Assalamualaikum .....
Dalam perjalanan mencari erti solehah,
Dikala ujian fitnah melanda , dia tak mudah melatah,
Kerna dia yakin semua itu satu tarbiah,
Untuk diri dalam mengejar jannah...
Awak ..
Walaupun awak tak pandai nak berenang , jangan risau sebab saya lebih expert tentang berenang .. Jika awak lemas, saya akan berenang selamatkan awak ..
Awak ..
Jika awak tak pandai bawak motor , jangan risau sebab saya juga lebih expert untuk menunggang moto .. Jika awak takut jatuh , saya akan bawa motor itu untuk elakkan awak dari jatuh ..
Awak ..
Jika awak tak pandai menyanyi , jangan risau sebab saya juga lebih expert terover suka menyanyi .. Jika awak sunyi , saya akan nyanyikan apa saja lagu yang awak minta ..
Awak ..
Jika awak tak pandai panjat pokok , jangan risau sebab saya juga lebih expert memanjat pokok.. Jika awak nak makan buah , saya rela panjatkan jika tiada galah untuk di gapai ..
Awak ..
Hal dunia macam macam saya boleh buat untuk awak .. sebab hal dunia, kita yang buat, bukan dia yang buat kita ..
Tapi awak ....
Hal akhirat ... Saya ....
Saya ..
Tak mahukan apa apa yang berharga atau membebankan awak dengan permintaan yang bukan2.. Cuma saya mahu awak menjadi imam saya dan mampu membimbing saya ke jalan jannah..
Saya ..
Tak tahu banyak tentang agama ... Saya malu ... Saya risau ... Saya takut ...
Saya ..
Harap awak takkan letih untuk memimpin saya satu hari kelak ..
Saya ..
Harap sempat untuk berjumpa dengan awak .. Berjumpa di jannah ..
Hugs and Love,
Nabila Syuhada ..
.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.