Welcome To My Blog Labahlabahdisco
Foto Saya
Anne Biella Rani
Saya bukan sombong, Tapi saya pemalu!Dan saya jugak anak mak...(nak duk ngan mak ja..perasan masih budak2). Saya suka jadi mandom tiba2. Saya tak pendek tak tinggi. Saya Anak Malaysia Perak. Saya anak ke 6 dr 7 org adikberadik. Abang,kakak,adik saya cakap,mulut saya bising macam nenek tua. Mak saya cakap, saya bila gelak sakan sangat sampai urat kat kepala tegang,tapi bila nangis pun sakan jgk sampai mata lebam-lebam. Saya,saya,saya..urm saya..mmm..ummm..saya... Tanya saya kalo nk tahu pasal saya.. ngeeeee~
Lihat profil lengkap saya

Selasa, 30 April 2013

Kat office aku selalu ...

Assalamualaikum ....

Hidu hidu macam bau kentut ,
Eh kau jangan la perangai macam bontut ,
Kau tak takut ke nanti orang kutuk ,
Ahhhh sekarang aku memang tengah mengantuk..
*biarkan.. asalkan tuk tuk tuk la jgk bunyi ending..

Hye Stalkerlicious
Puas dah skodeng orang? nampak kaki ney? adik bagi satgi .*garang sambil tunjuk tunjuk kaki . k gurau.

Sekarang aku tengah perati dari dalam office aku ke arah luar.. BASAH tanah sekeliling alam.. pokok pokok berjoget girang bermandi manda.. Ya allah ya allah ... aku tahu allah menurunkan hujan nikmat membasahi bumi.. dan aku pun dengan nikmat membayangi bantal bantal empuk aku kat umah... 

(bayang sampai leleh air liur)

Masalah aku adalah sakitnya melawan nafsu mengantuk yang sangat gemar meliar untuk usik mengusik aku supaya "hei adik manis.. apa tunggu lagi, tidur la.. dakap la meja itu adik manis~" ... percaya atau tak dulu time skolah time rehat aku tidurrrrr... kadang kala aku dengan huda juga akan pergi ke pusat sumber untuk tidurrrrr... dan time cikgu apa tah pakai spek bulat dan tebal tu, ha time dia pun aku tidurrrrr dengan mendirikan buku dan terlelap di sebalik buku tu.. tapi tak pernah kantoi lak tu. kawan aku yg sebelah kantoi and kena berdiri and kena jawab semua soalan yang cikgu bagi. kesian oh dia. And aku langsung akan jadi tak semena segar bugar bila kawan aku kena macam tu. kuatir aku kena pulak nanti.. Dan nurul jannah and Huda juga akan turut memarahi aku kerna suka sangat nak tidurrrrrrrrrr saja.. agaknya kalau boleh hentuk kepala aku dengan pili bomba, mereka telah lakukan!

Oleh kerana aku mengantuk sangat kan tadi, aku pun buat la ney ..


Dia kata untuk beberapa saat kan ... aku buat la.. then tak sangka beberapa saat tu jadi ...


Serius aku tak sedar langsung!! hayal ja~~~

Ok ok ok lets me explain. LISTEN! LISTEN! LISTEN..

Dalam sehari kat tempat kerja aku ada dua kali rehat.. lunch and petang.. petang tu pkul 3.15 sampai 3.30.. dari aku masuk kerja aku jarang la sedar rehat yang petang tu.. yela banyak kerja kan mula2 masuk then nak tunjuk rajin pulak yang aku ney konon boleh wat kerja siap tepat pada waktunya.. 

Now, tepat ja jam pukul 3.15 aku dah letak kepala kat meja and tidurrrrrr... dan bukan sampai 3.30.. tapi lebih dan lebih lagi.. eeeeeeeee....... tapi tak la lebih sangat.. dan tahu tak apa lagi? aku dapati bahawa, Miss Lee juga seperti dah terkena wabak tidurrrrr aku.. sebab bila aku letak kepala, aku dapati miss lee pun sedang sedap tidur kat meja dia.. mungkin dia tengok "emmm sedap je si bella ney tidurr... aku nak gak. tak boleh jadi ney!! pap tup tap pap pap pap (bunyi kemas2 barang bersepah atas meja utk tidur)". Dulu Miss Lee tak macam tu punnnnnnnn.. hahaha.

Kalau nak tahu lagi, everyday pagi pagi aku nak ke toilet untuk mandy aku akan tanya soalan bangang ney kat mak aku "emmm kenapa mengantuk sangat ye sekarang ney.. asyik asyik ngantuk ja.. xpaham la kenapa.." *jalan sambil pejam mata dan tergaru garu perut.. EVERYDAY!! dan mak aku akan pandang aku dengan renungan mata redup yang macam ada bintang tajam hujung mata..

