Welcome To My Blog Labahlabahdisco
Foto Saya
Anne Biella Rani
Saya bukan sombong, Tapi saya pemalu!Dan saya jugak anak mak...(nak duk ngan mak ja..perasan masih budak2). Saya suka jadi mandom tiba2. Saya tak pendek tak tinggi. Saya Anak Malaysia Perak. Saya anak ke 6 dr 7 org adikberadik. Abang,kakak,adik saya cakap,mulut saya bising macam nenek tua. Mak saya cakap, saya bila gelak sakan sangat sampai urat kat kepala tegang,tapi bila nangis pun sakan jgk sampai mata lebam-lebam. Saya,saya,saya..urm saya..mmm..ummm..saya... Tanya saya kalo nk tahu pasal saya.. ngeeeee~
Lihat profil lengkap saya

Rabu, 27 Februari 2013

I dont know =='

Assalamualaikum dan salam kesejahteraan untuk anda semua ...

Ketenangan dan Kebahagian adalah hembusan dari Langit ..
Di turunkan ke Lubuk hati orang Beriman ..
Mereka tetap berhati teguh ..
Di kala orang lain dalam Kegoncangan ..

( Reaksi untuk hari ini.. )

Hye Readers ! Whats up dude ? Feeling good today ? GREAT!

Dah ku duga akan bakal menyusul selesema.. Semalam aku tidor awal.. Mataku di mamah mabuk kepayang yang tak mampu untuk aku membuka mata atau berbual dengan sesiapa pun di rumah.. baju belum di iron untuk ke tempat kerja di pandang malas olehku.. apa nak buat kalau penyakit M aku dah datang. MALAS

Hari ney aku datang kerja dengan agak tak happy la.. elleyh, sebelum ney pun macam tu jugak. penah pulak happy. hahaha... Hem hem hem (usap2 dagu). Selalu memang la tak berapa nak happy, tapi hari ney sesema aku berduet pulak dengan demam pening2 lalat. Masuk keja dengan muka merah, mata merah + berair , mulut merah, hidung merah.. dah tu, dah la aku pun pakai baju merah.. tak ke merah bebenor makngah hari ney? Depa suh aku amek MC ja... tak mau la aku... selagi aku boleh tahan, aku stay lagi.. lagi pun aku ada nk buat meeting dengan bos hari ney.. if balik, x sempat la jumpa.. em em em.. 

Semalam audit datang, so aku sebagai orang baru, cuba untuk berhadapan dengan audit but aku just tengok ja.. sebab aku memang tak tau apa2.. yeah, bila paria buat kerja, memang sangat la SILLY THING segalanya tentang mereka. boleh lak dia wat macam pasar malam riuh rendah bagai depan audit. aku nak ja tepuk mulut dia dengan periuk. Nasib aku ney wanita muslimah berjiwa gebu dan baik hati ja aku tak buat begitu. And apa aku nampak semalam hanyalah keserabutan dan bukan perbincangan. Paria, kerja tak buat, cakap ja lebih. Then putar belit fakta jadi auta. sangat lah tidak baik. hem hem hem. (usap2 dagu).

So tiba2 abang zaid bagitau aku yang balik nanti kakmah nak minum2 dengan aku kat kedai makan.. Dah balik kerja aku follow kak mah. then kami sembang2.. kakmah order air epal. then dia suh aku order air epal jugak. aku ney kalau boleh nak save bajet. takmau minum. dah aku dapat rasakan aura dia akan belanja, aku order la epal susu ais. peh Feberet aku tu! hem rupanya dah memang serabut sangat dah tempat kerja aku tu.. so Kakmah cakap if aku boleh stay lagi, stay, if tak boleh dapat gaji nanti terus cabut.. Buat masa skrg aku plan nak apply lagi tempat kerja lain.. dapat memang aku terus blah.. 

Sekarang ney apa yang aku rasa adalah ingin mendapatkan tilam empuk dan bantal empuk. NANTUK ya~ elleyh gedik ja. Malam ney aku nak tidor pukul 10 lagi. peh tak pernah aku tidor awal tau.. kalau aku tidor awal selalu ada la tak kena. Tacing jiwa kacau or tak sihat. 

Aku tiba2 terfikir pulak bab-bab mengorat. aku sebenarnya dah rasa nonsense ja bercouple and benda tu adalah perkara yang tak tentu hala. and jujur aku cakap aku sedar semua perkara ney lepas accident kereta hari tu. even tak koma, tapi mata aku lepas terhantuk aku dah tak nampak dunia and lepas berapa minit baru aku nampak dunia. and masa tu aku rasa allah masih nak bagi aku peluang hidup lagi. And kaki aku sampai sekarang tak ok lagi.. Aku jadi benci tentang perasaan yang tak tentu hala. Benci tentang orang hanya tahu menabur cinta kepada manusia tetapi tidak kepada yang ESA. and yang aku rasa nak buat bila orang luah perasaan kat aku adalah "Hang boleh tahan dengan aku? hang boleh setia gila2 tanpa hye hye kat pompuan lain, hye hye tak boleh apatah lagi berdehem kat pompuan lain. and the most important, boleh tahan dengan perangai cerewet gila2 aku ney? boleh hadap semua ney 24jam?? boleh layan aku 24jam tanpa ada sedikit keluhan? and hanya boleh cakap YES sahaja dan tidak sama sekali akan sebut NO dengan segala permintaan aku?" . Ha.. bila baca memang akan kata aku bukan2..

