Assalamualaikum ....
Hidu hidu macam bau kentut ,
Eh kau jangan la perangai macam bontut ,
Kau tak takut ke nanti orang kutuk ,
Ahhhh sekarang aku memang tengah mengantuk..
*biarkan.. asalkan tuk tuk tuk la jgk bunyi ending..
Hye Stalkerlicious !
Puas dah skodeng orang? nampak kaki ney? adik bagi satgi .*garang sambil tunjuk tunjuk kaki . k gurau.
Sekarang aku tengah perati dari dalam office aku ke arah luar.. BASAH tanah sekeliling alam.. pokok pokok berjoget girang bermandi manda.. Ya allah ya allah ... aku tahu allah menurunkan hujan nikmat membasahi bumi.. dan aku pun dengan nikmat membayangi bantal bantal empuk aku kat umah...
(bayang sampai leleh air liur)
Masalah aku adalah sakitnya melawan nafsu mengantuk yang sangat gemar meliar untuk usik mengusik aku supaya "hei adik manis.. apa tunggu lagi, tidur la.. dakap la meja itu adik manis~" ... percaya atau tak dulu time skolah time rehat aku tidurrrrr... kadang kala aku dengan huda juga akan pergi ke pusat sumber untuk tidurrrrr... dan time cikgu apa tah pakai spek bulat dan tebal tu, ha time dia pun aku tidurrrrr dengan mendirikan buku dan terlelap di sebalik buku tu.. tapi tak pernah kantoi lak tu. kawan aku yg sebelah kantoi and kena berdiri and kena jawab semua soalan yang cikgu bagi. kesian oh dia. And aku langsung akan jadi tak semena segar bugar bila kawan aku kena macam tu. kuatir aku kena pulak nanti.. Dan nurul jannah and Huda juga akan turut memarahi aku kerna suka sangat nak tidurrrrrrrrrr saja.. agaknya kalau boleh hentuk kepala aku dengan pili bomba, mereka telah lakukan!
Oleh kerana aku mengantuk sangat kan tadi, aku pun buat la ney ..
Dia kata untuk beberapa saat kan ... aku buat la.. then tak sangka beberapa saat tu jadi ...
Serius aku tak sedar langsung!! hayal ja~~~
Ok ok ok lets me explain. LISTEN! LISTEN! LISTEN..
Dalam sehari kat tempat kerja aku ada dua kali rehat.. lunch and petang.. petang tu pkul 3.15 sampai 3.30.. dari aku masuk kerja aku jarang la sedar rehat yang petang tu.. yela banyak kerja kan mula2 masuk then nak tunjuk rajin pulak yang aku ney konon boleh wat kerja siap tepat pada waktunya..
Now, tepat ja jam pukul 3.15 aku dah letak kepala kat meja and tidurrrrrr... dan bukan sampai 3.30.. tapi lebih dan lebih lagi.. eeeeeeeee....... tapi tak la lebih sangat.. dan tahu tak apa lagi? aku dapati bahawa, Miss Lee juga seperti dah terkena wabak tidurrrrr aku.. sebab bila aku letak kepala, aku dapati miss lee pun sedang sedap tidur kat meja dia.. mungkin dia tengok "emmm sedap je si bella ney tidurr... aku nak gak. tak boleh jadi ney!! pap tup tap pap pap pap (bunyi kemas2 barang bersepah atas meja utk tidur)". Dulu Miss Lee tak macam tu punnnnnnnn.. hahaha.
Kalau nak tahu lagi, everyday pagi pagi aku nak ke toilet untuk mandy aku akan tanya soalan bangang ney kat mak aku "emmm kenapa mengantuk sangat ye sekarang ney.. asyik asyik ngantuk ja.. xpaham la kenapa.." *jalan sambil pejam mata dan tergaru garu perut.. EVERYDAY!! dan mak aku akan pandang aku dengan renungan mata redup yang macam ada bintang tajam hujung mata..
Tapi semenjak dua menjak ney jugak, aku sering dapat mimpi yang buat aku rasa macam tak cukup tidur and aku boleh bangun terduduk dengan mengejut bila terjaga.. em bila terjaga aku akan bersyukur sebab tu cuma mimpi.. heshh nasib la aku xda kuasa kawal mimpi, kalau dapat kuasa kawal mimpi, siap ah aku nak kawal mimpi jadi Perdana Menteri... Then masuk tibi bagi ucapan sampai menyembur air liur. UNDILAH SAYA! UNDILAH SAYA!
Esok cuti tau.. nak buat apa ntah... paling paling menyebok kat umah nurul and usik dia sampai dia jeling tajam kat aku. kahkahkah.
Hugs and Love ,
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.