Tapi semenjak dua menjak ney jugak, aku sering dapat mimpi yang buat aku rasa macam tak cukup tidur and aku boleh bangun terduduk dengan mengejut bila terjaga.. em bila terjaga aku akan bersyukur sebab tu cuma mimpi.. heshh nasib la aku xda kuasa kawal mimpi, kalau dapat kuasa kawal mimpi, siap ah aku nak kawal mimpi jadi Perdana Menteri... Then masuk tibi bagi ucapan sampai menyembur air liur. UNDILAH SAYA! UNDILAH SAYA! 

Esok cuti tau.. nak buat apa ntah... paling paling menyebok kat umah nurul and usik dia sampai dia jeling tajam kat aku. kahkahkah.

Hugs and Love ,



Isnin, 29 April 2013

Hari ney aku buat ...

Assalamualaikum ...

Gendang gendot gendot gendot,
Berlari Bersenam tetap gendot,
Dahtu suka pulak pakai baju polkadot,
Terima jela hakikat kalo dah gendot ...



Hye Readers
Mesti kaki cekam tu dah ketar ketar goyang goyang gedik gedik x sabar nak tahu perkembangan aku kan? elleyh x cakap pun aku taw lahh.. anyway, aku sihat ja.. cuma x sihat sekarang ney muka aku. cets menci taw! menci menci!! *hentak hentak kaki pap pap pap. Muka aku tumbuh jerawat ney!! eeeeeeee.. dah kenapa ntah.. rasanya aku xda intai orang dating or org berak.. ha? orang berak? eh berak tu ketumbit lah awak! em dan sekarang aku tengah menahan kepedihan di hidung kerana hari tu aku perati ja muka aku lama2.. niat hati nak perati kening aku yang kian hebat dan rancak tumbuh meliar ney. tapi TERperati pulak jerawat kat hidung. nah apa lagi, mcm ada suara berbisik "oi picit ja jerawat hang tu.kalau aku jadi hang dah lama aku picit, x picit lagi la nampak gelembung ja mcm tu". emmmm.. mcm ayat nurul jannah pulak. eh tp bukan nurul yg hasut aku. Datang mana ntah suara lunak lunak cempedak tu. puas aku toleh kiri kanan. x tau sapa.. membela nurul sebelum dia cekik aku guna kaki..

Setelah seronok aku begembira cuti 3 hari.. Hah? 3 hari?? ok2.. nanti dulu... igt x jumaat hari tu aku cuti? aku apply cuti bukan utk membuta di rumah hokeh! tapi aku apply nak g bank. buka akaun. elleyh buka akaun, nasib malang berbau bangkai tapir betul masa tu. tergores dan menang kat kereta mewah lak masa nak park moto. nasib dulu time skola aku pelari balapan.. sempat la melarikan diri. eh dah kenapa ney ngarut2 cite bukan2? adoi la nabila syuhada. haha! 

Ok ok ok, mcm ney.. setelah seronok cuti 3 hari, hari ney kembali la rutin kerja. tapi hari ney isnin kan? woi bosan dan moody oiiii.. haaaaa!! geram ja aku hari ney. geram kenapa pun xtau.. tapi nasib rabu ney cuti.. tengok la. aku nak membuta rabu ney!! malam tadi nak kata aku tidor tak basuh kaki, 3 kali aku basuh. tapi dikurniakan mimpi ngeri jgk.. tak lena aku tidor. tambah jatuh katil plak tu. meletup bisul.. hemmmm!

Sekarang ney mata aku terkedip kedip kemerahan berair tau x.. pastu aku dah terlebih rajin di mana aku dah siapkan kerja2 awal dah. so aku xda kerja ney tau x? aku taip2 entry blog ney pun sambil wat muka tekun mcm seorang yang tengah membuat projek besar di mana pekerja2 dalam office aku bila tengok muka aku, depa akan kata " em bagus betul la bella tu.. rajin betul kerja.. tangan pun laju taip.. muka pun byk dah tumbuh jerawat.. 3bijik lak tu kat dahi.. boleh wat menantu ney... " . 