Tapi aku sedang mengenali diri aku sendiri and sekarang aku lebih mahukan keinsafan dan keampunan dari allah.. aku takut dengan segala dosa aku sebelum ney. and aku dah tak mau hubungan tak tentu hala... aku tak rasa sunyi bila aku selalu ingat allah.. Jangan hanya mampu menabur kata2 cinta tapi hanya kosong dan cinta tu bukan untuk allah.. aku cakap pada diri aku.. jangan ada yang terasa. aku nak orang yang cintakan aku, cintakan allah jugak.. barulah ketenangan hidup ada.

Hugs and Love,
Nabila Syuhada .


.

Selasa, 26 Februari 2013

Tuhan Tolongg Lembutkan hati dia~~~~

Assalamualaikum dan salam kedamaian semua ... PEACE!

Mengorak langkah mengatur rapi perjalanan hidup ..
Mencuba memahami kehidupan yang bergelora ..
Ikhlas kita beribadah , ketenangan akan menyusul tiba ..


Hai readers !

Semalam aku rasa xda mood gila.. bilik aku yang macam tongkang tu dah sedikit kemas di sebabkan aku nak cari earphone beat aku tu.. kat office aku dah cari dari dalam laci ke laci-laci lain juga. tak jumpa jugak. aku sedapkan hati kata maybe ada kat rumah. balik ja aku terus cari dari kat luar, bilik mandi luar n bilik mandi dalam rumah, dalam mesin basuh, bilik abang aku, dapur, ruang tengah, bilik mak aku, ruang depan, ruang tamu, and last sekali dah tak jumpa aku sampai tengok dalam taperware and paling tak masuk akal dalam peti ais. serius aku bingung macam mana boleh hilang. tak sampai seminggu aku beli dah boleh hilang.. bengkekk ja hati ney rasa dia. dah la earphone tu benda yang agak penting untuk aku sebab nak dengar time atas moto bila balik keja. Dua kali gak aku kol abang aku, tanya ada nampak ke tak. berasap asap dh aku cari tak jumpa. katil dah macam tsunami aku cari tak jumpa gak.. sabar ja aku.

Nak datang kerja aku macam biasa nak start moto, berdoa minta-minta takda menda spoil jadi hari ney.. padahal yang memang aku taw yang kat office dah memang nyata kerja aku bertimbun. disebabkan kecuaian si yenni yang tak alert dengan PC aku yang baru ney. Serius semalam aku rasa macam nak amek semua dokumen ney, lambung and bakar. Burn baby burn~~

Dari semalam lagi aku kol supplier software Finger Tec tu suh datang. Alasan dia nanti dia kol lain.. lutut dia kol lain.. hujung bulan bakal tiba, gaji pekerja tak dapat, banyak la orang nak tuding jari kat aku. peh blur. Dah hari ney aku kol banyak kali tak berjawab. Aku kol jugak sampai dia jawab. pagi dia kata nanti dia arrange then nanti dia akan kol balik. Ya aku sabar ja masa tu. lepas rehat aku tunggu dia tak kol lagi, aku kol balik then boleh lak dia bagitau hari khamis baru nak datang install. peh mak ai.. mau belendir aku nanti kelam kelibut buat kerja. Aku risau lah.. haish! nasib la apa aku buat, betul2 masa aku study dulu. and apa aku kesal, menyesal jugak tak study betul2 dulu. kan dah lupa. kehkehkeh :p

Mood aku bertambah gundah bila pagi tadi aku kena marah dengan bos kedua kt company ney. salahnya transfer salah. elleyh. nak ku tangan2 kan aja bos gemuk ney. aku perati ja perut dia tu. (--')

Sama jugak la yenni tu. pagi tadi ajar aku pasal ISO syarikat. aku tengah blur memang angguk2 saja la. yang aku dengar apa dia cakap cuma macam nyanyian lagu olimpik. muka dia aku dah nampak dua. aku angguk2 and buat muka garang. aku tak mau buat muka takut or gelisah. nanti kata aku lemah lak. tapi dah sememangnya aku lemah. hem hem!

Hugs and Love,
Nabila Syuhada

.

Isnin, 25 Februari 2013

Well you will ....... ?

Assalamualaikum semua sekalian alam.. 



