Welcome To My Blog Labahlabahdisco
Foto Saya
Anne Biella Rani
Saya bukan sombong, Tapi saya pemalu!Dan saya jugak anak mak...(nak duk ngan mak ja..perasan masih budak2). Saya suka jadi mandom tiba2. Saya tak pendek tak tinggi. Saya Anak Malaysia Perak. Saya anak ke 6 dr 7 org adikberadik. Abang,kakak,adik saya cakap,mulut saya bising macam nenek tua. Mak saya cakap, saya bila gelak sakan sangat sampai urat kat kepala tegang,tapi bila nangis pun sakan jgk sampai mata lebam-lebam. Saya,saya,saya..urm saya..mmm..ummm..saya... Tanya saya kalo nk tahu pasal saya.. ngeeeee~
Lihat profil lengkap saya

Khamis, 18 April 2013

Isteri tak sedar suami bawak balik madu? Oh demmittt!

Assalamualaikum..... 

Tajuk tak seindah kabar cerita ..
Bukan itu yang mahu aku berkata ..
Cuma aku nak gimik gimik sahaja ..
Hahahaha.. (asalkan belakang dia a a a)


(perhatikan kening beliau)

Macam mana aku nak mulakan mukadimah entry kali ney ye... emm... ish... alahai... em macam mana ntah... eh... em ok2... tarik nafas.. hembus... naik nafas sedalam telaga 7 keturunan dan hembus lagi!!! dan tarikk naa .. eh dah la tu!! bapa kali nak tarik nafas?!! *baling bantal

Ok ok ok ok ... aku serius ney..

Aku kan.. sebenarnya malu la nak cerita.. tapi em, ok lah. aku ceritalah memandangkan aku tengah mood baik nak cerita ney.. kerja kat office pun tak bertimbun sangat... konvokesyen pun tunda.. geram betul tunda2 lak.. abeh kakak aku sentap semalam sebab dia dah apply cuti. borang apply cuti aku, nasib aku tak hantar lagi.. ada ja aku sorok dalam laci. tunggu masa ja nk bagi. dah tau konvo nasib la aku tak hantar lagi. ops! ok dan melalut... abaikan...

Emm... kening aku bukan macam kamu kamu kamu kamu dan kamu semua tengok sekarang ney.. dan sedia paham yang perati kening aku tu memang dh tau la kan aku cabut kening.. aku tak niat lain pun cabut.. kening aku tebal dan bersambung.. ha ney la cerita asal nak di ceritakan dan kenapa pic elfira pulak jadi mangsa. haha. 

Dia tak malu pun kening dia sambung and tebal.. hem.. aku start cabut bulu kening tengah2 ney dari aku darjah 6 di mana lepas aku pergi buat kad pengenalan dan aku dapati kening aku mcm emm emmm emmm.. ntah maybe perasaan aku je kot masa tu.. masa nak g wat IC arwah abah suh aku pakai tudung merah. pergi naik moto dengan abah. arwah abah bawak moto slow. aku rasa nak tertido sangat masa atas moto. tapi balik, arwah abah singgah kedai makan nasi lemak yang sangat sedap.. (rindu... ya allah)
Bila IC aku dah siap, aku perati ja kening aku dalam IC tu.. aku cakap kening sambung macam muka nak menangis apasal??!! aku terus capai pencukur janggut arwah abah and cukur kening tengah2 tu..senget benget jugak kening aku masa tu. tapi aku biarkan.. lepas tu, tumbuh je aku cabut, begitu la seterusnya. kawan2 aku pun xtau kening aku sambung. bukan kawan2 aku ja. family aku pun xtau kot. tapi Allah tau.. hehe. dan nurul jannah. ish nurul lagi!!

Tapi abang2 and kakak2 aku tau la kening aku kat tepi ney kalo aku cabut.. tambah2 abang aku yang azmir tu. dia perati ja kening aku, dan akan melaungkan nama mak aku dalam volume medium "mak~~ nabila cabut bulu kening"... aku bingkas bangun dan lari masuk bilik dan kunci pintu bilik..

Tapi sekarang tiba la masa aku biarkan ia tumbuh kot.. ah berilah kekuatan dan terimalah kenyatannnnn.. huhu. 

Kadang aku suka tanya kat kawan aku, nak plak kawan aku tu pun kening sambung. aku tanya la, weh apa perasaan biar kening sambung? dia kata la dulu dia cabut gak.. then masa dia ada bf, bf dia kata sweet apa kening sambung. then tu la dia biarkan.. tapi kat tepi dia tetap cabut. haha.

Emmm... aku akan cuba la biarkan.. nanti bila dah tebal balik, jangan bila jumpa aku tegur, wat2 tak kenal lak. dah satu hal aku malu cakap sorang2...

setelah dikaji..

Hugs and Love,
Nabila Syuhada .

.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...