Dan aku rasa runsing di mana dalam dompet aku ada 5 henggett je tadi aku tengok masa pas aku p beli susu kat kedai runcit apek tu.. minyak moto dah nak abeh sgt tu.. eeeeeeeeeee... oh jangan mengeluh!!! hehehe je. Aku malas nak kuarkan duit dari dalam bank.. nanti niat nak kuarkan rm50 jadi rm150 pulak.. huduh gila perangai hang nabila.. em em em... Esok masa nak pergi kerja, aku salam tangan mak aku dengan senyuman yang manis dan aku akan memuji muji masakan mak aku dan tak lupa aku akan puji kecantikan mak aku. kemudian aku nak tanya "mak.. boleh ke mak berikan pada owang suploh henggetttt?" then aku ada dua kemungkinan. 

1 : mak akan senyum sambil usap2 kepala aku dan beri duit tu sambil menyatakan "baik anak mak ney.. jadi anak yang solehah ye.. kawen cepat2.. *k.. kawen cepat tu nmpk sgt gatal aku ney.. let her be.. hehe

2 : aku kena siap sedia telinga dengan kapas or getah untuk protect dari panahan petir bebelan maut mak aku.. dah kerja minta duit lagi? memang kena.. dan siap sedia diri dengan pakaian kebal takut2 penyapu , pinggan mangkuk periuk belanga melayang.. *k.. penyapu pinggan mangkuk sume2 tu aku tipu ja. mak aku xpenah kehantuan sampai mcm tu. aku je mcm tu penah. haha

Haha.. aku dah blur ney. xtau nak buat apa.. dengan priya buka lagu tamil kat tempat dia kuat gila. aku tumpang layan dengan sengehan tapir yang manis dari aku..


Hugs and Love ,

Khamis, 25 April 2013

Sekuntum kentut yang menawan

Assalamualaikum ..

Kentut dan berak takkan dapat di pisahkan ..
Nak gemuk makan la pisang kan ..
Alaa apa ada hal kan ..
Kalau dah sayang , hanya luahkan ..


Hey penstalker tegar sana!! apa kabar? dah solat belum? hehe. elleyh.

Masa jam sekarang dah menunjukkan pukul 6:17 minit petang. berapa minit saja lagi aku akan pulang catwalk sambil melambai lambai ke arah pekerja pekerja di pejabat ining. why? ok lets start the story beginnnnnn ahhh. hahahahahahahahahaha (evil laugh)

Elleyh padahal x ada menda pun.. bukan ada orang berak cirit sampai terpaksa tukar sekolah sebab tak dapat menahan malu pun.. cuma esok aku cuti and aku cuti pastu aku x da update blog la dah .. haha.. oh syok betul cuti.. minggu depan aku ushar kalender nampaknya rabu tu cuti lagi.. oh pastu nanti aku konvo cuti lagi.. peh kemain laju aku taip ayat cuti.. nak ranap keyboard ney aku ketap ketap ketap. hahaha.

Ok hari ney aku dah tak kentut2 sangat dah seperti semalam semalam.. oi mana taknya.. di sebabkan audit aku tak makan tau x??!!! aku siapkan dokumen yang tebengkalai tu.. sampai perut masuk angin.. dah tu x selera makan sebab angin terlebih dahulu menguasai perut aku.. binawe punya angin.. 

Oh ohmak hang!! (melatah konon)

macam nak hujan la.. acaner ney??? hem kompom basah lagi kasut aku and stoken aku bau tapir mati jap g masa bukak.. adoi lagi 7minit lagi ney... ok2.. aku nak off dah ney.. see you again ok? take care.. if u miss me, just wechat k?? aku akan menjerit2 di corong telepon itu. :)

Hugs and Love,
Nabila Syuhada

.

Selasa, 23 April 2013

Bila guruh memanggil hujan

Assalamualaikum ....

Aku rasa sesuatu kekejangan kat otot2 aku di mana aku berlari lari sakan mengejar masa untuk mendapatkan dokumen.. Mana taknya, audit hari ney.. and aku 1st time tau tak handle benda ney.. Nama pun baru kerja... 

Sekarang aku tengah buat muka lesu tak bermaya tapi masih nampak sebagai wanita bekerjaya. oh penat, betul tak tipu...

Aku rasa malam ney aku tidur awal.. tu pun kalau tak da sapa kacau aku... Aku dah terbayang bantal aku kat umah tu... lembik lembik... 

Tapiiiiiiiii ~

Meskipun begitu oi , aku happy oh!! kerana hah, habisnya audit, habisnya juga kesakitan kehotakan aku ney... Lega ohhhhhh... rasa bebassss.. haha. tapi kerja tetap bertimbun gak.. tapi aku seorang yang menepati masa, even banyak kerja macam mana pun, tepat ja jam balik, aku terus off PC tanpa mengoleh kiri kanan.. oh! mana nak dapat wanita menepati tegar macam aku ney? one in a million taw!!!!

bebasssss!!!

