Welcome To My Blog Labahlabahdisco
Foto Saya
Anne Biella Rani
Saya bukan sombong, Tapi saya pemalu!Dan saya jugak anak mak...(nak duk ngan mak ja..perasan masih budak2). Saya suka jadi mandom tiba2. Saya tak pendek tak tinggi. Saya Anak Malaysia Perak. Saya anak ke 6 dr 7 org adikberadik. Abang,kakak,adik saya cakap,mulut saya bising macam nenek tua. Mak saya cakap, saya bila gelak sakan sangat sampai urat kat kepala tegang,tapi bila nangis pun sakan jgk sampai mata lebam-lebam. Saya,saya,saya..urm saya..mmm..ummm..saya... Tanya saya kalo nk tahu pasal saya.. ngeeeee~
Lihat profil lengkap saya

Isnin, 22 April 2013

Sketsa pendek keluarga Rashidi.

Assalamualaikum 
dan selamat tengahari :)

*Adakah ini cinDa yang melanda diri ini tatkala malam menjelma?!!
*Tik tik tik, hujan merintikk!!
(dua keratan ayat paling pemes terpacul kat mulut aku bila bercakap dengan nurul jannah)

Hai awak! awak sihat je kat sini.. cuma kurang selera makan la tatkala lunch menjelma. donno lah kan kenapa... ada cacing kerawit kot dalam perut ney.. em em em em em.. 

Semalam hari rajin aku taw.. amboi selama ney malas ke??!! err maksud aku semalam tu terlebih rajin la. Sudah lama aku perati ja bilik aku tu yang sawang mula meliar melingkari almari, dinding, siling dan meja mekap aku.. aku perati dengan renungan tajam tanpa berkerdip dan terkerdip bersama air mata sebab angin masuk mata.. lama sgt kan tak berkelip.. pedih la mata ney..

Semalam tiba-tiba macam ada suara halus berkata "oi, ini kalau dah kawen, mau suami hang tanya minta izin kawen lagi 1 kalau sepah2 macam ney.."

Howh!!! aku terus menepuk pipi ku dengan lembut2 tapi seakan akan menampar.. tersedarku dari lamunan terus aku dengan bingkas bangun terus mendapatkan mak aku tanya mana buluh panjang untuk sapu sawang? mak aku cakap ada kat pokok pelam depan umah.. tapi tunggu bapa minit mak nak ikat balik penyapu kat hujung buluh tu. bagi kukuh kata mak aku.

Bila dah siap kemas bilik, aku terasa macam kosong pulak la.. sunyi and rasa mcm nak berbual bual pulak.. aku capai la henpon then mencari nama nurul jannah and terus kol dia.. aku ajak dia p beli aiskrim dan aku paksa dia untuk tidor umah aku malam ney.. tak ku peduli apa alasannya.. haha.

Bila malam mendatang perut aku berbunyi kruuukkkkk keerriiuuuukkk pulak. dalam masa yang sama, mak aku plak bagi ayam goreng kat aku n nurul suh makan.. Mak aku pun sama ja mcm aku ngan nurul, sembang kalau perut tak geli tak sah.. mesti ada ja terpetik nama sapa2 jadi bahan gelak. tapi yang aku tak tahan, mak aku terkantoi ngn aku pasal air penerang hati..

dialog :
Nurul : Hari tu nabila dia sembang dengan makcik kiah tu la. selamber ja nabila sembang ngan makcik tu. duduk dekat dekat lak tu.. Dah kami bgtau baru nabila tak sembang dah. (muka sedikit menganjeng)

Mak : (merenung tajam tepat mataku) .. hang sembang dengan dia nabila? orang punya la takut nak sembang dengan dia.. berani berani hang sembang dengan dia.. patut la hang kehantuan mengamuk ja kerja hari tu.. habis pecah kipas and papan iron baju patah..

Nurul : (menyiku dengan sepantas kilat) oi teruknya hang! tu la menyembang lagi dengan org tu. kan dah berantu.. hahahahahaha..

Mak : Kak yang(mak bahasakan diri kat nurul) pun terpikir pikir la, macam mana la nak buat kat dia ney.. kenapa la dia jadi macam ney.. kak yang pun p la minta air ubat kat ustaz minta hati dia lembut. tiap hari sedap ja dia minum kak yang tengok. dia tak tau kak yang bagi dia air ubat.. mujur la Lani dia elok dah. kalau tak bebai ja keja. merempas rempas..

Nurul : (ketawa hentak hentak kaki.

Aku : muka blur.....

Bangun pagi tadi ..

Nurul : woi, pahal pakai baju kerja terbalik? nak dapat duit ka?

Aku :: alamak, ha tak perasan.. aku kan wanita bekerjaya berwawasan tinggi excited nak p kerja. haha. elleyh!!!! (menjeling)

nurul pun sebok sebok nak siap sebab aku p kerja terus hantar dia balik umah...

Aku : elleyh cakap aku pakai baju terbalik, hang tengok baju hang tu!!!! (menjerit sambil menuding jadi ke bajunya dengan excited)

Nurul : hehehehehehehe.. ahahahahah.. ha'alah!!!!!

errr... alamak dah nak abeh waktu kerja. tu jelah aku update.. dah panjang jela dah tu... haha.. dah malas nak feeling2.. nanti2 la aku merepek lagi.. masa jeles dengan aku.. esok dah audit ney!!! harap ok la... malam ney aku nak praktis depan cermin buat muka berwibawa dan tegas.. dah la tadi aku hold dulu nak update blog ney . terkejar sana.. terkejar sini.. dah tu kena p coraza lak tu.. dah la muka aku tanpa ada sebarang bedak.. x cun langsung!! laju je aku masuk office Coraza tadi.. park scooter pun main park je pun. maklum la nak cepat...


Hugs and Love,
Nabila Syuhada

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...