Welcome To My Blog Labahlabahdisco
Foto Saya
Anne Biella Rani
Saya bukan sombong, Tapi saya pemalu!Dan saya jugak anak mak...(nak duk ngan mak ja..perasan masih budak2). Saya suka jadi mandom tiba2. Saya tak pendek tak tinggi. Saya Anak Malaysia Perak. Saya anak ke 6 dr 7 org adikberadik. Abang,kakak,adik saya cakap,mulut saya bising macam nenek tua. Mak saya cakap, saya bila gelak sakan sangat sampai urat kat kepala tegang,tapi bila nangis pun sakan jgk sampai mata lebam-lebam. Saya,saya,saya..urm saya..mmm..ummm..saya... Tanya saya kalo nk tahu pasal saya.. ngeeeee~
Lihat profil lengkap saya

Jumaat, 19 April 2013

Bohonglah kalau aku tak .......... :)

Assalamualaikum anak anak adam dan hawa :)

Merenung jauh ke luar jendela
Memikirkan perkara tergendala
Jangan berbuat dosa tapi kumpullah pahala
Agar jiwa tak rasa dahaga

Yang mana rajin baca ney, maybe paham kot... maybe ..


Hai awak ... Saya sihat dan alhamdulillah dah makan.. Lain2 soalan awak nak tanya, hold dulu. tanya pas kawen... banyak sikit cerita nak kongsi. ney semua dah tau, apa je nak sembang nanti? :)

Baru baru ney mak ada cerita sesuatu kat aku... mak cakap, arwah abah datang jumpa dia pakai baju melayu warna biru.. Everytime mak aku cerita pasal arwah abah, aku akan tunjuk reaksi macam tak berminat. 

Aku bukan tak berminat. and aku tak maksudkan pun begitu.. walaupun nampak macam tak berminat, dalam masa yang sama, hati aku bagai ditoreh2.. mata aku bagai ada hamburan berjuta juta habuk meluru masuk untuk memedihkan mata aku supaya mengalirlah air mata... Aku dah tekad yang aku takkan menangis depan mak aku walau aku ada masalah or apa2. sebab aku tak mau mak aku sedih jugak. aku dah tak sanggup.. 

Bila aku ingat balik zaman aku dulu2.. 

Masa aku kecik, pagi2 arwah abah akan hantar aku ke tabika kemas.. tiap petang aku arwah abah akan bawak aku dan adik aku ronda2 naik moto.. pusing keliling kampung.. and arwah abah tunjuk burung raja udang la apa la.. paling best bawak pergi kedai and aku and adik aku akan meliar pilih keropok and coklat tanpa memikirkan arwah abah cukup duit atau pun tak.. 

Aku kuat merajuk, merajuk aku akan menyusul air mata mengada.. time tu arwah abah akan berjoget macam itik untuk pujuk aku. even macam "betul ke?". tapi memang arwah abah buat mcm tu kat aku.. and aku akan gelak..

Dalam hidup aku, aku tak pernah rasa hampa sebab apa aku nak, semua arwah abah akan bagi. termasuklah arwah abah belikan aku moto scooter ego S masa bufday aku time form 5. oh terharu.. 

1 hari, aku dah pernah buat abah tak tidor malam.. masa form5 aku stay umah kakak aku. dekat sikit nak pergi sekolah panglima. aku cakap la kat abah, duit belanja seminggu rm100 xcukup.. nak lebih sikit, mana tau orang dah tak balik dah lepas ney? lepas aku cakap tu, esoknya aku accident dengan lori ayam. moto dah masuk semak,aku jatuh tengah jalan. Nasib ada orang baik hati hantarkan ke spital.. Mak bagitau abah aku accident, then arwah abah bagitau "howh!! patut la orang tak boleh tidur malam tadi teringat nabila ja. dia kata takut lepas ney tak balik dah".. mak dengan abah bahasakan diri "orang,dia".. tak penah aku dgr panggilan manja.. masa tu serba salah aku... Mak cakap kat aku "arwah abah igt, aku yang pergi dulu.. tapi abah yang pergi dulu.." mana taknya.. banyak kali aku accident ngan moto. sampai la accident kat manjung. paling teruk dah tu sampai scooter aku barai.. Aku naik moto dari kuala kurau ke lumut naik moto ja tau.. jangan main2.. masa tu pun mak aku x sedap hati sebab before aku pergi tu, aku lambai tangan banyak kali. 

Arwah abah pendiam... tapi lawak.. suka cakap perkara tu lawak gila.. tapi muka selamber ja.. selalu jadi mangsa gelak sampai senak perut, aku dan kakak liza dan abg aku azmir. gelak sampai kuar air mata, hentak2 kaki, picit picit perut.

Saat aku meningkat dewasa, arwah abah tak pernah pun marah bila aku kuar tak pakai tudung, baju lengan pendek, cukur kening, pakai seluar pendek, dan warna rambut dan perkara yang em ya allah.. malu betul..

Tapi bila abah dah takda ney, bila sesuatu perasaan menyelinap masuk dalam jiwa. aku dah tak mau buat semua tu.. takmau.. aku risaukan arwah abah kat sana... aku nak arwah abah kat syurga... Dulu masa mula2 aku selalu mimpi jumpa arwah abah.. then mak aku bagitau yang aku kena sedekahkan al fatihah or mengaji la utk arwah abah.. Sekarang aku tak mimpi dah arwah abah.. dulu tiap kali mimpi, tiap kali tu la aku bangun tidur dengan air mata.. Aku mungkin tak berapa nak sakit.. tapi lagi sakit mak and adik aku sebab hadapi kematian arwah abah depan mata. habis pecah almari dalam bilik adik aku terajang.. mujur ada makdak masa tu sabarkan dia... 

cuma aku nak cakap, sedarlah siapa yang ada lagi ayah tu, hargailah.. bila dah takda macam aku ney, jerit rindu sekuat mana pun  takkan dapat jumpa dah...

Dulu aku harap aku nak bawa mak and arwah abah pergi haji sama2.. tapi takpe, mak masih ada. harap aku sempat... sebab aku pun xtahu bila lama aku boleh bertahan hidup... Allah saja yang tahu...


Hugs and Love,
Nabila Syuhada

.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...