Aku : (buat muka gaya hero tamil nak berlawan.)

Nurul : hem, eeeee.. aku rasa hang ney dah terpengaruh ngan hindu2 kat tempat kerja hang la... macam nak tapakkan ja muka hang.

aku rasa macam betul ja.. tempat kerja aku banyak gak hindu.. dah tu... ngam plak tu... em em em


Hugs and Love,
Nabila Syuhada

Isnin, 22 April 2013

Sketsa pendek keluarga Rashidi.

Assalamualaikum 
dan selamat tengahari :)

*Adakah ini cinDa yang melanda diri ini tatkala malam menjelma?!!
*Tik tik tik, hujan merintikk!!
(dua keratan ayat paling pemes terpacul kat mulut aku bila bercakap dengan nurul jannah)

Hai awak! awak sihat je kat sini.. cuma kurang selera makan la tatkala lunch menjelma. donno lah kan kenapa... ada cacing kerawit kot dalam perut ney.. em em em em em.. 

Semalam hari rajin aku taw.. amboi selama ney malas ke??!! err maksud aku semalam tu terlebih rajin la. Sudah lama aku perati ja bilik aku tu yang sawang mula meliar melingkari almari, dinding, siling dan meja mekap aku.. aku perati dengan renungan tajam tanpa berkerdip dan terkerdip bersama air mata sebab angin masuk mata.. lama sgt kan tak berkelip.. pedih la mata ney..

Semalam tiba-tiba macam ada suara halus berkata "oi, ini kalau dah kawen, mau suami hang tanya minta izin kawen lagi 1 kalau sepah2 macam ney.."

Howh!!! aku terus menepuk pipi ku dengan lembut2 tapi seakan akan menampar.. tersedarku dari lamunan terus aku dengan bingkas bangun terus mendapatkan mak aku tanya mana buluh panjang untuk sapu sawang? mak aku cakap ada kat pokok pelam depan umah.. tapi tunggu bapa minit mak nak ikat balik penyapu kat hujung buluh tu. bagi kukuh kata mak aku.

Bila dah siap kemas bilik, aku terasa macam kosong pulak la.. sunyi and rasa mcm nak berbual bual pulak.. aku capai la henpon then mencari nama nurul jannah and terus kol dia.. aku ajak dia p beli aiskrim dan aku paksa dia untuk tidor umah aku malam ney.. tak ku peduli apa alasannya.. haha.

Bila malam mendatang perut aku berbunyi kruuukkkkk keerriiuuuukkk pulak. dalam masa yang sama, mak aku plak bagi ayam goreng kat aku n nurul suh makan.. Mak aku pun sama ja mcm aku ngan nurul, sembang kalau perut tak geli tak sah.. mesti ada ja terpetik nama sapa2 jadi bahan gelak. tapi yang aku tak tahan, mak aku terkantoi ngn aku pasal air penerang hati..

dialog :
Nurul : Hari tu nabila dia sembang dengan makcik kiah tu la. selamber ja nabila sembang ngan makcik tu. duduk dekat dekat lak tu.. Dah kami bgtau baru nabila tak sembang dah. (muka sedikit menganjeng)

Mak : (merenung tajam tepat mataku) .. hang sembang dengan dia nabila? orang punya la takut nak sembang dengan dia.. berani berani hang sembang dengan dia.. patut la hang kehantuan mengamuk ja kerja hari tu.. habis pecah kipas and papan iron baju patah..

Nurul : (menyiku dengan sepantas kilat) oi teruknya hang! tu la menyembang lagi dengan org tu. kan dah berantu.. hahahahahaha..

Mak : Kak yang(mak bahasakan diri kat nurul) pun terpikir pikir la, macam mana la nak buat kat dia ney.. kenapa la dia jadi macam ney.. kak yang pun p la minta air ubat kat ustaz minta hati dia lembut. tiap hari sedap ja dia minum kak yang tengok. dia tak tau kak yang bagi dia air ubat.. mujur la Lani dia elok dah. kalau tak bebai ja keja. merempas rempas..

Nurul : (ketawa hentak hentak kaki.

Aku : muka blur.....

Bangun pagi tadi ..

Nurul : woi, pahal pakai baju kerja terbalik? nak dapat duit ka?

Aku :: alamak, ha tak perasan.. aku kan wanita bekerjaya berwawasan tinggi excited nak p kerja. haha. elleyh!!!! (menjeling)

nurul pun sebok sebok nak siap sebab aku p kerja terus hantar dia balik umah...

