Assalamualaikum ...
Gendang gendot gendot gendot,
Berlari Bersenam tetap gendot,
Dahtu suka pulak pakai baju polkadot,
Terima jela hakikat kalo dah gendot ...
Hye Readers !
Mesti kaki cekam tu dah ketar ketar goyang goyang gedik gedik x sabar nak tahu perkembangan aku kan? elleyh x cakap pun aku taw lahh.. anyway, aku sihat ja.. cuma x sihat sekarang ney muka aku. cets menci taw! menci menci!! *hentak hentak kaki pap pap pap. Muka aku tumbuh jerawat ney!! eeeeeeee.. dah kenapa ntah.. rasanya aku xda intai orang dating or org berak.. ha? orang berak? eh berak tu ketumbit lah awak! em dan sekarang aku tengah menahan kepedihan di hidung kerana hari tu aku perati ja muka aku lama2.. niat hati nak perati kening aku yang kian hebat dan rancak tumbuh meliar ney. tapi TERperati pulak jerawat kat hidung. nah apa lagi, mcm ada suara berbisik "oi picit ja jerawat hang tu.kalau aku jadi hang dah lama aku picit, x picit lagi la nampak gelembung ja mcm tu". emmmm.. mcm ayat nurul jannah pulak. eh tp bukan nurul yg hasut aku. Datang mana ntah suara lunak lunak cempedak tu. puas aku toleh kiri kanan. x tau sapa.. membela nurul sebelum dia cekik aku guna kaki..
Setelah seronok aku begembira cuti 3 hari.. Hah? 3 hari?? ok2.. nanti dulu... igt x jumaat hari tu aku cuti? aku apply cuti bukan utk membuta di rumah hokeh! tapi aku apply nak g bank. buka akaun. elleyh buka akaun, nasib malang berbau bangkai tapir betul masa tu. tergores dan menang kat kereta mewah lak masa nak park moto. nasib dulu time skola aku pelari balapan.. sempat la melarikan diri. eh dah kenapa ney ngarut2 cite bukan2? adoi la nabila syuhada. haha!
Ok ok ok, mcm ney.. setelah seronok cuti 3 hari, hari ney kembali la rutin kerja. tapi hari ney isnin kan? woi bosan dan moody oiiii.. haaaaa!! geram ja aku hari ney. geram kenapa pun xtau.. tapi nasib rabu ney cuti.. tengok la. aku nak membuta rabu ney!! malam tadi nak kata aku tidor tak basuh kaki, 3 kali aku basuh. tapi dikurniakan mimpi ngeri jgk.. tak lena aku tidor. tambah jatuh katil plak tu. meletup bisul.. hemmmm!
Sekarang ney mata aku terkedip kedip kemerahan berair tau x.. pastu aku dah terlebih rajin di mana aku dah siapkan kerja2 awal dah. so aku xda kerja ney tau x? aku taip2 entry blog ney pun sambil wat muka tekun mcm seorang yang tengah membuat projek besar di mana pekerja2 dalam office aku bila tengok muka aku, depa akan kata " em bagus betul la bella tu.. rajin betul kerja.. tangan pun laju taip.. muka pun byk dah tumbuh jerawat.. 3bijik lak tu kat dahi.. boleh wat menantu ney... " .
Dan aku rasa runsing di mana dalam dompet aku ada 5 henggett je tadi aku tengok masa pas aku p beli susu kat kedai runcit apek tu.. minyak moto dah nak abeh sgt tu.. eeeeeeeeeee... oh jangan mengeluh!!! hehehe je. Aku malas nak kuarkan duit dari dalam bank.. nanti niat nak kuarkan rm50 jadi rm150 pulak.. huduh gila perangai hang nabila.. em em em... Esok masa nak pergi kerja, aku salam tangan mak aku dengan senyuman yang manis dan aku akan memuji muji masakan mak aku dan tak lupa aku akan puji kecantikan mak aku. kemudian aku nak tanya "mak.. boleh ke mak berikan pada owang suploh henggetttt?" then aku ada dua kemungkinan.
1 : mak akan senyum sambil usap2 kepala aku dan beri duit tu sambil menyatakan "baik anak mak ney.. jadi anak yang solehah ye.. kawen cepat2.. *k.. kawen cepat tu nmpk sgt gatal aku ney.. let her be.. hehe
2 : aku kena siap sedia telinga dengan kapas or getah untuk protect dari panahan petir bebelan maut mak aku.. dah kerja minta duit lagi? memang kena.. dan siap sedia diri dengan pakaian kebal takut2 penyapu , pinggan mangkuk periuk belanga melayang.. *k.. penyapu pinggan mangkuk sume2 tu aku tipu ja. mak aku xpenah kehantuan sampai mcm tu. aku je mcm tu penah. haha.
Haha.. aku dah blur ney. xtau nak buat apa.. dengan priya buka lagu tamil kat tempat dia kuat gila. aku tumpang layan dengan sengehan tapir yang manis dari aku..
Hugs and Love ,
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.