"Aku lemas dengan dosa.
Aku takut akan dosa.
Aku takut tidak diterima doa.
Aku takut maut yang akan tiba tidak mengira masa."


well like usuall aku kat tempat kerja.. memikirkan sesuatu sambil menggaru dagu yang tak berapa nak gatal.. hem... aku tak boleh macam ney selalu.. boleh kena virus data2 kat kepala otak aku ney.. berisfifar aku mengurut dada menenangkan jiwa yang gundah gelana. em sedap gak ayat aku tu. 

Malam tadi nurul teman aku tidor. ekceli, aku takkan ajak nurul teman aku tidor umah aku melainkan kalau esok aku cuti and betul2 umah aku xda orang.. tapi disebabkan semalam kakak nurul cerita pasal hantu pocong kat kuala kurau, serta merta aku rasa meremang bulu leher lalu terus merasa ingin muntah sbb takut sangat.. tapi depan kakak nurul, muka nk kool.. siap buat muka nonsense and just cakap "ouh..". peh dalam hati aku terus terdetik "malam ney nurul kena teman aku tidor gak!!"

Lantas senyap2 aku ambil henpon aku, then terus msg nurul. "weh, teman aku tidor malam ney please!".. padahal nurul depan aku ja.. bila aku tengok mak nurul and kakak nurul semua p depan, cepat2 aku pujuk dia suh teman aku tdow.. mula2 dia takmau. tp aku tekad gak nk pujuk dia tdor gak umah aku malam ney. tak ku peduli apa alasannya. 

Malam tadi nurul selsema.. aku dah suh dia makan ubat. dalam hati aku dah tau nanti aku pasti berjangkit. and now, aku menaip sambil menyedut hingusan yg sebuk nk mengalir kuar dari hidung. nak ku biar, di kata comel pulak nanti.. em em.. dah la dengan tak boleh tdor lena semalam.. pukul 3 boleh terjaga pulak. dah la terjaga, terasa segar tiba2 plak dah.. segera aku wat2 tarik selimut tutup sampai kepala and masukkan sekali dua bantal tindih kepala. panas tak panas aku dah tak peduli. yang penting aku dpaat tdor balik. Aku bukan apa, teringat kawan aku dulu, dia tdor terjaga subuh then tgk ada bungkus2 berdiri hujung kaki dia. aku apa g. mula la menggapai tangan nurul. konon tidor buas la tangan letak atas perut dia. ceh.

Di sebabkan itu, aku datang kerja dengan rasa yang sangat mengantuk sangat.. serius.. mata aku berair and agak sepet. banyak kali gak aku menguap tengah bawak motor. tapi sempat lagi aku singgah p beli nasi lemak and kuih2.

Mak aku dah bapa hari p umah kakak aku kat manjung lumut. aku dah naik rindu sngat dah ney.. aku rasa kosong tak dapat borak ngan mak aku.. bapa kali tah aku asyik kol tanya bila mak nak balik.. emmm.. rindu lah! sesak dada bila rindu. tiap hari ada ja bekal mak aku tapaukan untuk aku bawak p kerja.. and aku agak emo semalam bila teringat mak aku.,. macam mana dengan aku bila mak aku xda? aku takut and aku risau sangat.. sangat sangat... and one day bila aku dah kawen, adakah suami aku akan sayang aku? akan jaga aku? akan dengar bebelan aku? akan hargai aku? dan lain2 lagi.. aku takut dengan semua tu.. aku xmau pikir.. aku cuma bersyukur sekarang ada mak, family and kawan2 aku.. aku bahagia dgn life aku skrg.. Bila sesak menimpa jiwa aku cuma berdoa semoga permudahkan apa jua. peh ayat kemain emo.. 

Tak lama lagi aku nak deactivated Facebook and twiter. Aku dah rasa lama dah nk deactivated. tapi tangguh2.. tapi skrg aku rasa nk deactivated. when aku rasa cm ok nanti, insyaallah aku akan on balik la kot.. 

Hem, dah la. bye.



Hugs and love,
Nabila Syuhada

.

Jumaat, 22 Februari 2013

kutip daun kering then LAMBUNG! Yeah!

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..

Mengapa menggapai tangan yang membawa ke neraka?
Sedangkan kita boleh menggapai tangan yang membawa ke syurga..

Hari yang sangat indah and hari yang mulia hari ney yaitu hari jumaat bukan? yeah macam biasa, aku akan membebel di mana aku ingin mencurahkan kasih sayang aku yang tak terhingga la kasihnya pada pembaca aku yang setia.. yang mana tengah baca ney, jangan nak *sigh sangat... sengal2 ubi kalau mcm tu tau.. tak baik sengal2 ubi.. sengal2 badan pun tak ok gak.. apa pun x boleh if sengal2 badan.. ok biarkan dengan sengal2 tu... orang kata hari yang baik jangan menghamburi kata2 tak elok. HAIP!!