Aku : elleyh cakap aku pakai baju terbalik, hang tengok baju hang tu!!!! (menjerit sambil menuding jadi ke bajunya dengan excited)

Nurul : hehehehehehehe.. ahahahahah.. ha'alah!!!!!

errr... alamak dah nak abeh waktu kerja. tu jelah aku update.. dah panjang jela dah tu... haha.. dah malas nak feeling2.. nanti2 la aku merepek lagi.. masa jeles dengan aku.. esok dah audit ney!!! harap ok la... malam ney aku nak praktis depan cermin buat muka berwibawa dan tegas.. dah la tadi aku hold dulu nak update blog ney . terkejar sana.. terkejar sini.. dah tu kena p coraza lak tu.. dah la muka aku tanpa ada sebarang bedak.. x cun langsung!! laju je aku masuk office Coraza tadi.. park scooter pun main park je pun. maklum la nak cepat...


Hugs and Love,
Nabila Syuhada

Jumaat, 19 April 2013

Bohonglah kalau aku tak .......... :)

Assalamualaikum anak anak adam dan hawa :)

Merenung jauh ke luar jendela
Memikirkan perkara tergendala
Jangan berbuat dosa tapi kumpullah pahala
Agar jiwa tak rasa dahaga

Yang mana rajin baca ney, maybe paham kot... maybe ..


Hai awak ... Saya sihat dan alhamdulillah dah makan.. Lain2 soalan awak nak tanya, hold dulu. tanya pas kawen... banyak sikit cerita nak kongsi. ney semua dah tau, apa je nak sembang nanti? :)

Baru baru ney mak ada cerita sesuatu kat aku... mak cakap, arwah abah datang jumpa dia pakai baju melayu warna biru.. Everytime mak aku cerita pasal arwah abah, aku akan tunjuk reaksi macam tak berminat. 

Aku bukan tak berminat. and aku tak maksudkan pun begitu.. walaupun nampak macam tak berminat, dalam masa yang sama, hati aku bagai ditoreh2.. mata aku bagai ada hamburan berjuta juta habuk meluru masuk untuk memedihkan mata aku supaya mengalirlah air mata... Aku dah tekad yang aku takkan menangis depan mak aku walau aku ada masalah or apa2. sebab aku tak mau mak aku sedih jugak. aku dah tak sanggup.. 

Bila aku ingat balik zaman aku dulu2.. 

Masa aku kecik, pagi2 arwah abah akan hantar aku ke tabika kemas.. tiap petang aku arwah abah akan bawak aku dan adik aku ronda2 naik moto.. pusing keliling kampung.. and arwah abah tunjuk burung raja udang la apa la.. paling best bawak pergi kedai and aku and adik aku akan meliar pilih keropok and coklat tanpa memikirkan arwah abah cukup duit atau pun tak.. 

Aku kuat merajuk, merajuk aku akan menyusul air mata mengada.. time tu arwah abah akan berjoget macam itik untuk pujuk aku. even macam "betul ke?". tapi memang arwah abah buat mcm tu kat aku.. and aku akan gelak..

Dalam hidup aku, aku tak pernah rasa hampa sebab apa aku nak, semua arwah abah akan bagi. termasuklah arwah abah belikan aku moto scooter ego S masa bufday aku time form 5. oh terharu.. 

1 hari, aku dah pernah buat abah tak tidor malam.. masa form5 aku stay umah kakak aku. dekat sikit nak pergi sekolah panglima. aku cakap la kat abah, duit belanja seminggu rm100 xcukup.. nak lebih sikit, mana tau orang dah tak balik dah lepas ney? lepas aku cakap tu, esoknya aku accident dengan lori ayam. moto dah masuk semak,aku jatuh tengah jalan. Nasib ada orang baik hati hantarkan ke spital.. Mak bagitau abah aku accident, then arwah abah bagitau "howh!! patut la orang tak boleh tidur malam tadi teringat nabila ja. dia kata takut lepas ney tak balik dah".. mak dengan abah bahasakan diri "orang,dia".. tak penah aku dgr panggilan manja.. masa tu serba salah aku... Mak cakap kat aku "arwah abah igt, aku yang pergi dulu.. tapi abah yang pergi dulu.." mana taknya.. banyak kali aku accident ngan moto. sampai la accident kat manjung. paling teruk dah tu sampai scooter aku barai.. Aku naik moto dari kuala kurau ke lumut naik moto ja tau.. jangan main2.. masa tu pun mak aku x sedap hati sebab before aku pergi tu, aku lambai tangan banyak kali. 

