Assalamualaikum dan salam kedamaian semua ... PEACE!
Mengorak langkah mengatur rapi perjalanan hidup ..
Mencuba memahami kehidupan yang bergelora ..
Ikhlas kita beribadah , ketenangan akan menyusul tiba ..
Hai readers !
Semalam aku rasa xda mood gila.. bilik aku yang macam tongkang tu dah sedikit kemas di sebabkan aku nak cari earphone beat aku tu.. kat office aku dah cari dari dalam laci ke laci-laci lain juga. tak jumpa jugak. aku sedapkan hati kata maybe ada kat rumah. balik ja aku terus cari dari kat luar, bilik mandi luar n bilik mandi dalam rumah, dalam mesin basuh, bilik abang aku, dapur, ruang tengah, bilik mak aku, ruang depan, ruang tamu, and last sekali dah tak jumpa aku sampai tengok dalam taperware and paling tak masuk akal dalam peti ais. serius aku bingung macam mana boleh hilang. tak sampai seminggu aku beli dah boleh hilang.. bengkekk ja hati ney rasa dia. dah la earphone tu benda yang agak penting untuk aku sebab nak dengar time atas moto bila balik keja. Dua kali gak aku kol abang aku, tanya ada nampak ke tak. berasap asap dh aku cari tak jumpa. katil dah macam tsunami aku cari tak jumpa gak.. sabar ja aku.
Nak datang kerja aku macam biasa nak start moto, berdoa minta-minta takda menda spoil jadi hari ney.. padahal yang memang aku taw yang kat office dah memang nyata kerja aku bertimbun. disebabkan kecuaian si yenni yang tak alert dengan PC aku yang baru ney. Serius semalam aku rasa macam nak amek semua dokumen ney, lambung and bakar. Burn baby burn~~
Dari semalam lagi aku kol supplier software Finger Tec tu suh datang. Alasan dia nanti dia kol lain.. lutut dia kol lain.. hujung bulan bakal tiba, gaji pekerja tak dapat, banyak la orang nak tuding jari kat aku. peh blur. Dah hari ney aku kol banyak kali tak berjawab. Aku kol jugak sampai dia jawab. pagi dia kata nanti dia arrange then nanti dia akan kol balik. Ya aku sabar ja masa tu. lepas rehat aku tunggu dia tak kol lagi, aku kol balik then boleh lak dia bagitau hari khamis baru nak datang install. peh mak ai.. mau belendir aku nanti kelam kelibut buat kerja. Aku risau lah.. haish! nasib la apa aku buat, betul2 masa aku study dulu. and apa aku kesal, menyesal jugak tak study betul2 dulu. kan dah lupa. kehkehkeh :p
Mood aku bertambah gundah bila pagi tadi aku kena marah dengan bos kedua kt company ney. salahnya transfer salah. elleyh. nak ku tangan2 kan aja bos gemuk ney. aku perati ja perut dia tu. (--')
Sama jugak la yenni tu. pagi tadi ajar aku pasal ISO syarikat. aku tengah blur memang angguk2 saja la. yang aku dengar apa dia cakap cuma macam nyanyian lagu olimpik. muka dia aku dah nampak dua. aku angguk2 and buat muka garang. aku tak mau buat muka takut or gelisah. nanti kata aku lemah lak. tapi dah sememangnya aku lemah. hem hem!
Hugs and Love,
Nabila Syuhada
.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.