Dalam beberapa hari ney, aku xda update blog kan... elleyh beberapa hari konon, padahal bru sehari. em em em ( garu2 dagu ). Yelah, pc aku semalam di rampas. gila tak kena rampas, boleh lak syok2 aku sonok wat keja, then mai si yenni kata nk tukar window. kata nak kena tukar window xp sebab window 7 tak boleh masuk software tu. elleyh.. padia jgk la paria ney.. layankan aja malas nak bertekak kosong ngan dia.. kalau layan, sumbat jgk selipar solat aku ney dapam mulut dia. ha jangan main2 dgn sumbat2 aku ney.. boleh bawak mual2.. ok biarkan..

Perasan tak wahai pembaca, yang bapa hari ney aku ada bebel pasal si yenni tu? hem hem kan? ok.. today aku rasa mcm something taw. nak taw apa? tanya la pakguard tu. dia taw suma rahsia aku. ok merepek! ok2.. sebenarnya aku rasa mmg nk menangis sgt bila handle sume keja ney. aku bukan takat nak nangis, macam nak p terjun laut kat jambatan pulau pinang and terus berenang ke langkawi.. yelah.. aku terkejut. aku tak sangka begini banyak rupanya aku kena handle.. tak masuk dgn ISO, SOCSO. hem hem.. ( garu dagu ). 

Aku datang kerja dengan perasaan yang bercampur baur hari ney.. nak ja aku kol mak. dengar suara mak pun jadi la. rasa cm hilang sket sesak di dada. tapi nanti mak aku dapat hidu lak. aku ney, kalau tengah kusut, kol mak aku, mula nak mengada sentap mengalir air mata sampai cakap apa pun mak aku tak paham. nangis nak, bercakap pun nak. so bila gabung jadi mcm nyanyian sangkalewa hey hey hey. 

Aku tabahkan hati and cuba fokus dengan apa aku nak buat hari ney.. banyak kali aku istifar and doa jgn la jadi yg bukan2 hari ney.. masuk office blur, masuk toilet blur. tengok muka yenni, LAGI BLURR! then duduk kat meja aku wat2 kol kak mah n cakap2.. kak mah tu leader jgk kat sini.. dia mcm paham ja apa kau rasa... terus dia bg semangat yang gila2 kat aku.. sampai aku rasa mcm something mcm wow la! haha! dia berkali kali jgk kata suh wat hari kering n hati keras. amboi... kemain ouh.

Tapi yang lawaknya tu, si yenni tu ada kawan.. kawan dia tu sama gak peri peri mcm dia... aku sengaja puji dia cakap nampak muda n lawa. errr sigh! haha! tersipu kemain lagi. justeru aku terasa mual2 lepas ckp mcm tu.. aku bkn hypo, tp dia ketat sgt pandang aku. tu ja taktik yang terlintas kat kepala aku time tu.. sama jgk la dgn peri peri yang lain.. puji sket dah kembang semangkuk.., elleyh gedik!

hari ney mmg pc dah dapat.. tapi banyak lagi depa tak install menda lagi.. hem, aku pandang rak sebelah ney dah banyak kerja aku bertimbun.. makin hari makin banyak org mai hantar bg kat aku.. hais nanti mcm mana la aku.. tapi takpa, kitkat ada. nty bila banyak sgt kerja, aku makan kitkat. mesti settle terus. peh! 

Tapi boss ney panggil aku Bella.. aku suh panggil syuhada tak reti sebut. suh sebab nabila tak reti jgk. mcm nak tangan2kan aja orang tua tu.. then dia panggil bella ja.. siap cakap " bella itu nama u, mcm nama princess ". elleyh puji2.. aku tak makan saman, sigh terus belah. cewah.. haha! 

ok lah.. aku stop sini jela.... bebel panjang2 pun tak syok jugak.. goreng ikan bilis wat sambal tumis sedap la.. pastu nasik panas2 suap ja dalam mulut. minum lak air dalam peti ais. lagi lah! bila berak, kuar ja jamban, jerit "arghhh segarrrrnyaaaa~~"  memang takda kena mengena. so? *tolak bahu

Hugs n Love
Nabila Syuhada.

.

Rabu, 20 Februari 2013

Happy or spoil day?

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh... 

Ingatlah wahai insan ,
kiamat itu adalah pasti
bukan hanya khayalan atau dongengan ...
bersediakah anda jika sekarang ia berlaku

Hari ney aku celik mata nampak gelap ja.. dalam hati " emm xda letrik ney.. nasib aku dah gosok baju n tudung malam tadi ." Banyak kali jugak aku tunda2 jam loceng henpon aku tu.. last sekali aku tengok jam dah pukul 6.40 bangun terus mengejut.. aku hari2 kena bangun mengejut.. kalau tak, memang mengantuk. kalau bangun sentap sikit macam tu hilang la mengantuk. aku pandang tingkap, ada ja lampu luar menyala.. tp kenapalampu tidur bilik aku tak nyala? em em em... *sambil garu2 dagu . rupanya tau dah aku kenapa.. terbakar rupanya lampu tidur aku... em bergelap la aku tidur malam ney... haiyarkk!!

aku datang kerja bagaikan mimpi sebab aku tengok jam baru pukul 8. banyak kali jugak aku selak legan baju aku untuk tengok jam.. ingat jam aku yang gelong... tp mmg aku datang awal.. haha! em kemain lagi.. 