Arwah abah pendiam... tapi lawak.. suka cakap perkara tu lawak gila.. tapi muka selamber ja.. selalu jadi mangsa gelak sampai senak perut, aku dan kakak liza dan abg aku azmir. gelak sampai kuar air mata, hentak2 kaki, picit picit perut.

Saat aku meningkat dewasa, arwah abah tak pernah pun marah bila aku kuar tak pakai tudung, baju lengan pendek, cukur kening, pakai seluar pendek, dan warna rambut dan perkara yang em ya allah.. malu betul..

Tapi bila abah dah takda ney, bila sesuatu perasaan menyelinap masuk dalam jiwa. aku dah tak mau buat semua tu.. takmau.. aku risaukan arwah abah kat sana... aku nak arwah abah kat syurga... Dulu masa mula2 aku selalu mimpi jumpa arwah abah.. then mak aku bagitau yang aku kena sedekahkan al fatihah or mengaji la utk arwah abah.. Sekarang aku tak mimpi dah arwah abah.. dulu tiap kali mimpi, tiap kali tu la aku bangun tidur dengan air mata.. Aku mungkin tak berapa nak sakit.. tapi lagi sakit mak and adik aku sebab hadapi kematian arwah abah depan mata. habis pecah almari dalam bilik adik aku terajang.. mujur ada makdak masa tu sabarkan dia... 

cuma aku nak cakap, sedarlah siapa yang ada lagi ayah tu, hargailah.. bila dah takda macam aku ney, jerit rindu sekuat mana pun  takkan dapat jumpa dah...

Dulu aku harap aku nak bawa mak and arwah abah pergi haji sama2.. tapi takpe, mak masih ada. harap aku sempat... sebab aku pun xtahu bila lama aku boleh bertahan hidup... Allah saja yang tahu...


Hugs and Love,
Nabila Syuhada

.

Khamis, 18 April 2013

Isteri tak sedar suami bawak balik madu? Oh demmittt!

Assalamualaikum..... 

Tajuk tak seindah kabar cerita ..
Bukan itu yang mahu aku berkata ..
Cuma aku nak gimik gimik sahaja ..
Hahahaha.. (asalkan belakang dia a a a)


(perhatikan kening beliau)

Macam mana aku nak mulakan mukadimah entry kali ney ye... emm... ish... alahai... em macam mana ntah... eh... em ok2... tarik nafas.. hembus... naik nafas sedalam telaga 7 keturunan dan hembus lagi!!! dan tarikk naa .. eh dah la tu!! bapa kali nak tarik nafas?!! *baling bantal

Ok ok ok ok ... aku serius ney..

Aku kan.. sebenarnya malu la nak cerita.. tapi em, ok lah. aku ceritalah memandangkan aku tengah mood baik nak cerita ney.. kerja kat office pun tak bertimbun sangat... konvokesyen pun tunda.. geram betul tunda2 lak.. abeh kakak aku sentap semalam sebab dia dah apply cuti. borang apply cuti aku, nasib aku tak hantar lagi.. ada ja aku sorok dalam laci. tunggu masa ja nk bagi. dah tau konvo nasib la aku tak hantar lagi. ops! ok dan melalut... abaikan...

Emm... kening aku bukan macam kamu kamu kamu kamu dan kamu semua tengok sekarang ney.. dan sedia paham yang perati kening aku tu memang dh tau la kan aku cabut kening.. aku tak niat lain pun cabut.. kening aku tebal dan bersambung.. ha ney la cerita asal nak di ceritakan dan kenapa pic elfira pulak jadi mangsa. haha. 

Dia tak malu pun kening dia sambung and tebal.. hem.. aku start cabut bulu kening tengah2 ney dari aku darjah 6 di mana lepas aku pergi buat kad pengenalan dan aku dapati kening aku mcm emm emmm emmm.. ntah maybe perasaan aku je kot masa tu.. masa nak g wat IC arwah abah suh aku pakai tudung merah. pergi naik moto dengan abah. arwah abah bawak moto slow. aku rasa nak tertido sangat masa atas moto. tapi balik, arwah abah singgah kedai makan nasi lemak yang sangat sedap.. (rindu... ya allah)
Bila IC aku dah siap, aku perati ja kening aku dalam IC tu.. aku cakap kening sambung macam muka nak menangis apasal??!! aku terus capai pencukur janggut arwah abah and cukur kening tengah2 tu..senget benget jugak kening aku masa tu. tapi aku biarkan.. lepas tu, tumbuh je aku cabut, begitu la seterusnya. kawan2 aku pun xtau kening aku sambung. bukan kawan2 aku ja. family aku pun xtau kot. tapi Allah tau.. hehe. dan nurul jannah. ish nurul lagi!!

