je. kan selalu je baja pokok tu.. (baja tahi kucing yang selalu diberak oleh kucing oyenku)". "Eh hari ney cuti kan sayang? apa kata kita pergi zoo? hari tu sayang cakap nak pegi kan? tapi tak jadi sebab abang kena kerja pulak. abang dengar hariney dorang ada showcase tapir berjoget. jom?" tersenyum tampan memandang tepat ke anak mataku sambil mengangkat angkat kening kanannya laju2. "betul ney? betul? yes!.. dah lama saya nk tengok tapir berjoget. akhirnya dapat jgk tgk. jap saya nak siap dulu. Abang pun pergi la siap. ish!" sambil menepuk lembut pehanya..

Aku bergegas menaiki anak tangga menuju ke bilik untuk bersiap. Setelah siap membersihkan diri aku mencapai Seluar Jeans dan Baju kain satin berwarna peach dan mengenakan selendang petak2 hitam merah. Aku tidak mengambil masa yang lama untuk menyolek wajahku yang memandangkan suami ku lebih suka aku berwajah natural berbanding bersolek kalah mak datin kau ha! hado? macam kambing mekap tebal- tebal .haha, opss.

Aku dan suamiku beriringan tangan berjalan2 dia dalam zoo sambil melihat tenuk tapir beruk dan lain2.. kadangkala aku sengaja berbual dengan beruk dan berkata " abang jom g sana, abang nak makan x? eh beruk rupanya. Syu mati-mati ingat abang tadi. tak dapat beza tadi. tu la duduk tepi beruk lagi. kan dah nampak sama. dah2 jom angkat kaki. nanti lagi ramai yang terpedaya tak tahu mana beruk" kata-kataku di balas cubitan ketam yang berbisa tapi ku hanya membuat muka kool konon tak sakit langsung walaupun  terasa ingin ku lepuk je dia dengan kuih karipap yang di makan olehku tatkala itu. 

Sedang aku keasyikan melihat binatang binatang di dalam zoo, aku perasan juga ada beberapa gadis yang tersenyum simpul manis2 konon menawan bagai buah labu masak ranum memandang ke arah suamiku untuk menarik perhatian. jiwaku tidak semena bagai terkena renjatan lantas aku menarik dan memeluk erat lengan suamiku sambil membuat muka bodoh yang konon caring.. berkali kali juga aku membuat taktik gedik menyendeng kepala di bahunya la, membetulkan bajunyala. membetulkan rambutnya la dan apa la. Suamiku hanya tersenyum dan berkata "Walau apa pun dan macam mana pun, wife abang tetap yang paling utama dan paaaaalingggggggggg cun dan satu2nya yang berada di hati abang selain Allah yang satu..." sambil mencuit daguku yang terbelah bak dagu nora danish (perasantanlimaunipis). aku terkedu dan tersenyum kerang kerana malu. dia seperti dapat menghidu saja kelakuan ku itu. "Eh sayang, dah masuk asar, jom pergi solat? ooOOoo.. sayang boleh wat2 lupa ye. ingat abang tak taw? amboi seronok sangat tengok biawak komodo sampai leka nak sembahyang.".



To be continue....



Hugs And Love,
Nabila Syuhada.

.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...