Ok.. sampai ja terus aku thumbprint then jalan catwalk sket nk buka pintu office xboleh plak.. hesh! abang2 maintenance dah kedengaran macam nganjing2 aku suh aku tolak2 pintu tu.. lama sket, aku pandang guard and dia sengeh2 cakap kunci lagi.. miss Lee tak datang lagi.. howh tunggu la aku tepi guard tu sambil sembang2 ngan uncle tu..

Tapi awal2 pagi aku dah rasa nak berangin.. hari ney Yenni Yenni tu ajar aku macam mana nk cek drawing. drawing kejadah, ingat aku amek bidang arkitek ka? takpa diam ja... dah dia ajar tu, macam mana nak cek and apa sume pasal lukisan tu, aku iyakan aja.. then bila dah habis ajar dia cakap hari ney maybe ada org nk minta contoh drawing. em em em, aku garu dagu lagi. yang tu aku tak geram sangat.. yang aku geramnya tu, staff ney datang kat aku suh aku cek senarai drawing gila Vavun punya banyak.. menyirap gila aku. kembang kempis hidung aku bernafas tahan geram. menambahkan lagi geram aku dia boleh cakap nak hari ney, LUTUT dia. dah la banyak gila. aku nk kena buat menda lain jgk.. bukan keja tu ja.. huh sabar... hahahaha! Then aku klik itu ini itu ini.. Aku dah tau yg pc aku ney problem gila dah.. aku sengaja lagi buat bg lagi problem. semalam aku dah bg hang terus sampai xboleh buka.. tadi disebabkan geram sgt, aku terus wat kerja tu sampai dia terus mati buat selamanya. dah rosak aku kol department tu cakap aku bg separuh ja cntoh drawing sbb pc dah bengong.. dia iyekan ja n datang tggu aku aprove drawing tu then Beram dari opis aku. tapi ok jugak pc rosak.. terus hari ney pc baru sampai... sedap sikit mata memandang...

Bukan takat pc ja jadi hari ney.. malah, almari pun turut runtuh angkara aku.. aku tak sengaja yang sambil menjerit manja bila almari tu runtuh. kehkehkeh.. banyak sangat fail sumbat. mana tak runtuh.. aku terus p kat maintenance suh pebaik almari tu.. Haish! abang tu gelak2 and cuma mampu cakap "hehehehe. syuhada syuhada.. ganas betul.. " aku sengeh2 kerang saja kat situ.. dalam hati, hem bagus runtuh. kalau boleh biar runtuh n tiba2 di telan bumi.. xpayah mengadap drawing tu lagi. 

Waktu rehat tadi aku p balik rehat kat sungai kecil.. rindu kat mak aku.. makan jadi tak lalu. macam tengok mak aku terus kenyang.. aku tengok jam dah pukul 1.05 minit. then aku nak p keja dah.. tadi jela dapat jumpa.. malam ney mak aku dah nak p johor.. hem.. kalau aku tak keje, tentu2 dah mak aku ajak p.. hem malam tanpa bintang.. bergelar anak dara. eh tetiba?

Aku masuk ja rehat dalam office abang maintenance ada dalam tu jgk depa wat apa tah. aku wat dek ja.. then macam mana tah boleh sembang pasal si yenni tu.. rupanya yenni tu agak bengang ngan aku sebab aku ganti tempat dia n dia kena tendang p department lain. sebab dia buat kes apa tah.. x sempat sembang. 

panjang sangat la aku bebel.. ok la. stop dulu.. bukan apa, lembut pulak keyboard ney.. sedap je taip.. hahaha!!


Hugs and Love,
Nabila Syuhada

.

Selasa, 19 Februari 2013

Whoah well see !

Assalamualaikum ... dan hye hye ebibadi.....

Bukan pujian dan harta yang ku perlukan,
Cuma keimanan dan ketaqwaan yang ku perlukan..

Hari ney dah hari kedua aku mula kerja baru aku ney... Nak tau apa aku rasa? aku rasa mcm nak cekik orang n tauk dalam gaung kat jalan ipoh tu.. :) . BUT BUT BUT.. ah ha ha~ dalam masa yang sama aku terlebih dahulu bersyukur sbb dah dapat kerja...

Aku tau kerja human resource bukan senang... tapi takda la susah sangat kan.. yang aku bengangnya si Yenni Yenni miss "K" ney kan ajar aku mcm apa ja.. serius rasa mcm nak bg kaki. serius sgt2... dah la byk menda dia suh aku handle.. pastu ajar aku mcm benda tu susah sgt ja.. mcm xbetul ja dia tu.. geramnya! Then masa mengajar aku cara nak buat kerja muka tak boleh blah, mcm babun mix lutong ja. ouh astagfirullah al azim.. tp siyes aku bengang gila ngan dia. tak boleh ke cakap elok2? nak aku benti ke apa dia trick aku mcm tu? erghhh!! tengok la.. aku dah lama sket kat sini, aku tapau balik. menyampah betei.. err emo betei aku hari ney.. em em.. fuh fuh!