Tapi abang2 and kakak2 aku tau la kening aku kat tepi ney kalo aku cabut.. tambah2 abang aku yang azmir tu. dia perati ja kening aku, dan akan melaungkan nama mak aku dalam volume medium "mak~~ nabila cabut bulu kening"... aku bingkas bangun dan lari masuk bilik dan kunci pintu bilik..

Tapi sekarang tiba la masa aku biarkan ia tumbuh kot.. ah berilah kekuatan dan terimalah kenyatannnnn.. huhu. 

Kadang aku suka tanya kat kawan aku, nak plak kawan aku tu pun kening sambung. aku tanya la, weh apa perasaan biar kening sambung? dia kata la dulu dia cabut gak.. then masa dia ada bf, bf dia kata sweet apa kening sambung. then tu la dia biarkan.. tapi kat tepi dia tetap cabut. haha.

Emmm... aku akan cuba la biarkan.. nanti bila dah tebal balik, jangan bila jumpa aku tegur, wat2 tak kenal lak. dah satu hal aku malu cakap sorang2...

setelah dikaji..

Hugs and Love,
Nabila Syuhada .

.

Rabu, 17 April 2013

Future tulang rusuk part 3

Assalamualaikum .....

Dalam perjalanan mencari erti solehah,
Dikala ujian fitnah melanda , dia tak mudah melatah,
Kerna dia yakin semua itu satu tarbiah,
Untuk diri dalam mengejar jannah...


Awak ..
Walaupun awak tak pandai nak berenang , jangan risau sebab saya lebih expert tentang berenang .. Jika awak lemas, saya akan berenang selamatkan awak ..

Awak ..
Jika awak tak pandai bawak motor , jangan risau sebab saya juga lebih expert untuk menunggang moto .. Jika awak takut jatuh , saya akan bawa motor itu untuk elakkan awak dari jatuh ..

Awak ..
Jika awak tak pandai menyanyi , jangan risau sebab saya juga lebih expert terover suka menyanyi .. Jika awak sunyi , saya akan nyanyikan apa saja lagu yang awak minta ..

Awak ..
Jika awak tak pandai panjat pokok , jangan risau sebab saya juga lebih expert memanjat pokok.. Jika awak nak makan buah , saya rela panjatkan jika tiada galah untuk di gapai ..

Awak ..
Hal dunia macam macam saya boleh buat untuk awak .. sebab hal dunia, kita yang buat, bukan dia yang buat kita ..

Tapi awak ....

Hal akhirat ... Saya .... 

Saya ..
Tak mahukan apa apa yang berharga atau membebankan awak dengan permintaan yang bukan2.. Cuma saya mahu awak menjadi imam saya dan mampu membimbing saya ke jalan jannah..

Saya ..
Tak tahu banyak tentang agama ... Saya malu ... Saya risau ... Saya takut ...

Saya ..
Harap awak takkan letih untuk memimpin saya satu hari kelak ..

Saya ..
Harap sempat untuk berjumpa dengan awak .. Berjumpa di jannah ..


Hugs and Love,
Nabila Syuhada ..

.

Rabu, 10 April 2013

Saya okay lah.. :)

Kehidupan takkan tenang tanpa gelora
Itulah dinamakan senda duka lara...

Assalamualaikum...

Aku xfaham ... Tapi aku cuba nak faham ...
Even aku macam mana pun, hati aku tetap lembik dan tak boleh nak keras..
Aku masih gagal untuk menjaga hati orang dan masih gagal untuk bercinta.
Dalam erti kata lain, aku tak layak bercinta.
Aku rasa, betullah, bercintalah lepas kawen.. suami aku pun boleh pimpin aku dengan secara halal..

Aku akan buat ney bila rasa macam lost and hilang kesabaran untuk menenangkan diri...


Baca2 ayat tu untuk motivasi.. tambah pulak bila time betul2 aku rasa kosong.. kadang2 aku tau, syaitan mula nak menghasut aku macam2.. Ya allah.. betapa susahnya aku nak melawan nafsu dunia.. Menjaga diri dari hujung rambut hingga ke hujung jari kaki.. menjaga akhlak supaya diri tidak membatasi... Aku tau aku tak sempurna... dan betapa susahnya aku untuk mengawal diri... nafsu dunia terlalu banyak... walau mcm mana sekali pun. aku tetap nak bertahan and walaupun aku xdapat nak jadi yang sempurna, tapi aku nak berusaha untuk berubah lebih baik...


Hugs and Love,
Nabila Syuhada

..

Khamis, 4 April 2013

Apa eh? Oh yeke? Eh betei eh?

Assalamualaikum ...

Kemurungan akan menyerang tatkala kegundahan..
Berdoalah kamu jgn berjemu menadah tangan..
Agar hidup tenteram bahagia dan aman..

Hey Mamba Karamba!! Yow wassap dude! Feeling great today huh? aiseh speaking pulops...

(reaksi untuk hari ini)

Hesh ney la manusia.. ada kerja banyak, mengeluh sampai berpeluh.. takda kerja pun mengeluh sampai berpeluh jugak.. ha ney aku bukan nak mengeluh tau? aku nak citer sket ja.. What the duuuuutttttt.. :)

Aku ngantuk ney.. mata aku belah kanan something wrong la.. nk kata masuk habuk entah la. nak kata sakit mata entah la. ketumbit? ah x abeh2 nak kata ketumbit.. mana ada aku mengintai orang berak... jauh sekali taw!!!! lalalaa~~ 

Oh sumpah aku mengantuk sangat ney.. Dokumen aku dah setting baik punya untuk audit.. now aku just belek2 ja.. tu buat aku mengantuk belek2 tu.. Ya allah Ya allah.. mengantuk dah... Laci stok makanan aku pun dah banyak kali aku buka.. Oh nak buat apa ney? eh nak buat apa lagi ney? oi buat apa ney? hey apa ney? eh yeke ney? awak jgn mcm ney!!!

Eh nak tau? semalam kan, mak aku dah sound x bagi aku makan Udang, laksa, dan seangkatan dengannya.. aku tanya kenapa? mak aku dah takut2kan aku mengatakan bahawa nanti muka jadi naik jerawat la. anak dara tak bagus la. aku pun macam budak kecik ketakutan mendengar.. diam dan bawak diri masuk bilik terus layan lagu apo kono eh jang..


Hugs and Love,
Nabila Syuhada


.

Selasa, 2 April 2013

Tak cukup tidur wei ..

Assalamualaikum dan salam kebebasan dan kemakmuran , yo hoh hoiiii ..... 



Hye readers !

Hei kecelaruan sila la jauh2 pergi main sana.. Letih la nak layan awak.. Awak bukan lucu pun.. huh! Menci !

Ok... Hari ney baru la aku dapat senang lenang sikit.. SIKIT LA... sebab apa? sebab kerja aku dah siap sikit kot..

Hari2 datang kerja ada ja perkara baru yang akan merunsingkan fikiran aku.. time solat, masuk surau mula la berdoa tatkala hati bergoncang semoga allah leraikan kegoncangan tu... kadang2 terover mcm nk menangis lak.. mcm mana aku ney, lembik... hem...

Serius, bila keja bertimbun mcm tu, aku dah rasa mcm orang gila berlari ke sana ke sini.. langgar sana sini.. kertas jatuh sana sini.. uh ya allah.. 

Yang sangat merisaukan aku sekarang ney adalah, Audit bulan 4 ney... Dokumen admin sume aku dah settlekan.. dokumen HR? hampeh... harammmm... hemmm... Bos tu pulak, tau suruh2... aku mcm dewa pulak byk tangan dia nk suruh2 buat tu semua dalam 1 masa.. 

Aku dulu xreti tdor awal, sekarang dah reti tidur awal... pukul 9 tu aku dah menguap mcm mulut badak sumbu dah... Pagi bangun kelam kabut dengan tudung senget benget.. ah peduli lak aku senget benget. 

Di sebabkan kerja banyak sgt, aku terpaksa bawak balik sikit kerja tu.. dan iya telah membuatkan life aku very the busy of woman in the earth. haha! alamak. apa tu.. entah... Dan di sebabkan itu juga, aku kerap kena penyakit menguap tidak mengira masa dan tak mengira di mana jua dan di depan siapa. kadang2 tangan sibuk sgt buat kerja sampai tak sempat tutup mulut. aku biarkan je menguap mcm tu.. oh sungguh la rasa tak sopan... astagfirullah al azim... malunya hamba...

Malam tadi aku tdor ngan mak aku, aku terlalu penat and letih ngan kerja.. mana tau, tidur ngan mak. aku boleh rasa lega terus.. dan malam tadi punya la badan rasa melayang, aku xsedar langsung. kalau tak, every night pukul 2 or 3 mesti aku tiba2 terjaga n rasa segar utk dalam jangka masa 5minit. hesshhhhh~~~ apa nak jadi la.. Em yang penting, konvo aku bulan depan, aku nk cuti, x bg cuti, aku resignnnnnn!!!!! hahahahahaha!!


Hugs and Love,
Nabila Syuhada.


.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...