Tapi maybe baru hari kedua kot tu aku rasa pressure sgt.. then bila mak aku tny aku akan jawab "em best.. ok ja keja situ.. best sangat...". Em padahal ya rabbi, mcm aku nk tampar2 ja muka miss K tu.. geram gila.. untuk sedapkan aty mak aku, then aku cakap la ok la bagai la... em em..

Masa aku nak masuk kerja, aku dapat taw dalam office ney ada budak baru ja resign.. orang tu dah kerja 5tahun.. then apa lagi, terus aku suh moon n meah hantar resume kat sini.. moga2 depa dapat la kat sini.. ada jgk aku geng bila nk hentam org... and seriously aku benci tengok laki kat sini yang tengok aku mcm tak penah tengok pompuan. sumpah!

Em, patutnya aku tidor kat sungai kecil malam ney.. sebab mak aku tidur situ.. tp disebabkan moto aku tu tak betul semalam, terpaksa aku pinjam moto nurul.. so tak boleh la aku nak tidur situ sbb moto nurul aku kena hantar balik pas balik kerja jap g.. nasib ada nurul.. kalau x? mati katak aku. em gatai eh telinga ney...

argghhh! aku rasa aku penat sgt la hari ney, tu pasal emo sgt... em em em.... 


Isnin, 11 Februari 2013

Last day.. berak cirit...

Assalamualaikum ..

Berenang renang si anak dugong
di ngoratnya anak lembu laut
jangan la cik abang terbengong bengong
saya ada jangan lah cik abang takut..

Malam tadi aku dapat tdor dgn lena and bebas beraksi untuk golek ke sana sini sbb mak aku tdo dalam bilik aku jgk... and aku bangun pagi tanpa rasa mengantuk langsung bergegas mandy... tp agaknya sedap sgt tdo kot, pagi tadi aku terbabas sikit.. astagfirullah al azim.. dont do it again la nabila syuhada.. hem hem hem! baiklah!

Aku menyetart moto skuter aku dgn bangga dan bawak skuter ala2 santai konon masih awal... hem tapi hari ney tah napa tah banyak kali aku nak terlanggar orang.. dah la pakcik tua lak tu yg aku nk terlanggar.. boleh pulak pakcik tu main belok ja.. kalau dulu blh la aku ckp "eh ney tua2 aku lempang jgk kang". tapi aku cuma senyum dan melambai2 kat pakcik tu and naikkan jari ibu menunjukkan GOooooOOOOooddddd~ kalau boleh aku nk benti moto letak tepi and berdiri sambil tepuk2 tangan kat pakcik tu. huh! berderau darah aku nk terlanggar pakcik tu. dulu dah la aku penah terlanggar makcik tua naik moto kapcai.. masa aku balik dari market.. aku tak mau sejarah itu berulang lagi.. sbb aku langgar makcik tu, aku tak bayar apa2 and aku cuma cakap, makcik jgn lupa p klinik tau.. saya xdak duit ney.. hati2 makcik..

then tgh syok2 aku melayan angin pagi nak p keja, boleh plak pelepah kepala jatuh. nasib aku sempat elak. kalau tak berderai jatuh atas kepala aku.. tak cukup dengan tu.. masa kat traffic light aku terlebih duduk ke belakang dan membuatkan aku tak sampai nak tahan kaki n hampir2 nak tepeleot jatuh berdebuk. and aku perasan sekumpulan lelaki menyengeh nyengeh tgk aku nk jatuh. aku cuma menghadiahkan jelingan tajam pisau belah tembikai onne satu mamak. teo ais ikat tepi. 

hem patut ke aku tukar moto baru b4 aku dapat beli kereta? lepas accident, moto aku teruk gila.. paling laju pun pulas habis, dia boleh pergi 60 ja.. aku kadang naik bukit terpaksa buat muka konon2 mmg saja bg slow... padahal dalam hati, ya allah.. geramnya la hai.. mcm aku nk kuarkan novel, silang kaki atas moto and baca... serius aku rasa nk buat mcm tu hari tu.. tapi hari ney, aku bwk moto sambil dgr lagu guna earphone sbb xla bosan sgt.. 

hari ney ekceli guys, my last day keja kat sini.. sbb aku dah antar surat resign and mggu depan start keja kat tempat lain.. and aku agak takut jgk kerja kat sini.. 3 hari dah aku keja duit short ja. hem kesian partner taw... lagipun maybe bukan jiwa aku nak jadi clerk. cewah.. nk jiwa2 konon... hari ney short byk, rm144.. esok aku dtg kejap antar duit.. huuuu... x memasal. tp sokay...

em em em... maybe lambat plak la aku nak update blog ney... jgn rindu2 aku ok... alamak terlebih sudah..

bini Leem.. abang, tunggu sayang di korea tu. nanti sayang datang bawak telur tembakul

Hugs and Love,
Nabila Syuhada



Jumaat, 8 Februari 2013

Agak Cirit

Assalamualaikum Darls....

Gunung daik bercabang tiga..
Hari ney hari jumaat aku ada kerja...

Hari ney aku bangun lambat.. sebab malam tadi aku tidor tak lena.. asyik terjaga ja... bangun dengan rambut kembang macam pontianak ngan mata sepet tak larat buka, melangkah longlai selongkar almari kak aku. bukan nak mencuri.. tapi aku xda baju nak pegi kerja.. haha! But sokay, kakak aku sporting n baju dia pun ala2 sama saiz ngan aku even dia dah gemuk sekarang.. 

aku nampak baju warna coklat and tudung warna coklat. tak pikir panjang aku amek terus and terus iron.. sebenarnya, baju coklat dia tu, baju mengandung dia.. tapi lantak la.. pakai p la baju mengandung pun... asalkan nampak macam Calon isteri2 mithali. dan bukan Calon isteri2 yang bakal di ikat dengan tali.. hehe :p

Macam biasa aku datang kerja masuk pukul 10 hari ney.. ramai gila orang.. hemm dah gaji kan.. tu ramai orang.. aku dapat agak dah nanti mcm mana keadaan muka aku. haha! penat penat. sampai tak ingat nak lunch.. 

Dalam kelam kabut boleh tershort duit pulak.. nasib la rm40.. peh ketar lutut aku.. kurang asam betul customer tu.. dapat kat aku, ku tampar2 guna kuali... dah la aku guna ID kawan aku buat transaction. aduhai.. memang terus rasa nak berenti serta merta merasuk ke jiwaku yang suci lagi gebu2 ang ang ney.. 

tapi sokay, rilex ja.. pada aku menda nak jadi. bayar balik guna duit aku settle.. cuma aku xmau kawan aku bersedih di sebabkan aku or customer tu.. 

tapi semalam kan aku ada cakp nk bgtau boss aku yang aku nak berenti.. then aku dah bagitau dah.. dia nasib la ok.. hehe.. so maybe selasa ney aku dah berenti.. dpat la rehat awal. kalau ikut mak aku, hari ney gak mak aku suh benti. haha. tapi mana boleh. aku cakap la kat mak aku yang aku tak buat lagi surat resign... 

surat resign aku tu pun semalam aku bodek nurul suruh dia buatkan.. haha! nurul yang lagi baik hati dan suci murni mcm aku ney, dia sanggup buatkan utk aku.. haha. nanti aku amek copy dia n print surat tu.. 

p/s : aku benci ngan pelanggan yang suka suh aku ulang ayat yang berkaitan ngan huruf S & C
mentang2 aku pelat huruf tu. huh!!

ehem! like usually, i love n miss u syg.. jgn lupa mms pic lagi tau.. :*

Hugs and Love
Nabila Syuhada


.

Khamis, 7 Februari 2013

Nak cakap apa eh?

Assalamualaikum Darls...

Cik abang mengayuh ke muara.. 
ingin di pinangnya anak dara...

Assalamualaikum dan hye my sweet heart.. ada sihat ka ini hari? ada ha?? ada? ada? ada aku kisah? ehehe.. jgn amek hati.. bercanda cuma kok.. :)

Aku ada benda nak share untuk hari ney.. hem tepat pukul 10 hari ney aku dah start keja.. datang office aiseh , jgn cakap la ramainya.. aku igt ada apa2 jadi la.. hmm so tired.. but its ok.. huhu.

Semalam aku cuti.. then semalam jgk aku ada interview utk ke company lain... aku pegi la. siap amek air sembahyang lagi. doa2 mcm2 la. tapi nak kuar umah terkentut pulak. alamak, mcm mana tu? ah kira halal la.. tak sedar.. haha!
Aku start moto aku tu, preng preng preng.. zussss!! 
lama jugak aku pusing2 nak cari company tu.. mana taknya, aku ingat nama blakang company tu ja..
then jalan punya jalan sampai nak terlanggar anjing, jumpa pun... aku berenti moto depan pak guard tu sambil buat muka sekupang. aku tgk kat guard tu xda org.. aku belek2 balik henpon aku cari no office tu yg kol aku tempoh hari.. tengah syok2 aku belek tiba2 "ha adik nak cari sapa tu adik?".. TERKEJUT aku. nak terlepas dibuatnya henpon aku sbb rasa nk baling ja kat muka laki tu. ntah bila timbul. sengeh2 ja dia tgk aku mcm org gila. then aku tnya betul ke no office ney blablabla. aku ckp la depa suh aku mai interview.. pastu dia kol sapa tah.. tottettottet.. dia suh aku masuk..

lama jgk aku tggu.. naik kebas semut semut kaki aku.. tapi berlagak kool ja.. mana tak nya aku kemain sopan lagi siap pakai kain labuh mai interview. cewah! sempat lagi.

tak lama dia bg aku form suh isi then aku isi.. mula2 aku tgk form tu bahasa inggeris.. emm punah.. aku bukan tak tau BI, cuma aku tak la fasih sangat.. aku buat muka selamber konon2 teror ja isi form tu.. aku tak berdebar sgt nk kena interview sbb aku dh penah kena interview waktu praktikal n waktu aku nk keja kt bank tu.. so aku wat rilex ja la.. 

tak lama tu dia pggil aku masuk bilik soh interview.. aku melangkah ikut kerani dia tu.. masuk office, kemain muka garang ja bos ney.. emph emph emph! aku wat biasa n senyuman manis semanisnya aku bg.. mcm2 dia tny. aku jawab ja semua. siap promote diri aku lagi. haha. dah abeh interview dia ckp nty dia akan kol aku balik dalam masa 2 atau 3 hari.. ok la..

sengih2 aku start moto.. kemain laju nak balik.. sampai ja kat lorong aku nak balik tu, tiba2 banyak gila lembu.. aku dah la pakai baju merah.. moto pulak merah.. bengang gila aku.. mula2 aku nak wat dek ja jalan.. tapi makin lama punya banyk lembu.. lepas tu ada maskot anjing plak tu duk ONG ONG ONG!! pehhh! terpaksa patah balik n ikut jalan jauh.. tapi takpa. aku tak berdendam ngn anjing n lembu tu.. 

aku balik ja umah tak sempat nk duduk, dia kol cakap aku diterima. and aku terkejut gila dia terima aku as a human resource kat office tu. byk kali jgk aku tny. then dia kat aku kena start keja 18 ary bulan. oh alhamdulillah.. lega gila. 

TAPI

mcm mana aku nk bgtau bos aku skang aku nk resign? arghhh mcm mana nk susun ayat? adakah aku nty di tempelaknya? dihamunnya? dilempangnya? ish! nabila over!! haha!

ok la.. moga2 semua ok. and hari ney jgk aku akan bgtau bos aku... wish me luck guys!

like usuall, i love u syg ;)


hug and love
nabila syuhada


.

Selasa, 5 Februari 2013

IM BACK! :D

Assalamualaikum darls...!!

hehe! dah lama aku dah tak updates blog... terasa blur and mula la rasa malu nk mulakan madah bicara. cewah! :p

erm memang banyak menda nk cita n luah.. tapi kalau aku cita, mmg panjang berjela la jawabnya.. tapi yg dapat aku nk cakap alhamdulillah aku dah abeh study. 
sambung degree?? emm... buat masa ney aku tak dala pk lagi.. mcm penah aku ckp dulu, aku tak berminat lagi dgn memandang ekonomi mak aku dan diri aku.. maybe kalau ada rezeki one day aku akan sambung "kot".. tapi yg nyata aku sgt cemburu tgk kawan2 aku yg dapat sambung degree.. rasa nk menangis ada, rasa nk meraung ada. nk terjun lombong ada. nk tanam diri ada dan mcm2 nak lagi la.. tapi pape pun aku rasa bahagia dah bila kawan aku sambung degree. aku tumpang bahagia. huhuhuhu... kasihan delo nabila. but nevermind lah... Eh jgn tak taw, aku skrg dah keja. alhamdulillah sekali lagi.. aku bersyukur jgk even aku ney tak baik sgt tp allah masih bg aku rezeki.. Em... kerja kerja dan kerja. no more enjoy. TAPI, bila hujung bulan akan timbul sedikit kot enjoy tu.. haha! 

sebenarnya, aku nk lupakan segala kekusutan hidup aku selama ney. and aku nk sgt berubah menjadi yang lebih baik. even tak dapat jadi yang sempurna, tapi aku nk cuba jadi yg baik dan terbaik.. aku takmau lagi tunjuk aurat like free hair.. tolong doakan aku jugak.. dan aku nak minta maaf sgt kalau ada yang terluka dgn perangai aku.. yelah, manusia mana tak penah buat salahkan... mungkin sapa yg baca blog aku akan kata aku hipokrit, well darls, aku tak paksa utk menerima aku. tp percaya la aku betul2 ikhlas utk kali ney. 

ok la, nanti bila senang lagi, aku akan updates lagi ok. ada rindu tu, emmm, pendam2kan la rindu tu padaku. ehem hem emm! kehkehkeh. ok aku tgh keja ney. babai. elleyh gediks la. over!

sebenarnya aku nk buat pengakuan terbuka.. aku dah ada buah hati.. mungkin dia atau mungkin tidak namanya yg tertulis di LUH MAHFUZ aku tak pasti. tapi aku cuma nk kenalkan. berharap gadis2 di luar bersabar dan jgn merampas kekasih aku ney. lihat dibawah. itu lah pic yg dia MMS kat aku. ney yg latest. ok bye. caw cin caw. :)


aku panggil dia Leem ja dgn nama manJa. dia suh aku panggil abg, tapi aku malu. so aku pggi; dia Leem ja.

Love n Hugs,
Nabila Syuhada.

.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...